Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all 1444 articles
Browse latest View live

Jus Durian Belanda Man Java

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak buat pengumuman sikit nie. Wah pengumuman gitu ya.. Tahun nie Man Java Enterprise akan keluarkan produk baru untuk Pasar Ramadhan. Produk baru yang kami keluarkan ialah Jus Durian Belanda. Kalau sambutan mengalakkan kami akan teruskan untuk hari-hari biasa. Buat masa sekarang kami cuma bekalan Jus Durian Belanda untuk peniaga Pasar Ramadhan dulu..

jus durian belanda man java
Jus Durian Belanda Man Java

Jus Durian Belanda Produk Terbaru Dari Man Java

Kami dah mula menerima tempahan untuk Pasar Ramadhan. Ada beberapa orang peniaga berminat nak mencuba. Nanti Kak Sue kan update kawasan atau Pasar Ramadhan mana yang akan berniaga Jus Durian Belanda nie ya. Macam biasa untuk order boleh whatapps tiga hari sebelum penghantaran.Pada yang berminat boleh lah terus intai detail kat bawah nie

Man Java Enterprise
Whatsapp
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

Belvita Biskut Pilihan Sarapan Pagi

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsikan dengan korang Belvita biskut pilihansarapan pagi yang sihat. Sebenarnya kan Kak Sue jarang sarapan pagi, sebab Kak Sue tak boleh nak makan di awal pagi kecuali lapar sangat. Kalau makan aja, nak pula makanan berat mesti sakit perut. Nasib baik ada Belvita biskut nie, sebab tak berat tapi mengandungi bijiran penuh, kaya dengan vitamin dan zat galian

belvita biskut pilihan sarapan pagi
Belvita biskut pilihan sarapan pagi

Belvita Biskut Pilihan Sarapan Pagi

Memula Kak Sue nampak Mak Kak Sue yang makan biskut nie untuk sarapan pagi masa kami sekeluarga bercuti ke Lumut tahun lepas. Kak Sue cuba rasa sekeping biskut, eh sedap pula. Tambah biskut nie katanya dapat membekal karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Kira dapat bertahan sampai tengahari lah kan, tak lapar dan beri tenaga kita nak buat rutin harian...

Sekarang Kak Sue pula macam Mak Kak Sue, sentiasa ada stok Belvita kat rumah. Korang yang nak cepat ke pejabat atau tercari-cari biskut pilihan sarapan pagi boleh lah cuba Belvita nie. Macam yang Kak Sue beli nie berharga RM5.90 sekotak dan di pek secara asing setiap dua keping. Boleh dapatkan di kedai runcit atau pasaraya berhampiran..Selamat ber Belvita ya, papai!

Burger Ramly Bandar Tun Razak

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Minggu nie memang minggu yang sibuk buat Kak Sue dan keluarga. Kadang makan pun dah tak tentu hala dah, asal dapat lapik perut pun okay dah. Abang Man lagi lah, seawal tujuh pagi dah mula dengan kerja beliau. Tadi habis aja delivery barang ke TBS kami ke Burger Ramly Bandar Tun Razak. Sebenarnya ada janji dengan customer dekat situ, sementara menunggu tu kami tapau Burger Ramly nak makan dalam kereta.. lewat petang perut pun dah lapar..

burger ramly bandar tun razak
Burger Ramly Bandar Tun Razak


Istimewanya Burger Ramly Bandar Tun Razak

Kak Sue pernah singgah Burger Ramly cawangan Bandar Tun Razak nie rasanya beberapa tahun lepas. Masa tu beli barang niaga tapi tadi kami singgah ke sini dan apa istimewanya dah ada kisok ala-ala McD gitu. Terus rasa teringin nak makan burger Ramly, lagipun lama dah tak makan sejak kami cuti niaga burger depan rumah..hihihi..

Selain kisok untuk kita order burger samada nak makan situ atau bawa balik, juga boleh dibeli dengan pilihan satu set lengap atau secara asing. Ada juga wedges dan keropok lekor. Kak Sue order Combo Beef Burger tiga set dan Keropok Lekor. Ada tempat macam mini market juga di sediakan untuk sesiapa yang nak beli barang keluaran Burger Ramly atau jenama terpilih kat situ. Sempat juga Kak Sue dan Kakak pusing-pusing kat dalam tu tengok barang yang dijual. Macam-macam pilihan ada, menarik juga. Harus singgah lain kali nie.. 

burger ramly bandar tun razak
Burger Ramly Bandar Tun Razak - Combo Beef Burger Set

Burger Ramly nie ada beberapa cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor, tapi Kak Sue tahu cuma dua cawangan aja Bandar Tun Razak dan cawangan Saujana Klang. Bukan apa sebab Kak Sue kerap guna laluan nie jadi memang perasan lah. Cuma tak tahu sekarang dah ada kisok untuk kita order burger untuk terus makan. Kata staff kat sana tadi, di R&R pun ada juga dibuka kiosk macam nie. Kalau sebelah utara R&R Semanggul dan Gurun, sebelah selatan pula R&R Seremban dan Pagoh

Kak Sue juga nak puji layanan staff kat sini mesra dan cepat.. bagus sangat. Sambil siapkan order beliau sembang-sembang dan jawab soalan Kak Sue tanya dengan baik. Lupa pula nak tengok atau tanya nama tadi. Terima kasih dik, awak baik sangat. Korang kalau rasa nak lepak dalam suasana tenang dan bersih boleh lah singgah sini tau. Dibuka 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Jumpa lagi, papai!










Qurta By Sweet Aiman Sempena Ramadhan dan Aidilfitri

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Lagi beberapa hari kita dah nak sambut bulan Ramadhan kan. Mesti korang semua tengah sibuk buat persiapan nak sambut bulan yang mulia yang kita tunggu-tunggu sepanjang tahun. Kak Sue berkesempatan ke majlis pelancaran Qurta By Sweet Aiman sempena Ramadhan dan Aidilfitri di Busana Menara Mara Kuala Lumpur. Selepas berjaya dengan produk kosmetik sekarang nie Aiman Tino nak bergerak ke alam fesyen pula, maka lahirlah Qurta by Sweet Aiman Fashion University yang berkonsepkan 'hipster".. menarik kan, boleh dah nak beli untuk persiapan raya nanti..

qurta by sweet aiman sempena ramadhan dan aidlifitri,sweet aiman
Qurta By Sweet Aiman sempena Ramadhan dan Aidlifitri

Qurta By Sweet Aiman Fashion UniverCity

Qurta by Sweet Aiman nie ialah hadiah Aiman Tino kepada peminat-peminat dan Aiman memilih konsep Qurta 'hipster' untuk menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur dan juga unisex. Kiranya orang perempuan pun boleh pakai juga tau. Qurta by Sweet Aiman nie juga terdiri dari sepuluh warna yang terkini dan dipilih sendiri oleh Aiman Tino. Pemilihan rekaan dan corak juga adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato Ryzal Jamaludin iaitu pengasas produk Wonder Glow

Sempena menyambut Syawal yang akan datang, Aman Tino juga tidak ketinggalan mengeluarkan lagu raya. Lagu bertajuk Lara Dalam Kerinduan telah dimuatkan di saluran YouTube dan dah mendapat sejuta lebih penonton. Korang dah dengar belum lagu nie, best tau.. Kakak kata lagu Lara kerinduan nie sedap.. suka Kakak..

qurta by sweet aiman sempena ramadhan dan aidlifitri,sweet aiman
Pelancararn Qurta By Sweet Aiman - Inspirasi Aiman Tino dan Dato Ryzal Jamaludin

Harga Qurta By Sweet Aiman

Bagi peminat Aiman Tino yang nak dapatkan koleksi pakaian Qurta nie, hanya dengan harga RM79.90 sahaja. Korang boleh datang ke rangkain terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia di antaranya

1. Mydin USJ Subang
2. Mydin UTC Melaka
3. Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang
4. Mydin Kubang Kerian, Kelantan
5. Mydin Pelangi Indah, Johor Baru
6. Mydin Meru Raya Ipoh
7. Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur

Dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula awal Ramadhan ini

Soul to Seoul Contest Sweet Aiman

Bagi memeriahkan lagi jualan Sweet Aiman dan juga Qurta by Sweet Aiman, sebagai tanda terima kasih pihak Sweet Aiman melancarkan peraduan yang diberi nama Soul to Seoul Contest Sweet Aiman. Peminat-peminat berpeluang memenangi hadiah utama senuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10, 000. Nilai keseluruhan hadilah adalah sebanyak RM500, 00

Cara nak sertai peraduan nie mudah aja. Untuk setiap pembelian produk kosmetik atau pakaian Qurta korang layak menyertai peraduan. Pembeli perlu 'scan' QR Code yang ada di belkang kotak atau di tag pakaian kemudian terus di bawa ke laman web peraduan dan mengisi maklumat diri. Seterusnya korang perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID pada setiap kotak produk  sebabgi bukti pembelian. Dan cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September... haaaa, menarik kan. Cecepat beli tau untuk memenangi hadiah yang menarik nie tau..


qurta by sweet aiman sempena ramadhan dan aidlifitri,sweet aiman
Qurta By Sweet Aiman - Soul to Seoul Contest Sweet Aiman ( Sumber gambar Khir Khalid )

Untuk lebih detail korang singgah kat bawah nie ya

Sweet Aiman
No Tel
016 7094042
Email
sweetaiman360@gmail.com
Website
Facebook
Instagram



Buah Nam Nam Yang Unik

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Buah Nam Nam yang unik.. korang pernah makan dan tengok tak buah nie? Masa Kak Sue kecik-kecik dulu, selalu tunggu jiran di kampung Tok Som Kak Sue sedekahkan buah nie. Suka sangat rasanya yang masam-masam manis. Rupa kulit buah nie mengerutu dan keras di luar, tapi dalamnya lembut aja. Buah Nam Nam yang unik nie tumbuh dekat batang pokok, rapat-rapat bergugus macam anggur.. tadi tak sempat nak ambik gambar pokoknya.Lain kali ya Kak Sue tunjuk..


Anak-anak Kak Sue memang suka sangat buah nie. Kalau balik kampung Mbah Wedok atau Mbah Lanang mesti bekalkan untuk depa. Kadang tak sempat bawa balik dah habis dah depa makan. Tak tau berapa lama lagi kami berpeluang nak rasa buah nie, sebab sekarang memang susah nak jumpa kan. Pokok nie pun katanya dulu ditanam oleh Abang Man sendiri

Sekarang pokok dah besar dan berbuah dapat lah anak-anak merasa kan. Kak Sue tak pasti apa kelebihan buah Nam-Nam.. Nanti Kak Sue tanya pada Mak mertua Kak Sue ya dan kongsikan kat sini apa kelebihannya. Setakat nie dulu untuk kali nie, papai!

Salam Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Salam Ramadhan.. Esok semua umat Islam bakal menyambut bulan yang kita nanti-nantikan sepanjang tahun, bulan Ramadhan bulan yang mulia. Bulan istimewa nie harap dapat kita tingkatkan lagi amal sebab bulan nie pahala berganda 

salam ramadhan
Salam Ramadhan 

Walaupun Kak Sue dan Abang Man agak sibuk dalam bulan Ramadhan berniaga dan membekalkan produk kami kepada peniaga -peniaga Pasar Ramadhan sebolehnya kami peruntukan juga masa untuk tambah pahala. Ye lah kan, jangan fikir tambah pendapatan ja.. amal kita pun kena jaga. Baru ada keberkatan..

Harap Ramadhan tahun nie lebih baik dari tahun sebelumnya. Kak Sue sekeluarga mohon ampun maaf andai ada salah silap dari kata-kata dan penulisan Kak Sue ya. Salam Ramadhan untuk semua..

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest | Resepi Sup Ikan Siakap Bersayur

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie hari pertama kita sebagai umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Dan sempena datangnya bulan Ramadhan pada tahun nie, Lazada Malaysia mengadakan contest untuk blogger iaitu Lazada Ramadhan Raya Blog Contest. Contest bermula 19 Mei sehingga 23 June 2017 selama empat minggu dengan tema yang berlainan setiap minggu. Hadiah pun dengarnya sangat menarik tau korang, jom lah kita join memriahkan suasana jom..


lazada ramadhan raya blogger contest

Sempena bulan Ramadhan nie juga Lazada mengadakan jualan murah dengan kempen Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sales  bermula pada 19 Mei sehingga 30 June 2017. Nanti korang jangan lupa singgah tau, mesti ada barang yang menarik untuk hari raya yang boleh korang dapat di Lazada dengan potongan diskaun sehingga 90% lagi tau.. best nie kan.. 


lazada ramadhan raya blogger contest,lazada

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Contest Minggu pertama
Tema : Delicious Ramadhan
Tarikh : 19 May - 1 June 2017

Resepi Ikan Siakap Bersayur

Untuk hari pertama menu berbuka tahun nie, Kak Sue nak masak menu yang simple tapi sihat. Menu nie pun dah banyak kali Kak Sue masakkan untuk keluarga Kak Sue, Sup Ikan Siakap Bersayur. Keluarga Kak sue memang peminat ikan dan sayur, jadi untuk menu berbuka memang sangat sesuai dengan menu Sup Ikan Siakap Bersayur nie kan setelah kita semua seharian merehatkan perut.. hehehe..


lazada ramadhan raya blogger contest,resepi sup ikan bersayur
Sup Ikan Siakap Bersayur
Bahan - bahan :

2 ketul kepala ikan siakap
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12 cili padi - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 kiub ikan bilis Knorr
Sedikit sayur-sayuran - ikut kesukaan masing-masing
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam secukup rasa
Sedikit air

Cara - cara :
Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan naik bau
Masukkan serai yang dah diketuk tadi, kacau
Masukkan sedikit air, ikut kesukaan masing-masing
Kemudian biarkan mendidih sekejap, masukkan kepala ikan tadi
Masukkan juga pilihan sayur kesukaan masing-masing
Masukkan juga kiub ikan bilis Knorr dan perasakan dengan garam ikut selera masing-masing
Biarkan sekejap, kemudin tutup api
Sedia untuk dihidangkan, kalau suka boleh letak daun sup dan bawang

lazada ramadhan raya blogger contest

Dalam Kak Sue menyediakan resepi di atas Kak Sue menggunakan bahan dan produk yang korang boleh dapatkan di Lazada Malaysia yang membantu para ibu menyediakan makanan sihat dari rumah. Kiub Ikan Bilis Ayam Knorr salah satu bahan yang selalu Kak Sue guna dalam masakan. Terima kasih Lazada, memudahkan kerja Kak Sue di rumah..




Resepi Air Asam

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari kedua kita berpuasa, korang masak apa hari nie? Kak Sue masak yang ringkas-ringkas aja macam selalu. Kadang bila bulan puasa nie tak berselera sangat nak makan. Nie Kak Sue nak kongsikan Resepi Air Asam untuk menambah selera bagi yang tak ada selera nak makan. Ada air asam nie memang menambah makan kalau Kak Sue, kenakan pula dengan ikan goreng ka, ikan bakar ka.. memang terangkat!

Resepi air asam nie rasanya ada macam-macam versi kut. Resepi Kak Sue kongsikan nie dari Alang, adik Kak Sue. Senang dan ringkas aja nak sediakan, lagi beberapa minit nak berbuka pun boleh nak sediakan. Selamat mencuba ya..


resepi air asam
Air Asam - penambah selera

Resepi Air Asam

Bahan - bahan :
1 biji bawang besar - dihiris halus
6 biji cili padi - dihiris halus
1 batang bunga kantan - dihiris halus
2 biji limau kasturi - ambik air aja
1 inci belacan
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Gaul semua bahan
Kemudian perahkan limau kasturi tadi
Sedia untuk dihidangkan 



Resepi Sambal Kelapa

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Sambal Kelapa pula. Menu yang satu nie sedap di makan dengan ulaman atau ikan goreng kalau Kak Sue lah. Mesti makan menambah-nambah, cuma bila guna bahan yang agak sensetif dalam resepi nie, ya lah bahan utama kelapa parut. Kita kena jaga sikit takut masam, seeloknya boleh gaul lagi beberapa minit nak berbuka..

resepi sambal kelapa
Sambal Kelapa


Resepi Sambal Kelapa

Bahan - bahan 
1/2 biji kelapa parut - ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji cili besar - ditumbuk
4 biji cili padi - ditumbuk
1 inci belacan - ditumbuk
1biji limau kasturi - ambil jus sahaja
Garam secukup rasa

Cara - cara 
Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut
Perah limau kedalam sambal tadi
Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka, gaul sebati
Sedia untuk dihidangkan

Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Dah empat hari kita berpuasa Kak Sue baru berkesempatan nak kongsikan gerai kami Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadan BTP. Rasanya hampir lapan tahun kut kami berniaga di pasar ramadhan yang sama setiap tahun, cuma tapak aja bertukar-tukar. Tahun nie tapak niaga kami di lorong tengah pula, pada korang yang tinggal berdekatan jangan lupa singgah gerai Kelapa Laut Man Java tau...

kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut
Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

Kelapa Laut MAN JAVA di Pasar Ramadhan BTP

Tentu ada yang tertanya-tanya kat mana BTP nie kan. BTP nie singkatan nama untuk taman perumahan kami, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kalau yang tinggal berdekatan sini macam Bandar Country Home, Tasik Biru, Kuang dan Kundang tak ada lah jauh sangat dari taman perumahan kami nie. Boleh lah korang singgah sini nanti ya..

kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut

Selain air Kelapa Laut Man Java, gerai kami menyediakan beberapa pilihan air buah yang lain. Antaranya Air Kedondong Asam Boi, Kelapa Muda, Kelapa Lemon, Teh Bunga, Air Sunquick, jangan tak tahu air nie memang ada peminatnya tau walau boleh dibancuh kat rumah sendiri dan yang terbaru Air Durian Belanda. Kami juga ada sediakan Air Kelapa Laut suam bagi yang tak tahan dengan ais kan.. Kak Sue sendiri pun setiap hari minum tanpa ais.. ehehe..


kelapa laut man java di pasar ramadhan btp,kelapa laut

Korang yang ada berdekatan taman perumahan kat BTP nie silalah singgah ya. Selain geai kami ada banyak pilihan gerai yang lain. Tahun nie gerai kami betul-betul bersebelahan dengan gerai Tepung Pelita Paya Jaras yang meletop tu. Lepas beli tepung pelita jangan lupa singgah beli air di gerai kami ya.. Selamat menjalankan ibadah puasa semua, papai!


Resepi Kerabu Pegaga

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi dari adik Kak Sue Alang lagi. Bulan puasa Alang memang datang lepak rumah Kak Sue kali nie. Jadi setiap hari tu, mesti ada menu ulaman. Ada geng ulam nie seronok sikit Kak Sue sebab Abang Man dan anak-anak kurang sikit ulam kampung nie. Dua hari berturut kami sama-sama buat Kerabu Pegaga, memang bertambah makan siap meratah-ratah lagi. Jom kita tengok bahan Kerabu Pegaga nie jom
resepi kerabu pegaga
Kerabu Pegaga

Kerabu Pegaga

Bahan-bahan
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 biji cili besar - ditumbuk
6 biji cili padi - ditumbuk
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 ikat ulam pegaga - dihiris halus
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
1 inci belacan
1 gengam kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara - cara
Gaul semua bahan yang ditumbuk dan dihiris nipis tadi sehingga bergaul sebati
Masukkan kelapa, perah limau dan garam secukup rasa
Sedia untuk dihidangkan

Resepi Spagetti Olio

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Spagetti Olio antara makanan barat kegemaran anak-anak Kak Sue. Tambah kalau Adik anak bongsu Kak Sue, tiap hari masakkan menu yang sama pun tak apa, suka sangat Adik makan Spagetti Olio. Dah berapa hari Adik minta masakkan, tapi Kak Sue belum ada kesempatan nak masakkan untuk Adik. Selalu dah masakkan menu untuk berbuka dah agak lewat nak ke tempat niaga. Hari nie Kak Sue mula masak awal, siap aja masakkan menu untuk berbuka, masakkan pula permintaan Adik yang satu nie.. lega rasanya dapat tunaikan permintaan Adik akhirnya..

resepi spagetti olio
Spagetti Olio

Resepi Spagetti Olio

Bahan - bahan
500 gram udang sederhana besar
1 biji bawang holand - dipotong dadu
4 biji bawang putih - dipotong dadu
6 biji cili padi - dihiris halus ( ikut kesukaan masing-masing, tak letak pun tak apa)
1 kiub ayam Knorr
1 pek spagetti
Sedikit sayur - ikut pilihan masing-masing,tak letak pun tak apa
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah

Cara - cara
Buang kulit udang, kemudian potong belakang badan udang dan cuci bersih
Kemudian panaskan minyak, goreng udang sehingga masak. Ketepikan
Didihkan air dan titik sedikit minyak untuk merebus spagetti selama 11 minit
Bila spagetti lembut, toskan dan ketepikan
Panaskan kuali, tumis bawang dan cili padi tadi sehingga naik bau
Masukkan sedikit air dan stok ayam Knorr
Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan spagetti, udang dan sayur
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan lada sulah kacau sehingga sebati
Sedia untuk di hidangkan
Selamat mencuba



Rose Mist Hilangkan Stress

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsikan Rose Mist Hilangkan Stress dari Essential Oil. Sebelum nie Kak Sue nampak Blogger Safura yang kongsi pasal Rose Mist nie. Kak Sue tertarik sebab minyak nie ada beberapa fungsi kebaikan.. tak salah kan kita cuba benda baik.. lelaju Kak Sue order..


Rose Mist Essential Oil

Jom Kak Sue nak sembang kelebihan Rose Mist dari Eseential Oil nie. Kalau rasa stress, cuma sembur ja kat muka. Rasa relaks ja nanti. Juga kalau kerap kegunaan katanya dapat menghilangkan kedutan kat muka kita. Best kan.. Lagi satu kalau anak tantrum pun boleh spray kat anak supaya anak lebih tenang.. 

Seisi keluarga boleh pakai tau, jimatkan.. Bau rose sebenar pure rose EO, sedap tau bau dia. Kak Sue suka sangat. Harga pun mampu milik hanya RM28.00 sahaja. Jom kita ber Essential Oil jom..





Pilihan Air Balang di Gerai Man Java

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Sempena bulan Ramadhan nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang Pilihan Air Balang di Gerai Man Java. Macam tahun yang sudah gerai kami ada pilihan tujuh jenis air. Air minuman di gerai kami semua air buah cuma ada dua balang yang tak guna buah air Oren Sunquick dan Green Tea.. Korang yang ada berdekatan jangan lupa tau singgah, ada bermacam pilihan air balang di Gerai Man Java tau..

plihan air balang di gerai man java

Pilihan Air Balang Man Java di Pasar Ramadhan

Antara pilihan air balang Man Java yang ada di Pasar Ramadhan tahun nie ialah Kelapa Muda, Kelapa Lemon, Kelapa Laut sejuk dan suam, Kedondong Asam Boi, Air Durian Belanda, Air Oren Sunquick dan akhir sekali Green Tea. Haa.. pilih aja mana kesukaan korang, nak sejuk.. nak kurang ais, semua ada..

plihan air balang di gerai man java

Gerai minuman kami beroperasi setiap hari dari pukul 3.30 petang sehinggalah waktu berbuka. Di buka setiap hari sempenan Ramadhan nie di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri Rawang..

plihan air balang di gerai man java

Tahun nie kami perkenalkan jualan pilihan air pakai jug pula. Jadi pelanggan boleh buat pilihan nak beli guna jug atau bungkus yang biasa. Kami juga sedia menerima tempahan untuk majlis berbuka dan hendaklah membuat tempahan seawal tiga hari dari tarikh majlis..

plihan air balang di gerai man java

Korang ada berdekatan jangan lupa singgah tau dan pada yang berminat nak buah tempahan boleh whatsaap kami di nombor 012 5854998 / 012 5844736. Selamat menjalankan ibadah puasa semua, papai!

Jom ke Kompleks Kenanga

$
0
0
Assalamualikum, hai semua! Kami dah planning beberapa nak ke Kompleks Kenanga nie, lagipun Alang adik Kak Sue sebelum datang rumah Kak Sue awal-awal dah cakap teringin nak ke sini. Macam yang semua tahu, Kenanga Mall nie satu pusat beli belah secara borong. Macam-macam pilihan ada kat sini, dari pakaian, tudung, bag, kasut dan macam-macam lagi. Memang rambang mata kalau ke sini tau.. Sekali datang, pasti nak datang lagi.. ehehe..



Kompleks Kenanga Syurga Beli Belah

Kak Sue pertama kali ke Kompleka Kenanga syurga beli belah nie rasanya dua, tiga tahun lepas. Kak Sue suka datang sini sebab harga yang sangat berpatutan dengan bermacam pilihan yang menarik. Cumanya kat sini kalau datang, parking agak susah sikit sebab sentiasa penuh ja. Macam kami sekeluarga kali nie planing datang awal pagi..

Tahun nie tema warna untuk keluarga sebelah Kak Sue Royal Blue, tapi macam confius jap warna tu dengan Dark Blue. Jadi tadi kami bantai aja lah janji nampak biru sudah. Awal pagi memang agak lengang, tapi tetiba ja sedar-sedar dah penuh dengan pelanggan lain.. Kami pun cecepat lah nak kena balik dah sebab petang nanti nak niaga Pasar Ramadhan pula.

Kami keluar rumah tadi dalam 9.30 pagi dan habis membeli belah dalam pukul 2.00 petang. Hadoi, macam nak tercabut kaki rasanya. Kak Sue tak ada pun ambil gambar sebab dok kalut pilih baju. Bila dah ramai segan pula nak ambik gambar. Lagi pun risau juga nak ambil gambar nanti tuan kedai marah pula kan.. huhuhu.. Korang yang tercari-cari tempat nak beli baju raya dengan harga yang murah dan pilihan yang banyak boleh lah singgah sini tau. Kompleks Kenangan nie berdekatan dengan kawasan Penjara Pudu. Nanti korang boleh waze ja okay, selamat membeli belah, papai!



Philips All In One Pressure Cooker Memudahkan Kerja di Dapur

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Bila datangnya bulan puasa macam-macam juadah hidangan untuk berbuka kita boleh lihat kan.. Dan sempena sambutan raya tak lama lagi Philips All InOne Pressure Cooker memudahkan kerja di dapur kita tanpa proses yang panjang. Ya lah macam yang kita semua tahu hidangan melayu tradisional seperti rendang, kari dan sup mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakannya kan. Dengan ada Philips All In One Pressure Cooker dapat memudahkan kerja, menjimatkan masa kita di dapur dan kita ada lebih masa bersama keluarga tersayang...

philips all in one pressure cooker memudahkan kerja di dapur


Philips All In One Pressure Cooker Generasi Baru

Philips All In One Pressure Cooker kali ini berkerjasam dengan Chef Marina Mustafa kerana beliau mempunyai pendekatan inovatif bagi menyediakan masakan tradisonal di rumah yang lazat dan sihat. Mereka berkongsi wawasan dalam menawarkan resepi bukan sahaja lazat tapi sihat untuk pelanggan dan dengan adanya Philips All In One Pressure Cooker generasi baru ia tak lagi mustahil menurut Pengurus Philips Malaysia Muhamad Ali Jaleel

Dilengkapi sistem masakan pintar dan menawarkan pengalam memasak yang boleh laras samada korang nak masak cepat (saute), membakar, memanaskan atau nak memanaskan semula masakan dalam satu mesin. Selain daripada tu korang juga boleh mengukus dan juga membakar. Semua dalam Philips All In One Pressure Cooker..

philips all in one pressure cooker memudahkan kerja di dapur

Bercerita kelebihan Pihilips All In One Pressure Cooker nie kan, bahagian dalam periuk diperbuat daripada aloi aluminium sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh serta hasil masakan yang rata. Ia juga disalut Whitford keemasan istimewa, anti calar dan tak melekat..menarik kan..? Haa.. korang kena dapatkan satu untuk korang mudah kerja kat dapur raya nanti tau..

philips all in one pressure cooker memudahkan kerja di dapur

Tunggu nanti Kak Sue akan kongsikan resepi Rendang Tok Perak kat sini resepi dari Chef Marina Mustafa dengan mengunakan Philips All In One Pressure Cooker hanya dengan 20 minit sahaja.. teruja tak? Nak tahu, korang jangan lupa singgah blog Kak Sue lagi nanti ya..

Harga Philips All In One Pressure Cooker

Dengan harga RM799, korang boleh dapatkan Philips All In One Pressure Cooker (HD2137/62) di Philips Brand Store Publika Shopping Galery dan The Garden Mid Valley, kedua-dunya di Kuala Lumpur dan di Sutera Mall, Johor Bahru. Philips Experience Store di Menara Axis Petaling Jaya dan Pulau Pinang. Juga disemua rakan runcit dan pengedar di seluruh negara dan dalam talian Blip.my dan Kedai Rasmi Philips di Lazada kat sini Philips Official Store Now On Lazada Malaysia

Untuk info lebih lanjut korang boleh singgah nia tau All In One Pressure Cooker

 






Kuih Keria Opah Paling Sedap..!

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Setiap orang mesti ada kuih kegemaran untuk berbuka puasa kan.. sama macam Kak Sue sekeluarga. Boleh kata setiap hari kami akan order Kuih Keria Opah yang di goreng panas-panas di tapak Pasar Ramadhan BTP. Kuih Keria Opah paling sedap..! Rasanya belum jumpa lagi kuih sesedap air tangan Opah, selain dari air tangan Mak Kak Sue sendiri. Dah lah sedap bentuk kuih semua comey dan cantik aja. Rasa sekali mesti nak lagi tau..

kuih keria opah paling sedap
Kuih Keria Opah paling sedap

Kuih Keria Opah Paling Sedap..!

Kuih Keria Opah memang paling sedap setakat nie yang Kak Sue pernah rasa di BTP. Yang menariknya kuih nie hanya boleh kita jumpa pada bulan puasa dan hanya di Pasar Ramadhan BTP. Opah datang jauh dari Ipoh tau meniaga kat sini setiap bulan puasa. Selain kuih keria ada kuih lain yang Opah sediakan panas-panas di tapak niaga. Antaranya Kuih Onde-onde, Cucur dan Popia Goreng..


Selalunya Kak Sue akan order awal sebab kalau lambat memang habis Kuih Keria Opah nie, laku keras! Kalau yang pernah merasa mesti setuju dengan Kak Sue kuih Keria Opah sedap, dan memang terasa semuanya, memang puashati. Korang yang berminat nak rasa sendiri kesedapan Kuih Keria Opah boleh datang singgah Pasar Ramadhan BTP ya, papai!

Resepi Rendang Tok Perak Mudah dan Cepat

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Tak berapa lama lagi kita akan menyambut hari raya dah kan. Biasanya bila tiba hari raya antara menu yang wajib ada, ialah rendang. Kali nie Kak Sue nak kongsikan resepi Rendang Tok Perak mudah dan cepat. Tak sampai berejam pun nak siapkan rendang nie tau, dengan menggunakan Philips All In One Pressure Cooker kerja kita di dapur jadi mudah dan cepat. Rasanya setiap dapur perlu ada pressure Cooker nie kan.. Cecepat tau beli satu pasti korang puashati punya lah..

Sebenarnya Kak Sue belum pernah masak atau cuba resepi Rendang Tok Perak nie. Alhamdullilah kali pertama percubaan Kak Sue masak menu nie, berjaya dengan jayanya. Memang sedap tau resepi dari Chef Marina Mustafa nie. Masa nak siapkan menu istimewa nie pun hanya selama 20 minit sahaja. Menarik kan.. Jom Kak Sue kongsikan resepinya dan cara penyediakan jom..

resepi rendang tok perak mudah dan cepat

Resepi Rendang Tok Perak

Resepi Asal : Chef Marina Mustafa

Bahan - bahan :
Bahan untuk perap :
2 sudu besar kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan hitam
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan untuk dikisar :
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 inci kunyit
2 inci lengkuas
4 batang serai

Bahan lain :
1 kg daging - dipotong 1 1/2 inci kiub
2 cawan santan pekat
3 sudu gula melaka
2 sudu kerisik
1 sudu cili kisar
2 sudu besar asam jawa dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1/4 cawan minyak
2 bunga lawang
5 buah pelaga
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dihiris nipis
2 sudu garam

resepi rendang tok perak mudah dan cepat

Cara - caranya :
Masukkan daging tadi kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan perap tadi. Perap selama 20 minit
Buka penutup periuk Philips All In One Pressure Cooker, dan tekan Saute/ Sear High Temp kemudian tekan Start
Masukkan minyak, kemudian tumis bahan kisar, cili kisar, bunga lawang, pelaga sehingga naik bau
Kemudian masukkan daging, kacau selama 20 saat
Seterusnya masukkan santan pekat, air asam jawa, daun limau purut dan gula melaka. Kacau sehingga sebati dan bergaul mesra
Kemudian tutup penutup periuk, dan pusing tombol ke Seal
Pilihan untuk masak ada dua cara tau.. satu dalam keadaan Slow Cook Low Tempdan set waktu memasak sehingga 8 jam.. masakan lebih sedap, keenakan tekstur daging pun lagi bagus atau nak lebih cepat dan jimatkan masa boleh guna cara satu lagi tekan Start atau tekan Pressure Cook, pilih Meat / Poultry dan tambah masa ke 30 minit dan tekan Start
Bila butang menunjukkan Keep Warm, maknanya rendang dah nak masak
Sebelum buka penutup periuk, pusing tombol ke Vent 
Biarkan wap keluar, kemudian buka penutup periuk dan masukkan kerisik dan garam. Kacau sebati
Tekan butang Saute / Sear High Temp dan tekan Start
Biarkan penutup periuk terbuka dan kacau sehingga kuah rendang menjadi pekat mengikut kesukaan masing-masing
Tambah daun kunyit yang dihiris tadi ke dalam Rendang Tok Perak, sedia untuk dihidangkan
Mudahkan, selamat mencuba..


resepi rendang tok perak mudah dan cepat,philips all in one pressure cooker

Dengan Philips All In One Pressure Cooker kerja kita di dapur menjadi mudah dan cepat!


Resepi Gulai Cendawan Sisir

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi resepi Gulai Cendawan Sisir kali nie untuk menu berbuka puasa Kak Sue dan keluarga. Cendawan Sisir nie susah dah nak jumpa, tapi mungkin di kawasan kampung masih ada kita boleh jumpa dalam kawasan kebun atau batang pokok yang dah mati. Kak Sue ingat lagi masa zaman kecil Kak Sue seronok sangat ikut Tok Som kutip di batang pokok. Balik rumah Tok Som akan gulaikan untuk anak cucu makan tengahari, sedapnya.. 

Sekarang nie, ikut nasib aja kalau terjumpa Cendawan Sisir nie kat pasar-pasar. Cuma berbaru nie Kak Sue ada kongsi kat sini, kawan Kak Sue Puan Ayang ada jual Cendawan Sisir Organik. Kalau terasa nak makan boleh lelaju order dengan beliau ya. Jom kita tengok resepi jom..

resepi gulai cendawan sisir
Gulai Cendawan Sisir

Gulai Cendawan Sisir

Bahan - bahan :
1 peket cendawan sisir Organik - direndam dan ditumbuk
1 kotak santan Kara
1 peket rempah daging
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
Sedikit udang - ikut kesukaan masing-masing nak banyak mana ya
Sedikit kerisik - ikut kuantiti cendawan
Sedikit garam


Cara - cara
Tumis bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau
Masukkan rempah sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan santan, masak sehingga mendidih
Kemudian masukkan cendawan sisir dan udang, kacau sebati
Akhir sekali masukkan kerisik, dan biarkan kuah sedikit pekat
Perasankan dengan garam, tutup api
Sedia untuk dihidangkan



Koleksi Kipas Hello Kitty

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang Koleksi Kipas Hello Kitty pula kali nie. Sebenarnya kawan niaga sebelah gerai Kak Sue di Pasar Ramadhan yang memula bawa kipas nie. Cuaca kan panas, Kak Sue pun sebenarnya guna kipas kecil comel Adik kadang-kadang bila tak tahan panas. Sekali nampak kipas Hello Kitty, besar sikit comel pula tu dah lah katanya ada potongan harga untuk kipas nie. Kira separuh dari harga sebenar, apalagi lelaju Kak Sue kirim.. Bukan satu, tiga.. ehehe..

koleksi kipas Hello Kitty
Koleksi Kipas Hello Kitty

Koleksi Kipas Hello Kitty

Entah macam mana Kak Sue boleh terjebak dengan barang dari Hello Kitty. Dah macam budak kecik la pula.. hahaha! Koleksi terbaru kipas Hello Kitty nie lah. Nampak comel ja.. berkenan pula. Kak Sue order tiga biji kipas satu untuk Kak Sue sendiri, dua lagi Adik Kak Sue kirim untuk anak depa. Apa yang menarik pasal kipas nie kan selain boleh sambung guna elektrik macam biasa, boleh guna power bank juga kalau kita berada kat luar rumah.. Kira sesuai juga untuk yang ada anak kecil kan, kalau panas pasang aja kipas nie bila ada aktiviti luar rumah.. selesa..

Kalau ada yang berminat nak dapatkan kipas Hello Kitty nie kata kawan Kak Sue boleh dapatkan berdekatan dengan The Store Sungai Buluh, kawasan kilang katanya. Kak Sue pun belum pernah sampai area situ lagi. Kak Sue kirim aja pada beliau. Cecepat tau sebab katanya ada potongan harga separuh barangan kat situ. Macam-macam ada.. rambang mata. Kak Sue belum sempat lagi nak menyinggah. Selamat membeli belah ya korang, papai!




Viewing all 1444 articles
Browse latest View live