Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all 1444 articles
Browse latest View live

Jalan - Jalan ke DisiniLand Batu Kurau

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Semalam sebelum Kak Sue dan keluarga balik semula ke Rawang, kami sempat jalan-jalan ke DisiniLand. Sebelum nie Kak Sue tengok gambar aja yang dikongsikan oleh adik Kak Sue, kali nie ada rezeki dan peluang Kak Sue dan keluarga jalan-jalan ke DisiniLand. Seronok lah anak-anak ada aktiviti luar. Asyik terperap dalam rumah pun boring juga kan..
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Adik & Sakinah

Aktiviti di DisiniLand

DisiniLand nie terletak di Kampung Perak, Batu Kurau, Perak. Kampung Perak nie tempat asal Mak Kak Sue sebenarnya dan tak jauh pun dari rumah Mak Kak Sue tinggal sekarang nie. Kalau ke depan sikit, ada kampung Sempeneh tempat mandi manda dan berkelah. Dulu kerap juga lah Kak Sue ke sana, tapi sejak fobia dengan air nie dah lama tak ke sana.. Kak Sue pun baru tahu ada tempat riadah macam nie kat Batu Kurau. Memang menarik walaupun Kak Sue tengok dan rasanya masih banyak lagi benda yang belum siap. Apapun okay lah aktiviti kat sini dengan harga tiket buat masa nie.  Jom kita tengok aktiviti yang kami buat kat sana..
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - ada aktiviti berkuda kat sini 
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - aktiviti berkuda
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - aktiviti ATV
DisiniLand Batu Kurau - Aktiviti ATV
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Kakak dan si Kembar bergambar kenangan
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Aktiviti memancing anak bujang

jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Haa.. Adik dapat juga merasa macam mana ikan makan pancing
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Abang pun dapat ikan, hobi baru nie
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Mini Zoo
jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Mini Zoo

jalan-jalan ke disiniland batu kurau
DisiniLand Batu Kurau - Pintu Masuk
Harap lepas nie ada lagi penambahan aktiviti kat sini. Buat masa sekarang nie aktiviti yang disediakan ialah menunggang kuda, memanah, aktiviti ATV dan memancing. Juga ada mini zoo kat sini. Bayaran masuk pun sangat berpatutan bagi dewasa hanya RM3, untuk kanak-kanak dan warga emas RM1 sahaja. Mana nak dapat bayaran yang murah macam nie kat tempat lain kan. Untuk aktiviti lain akan dicaj dengan harga yang telah ditetapkan

Apapun bagi pendapat Kak Sue tempat nie boleh dinaiktaraf lagi dari segi papan tanda yang lebih besar dijalan masuk utama. Juga harap pihak DisiniLand dapat sediakan jalan masuk ke sana lebih baik dari sekarang. Musim hujan kan sekarang, agak berbecak lah maklum kawasan kebun dan bukit. Begitu juga kemudahan asas yang lain seperti tandas dan surau yang bersih. Biasalah tempat baru kan.. Kalau bercuti ke Taiping, Perak jangan lupa datang sini tau. Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie bagai yang berminat nak ke sini..


DisiniLand Agrofarm & Resort
No Tel
018 572 4687
Waktu Operasi
10.00am - 6.30pm
Facebook Page











Pigeon Newborn Pure Pilihan Untuk Penjagaan Bayi

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Bagi ibu bapa yang baru menerima orang baru dalam rumah memang tak dapat kita bayangkan betapa bahagianya perasaan masa tu kan. Kita sebagai ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak kita. Begitu juga lah dengan kelengkapan untuk bayi kita mesti nak yang terbaik kan. Meh Kak Sue nak kongsi dengan korang, bagi yang tengah tercari-cari barangan untuk bayi korang boleh lah cuba produk Pigeon Newborn Pure. Mesti pernah dengar kan nama produk nie, dan yang terbaru Pigeon Newborn Pure nie lah..

pigeon newborn pure
Pigeon Newborn Pure

Pigeon Sikincare Series Newborn Pure

Jenama Pigeon nie dibuat di Jepun memang dah dikenali sebab lebih 40 tahun berpengalaman dan mempunyai kredibiliti dalam penjagaan kulit bayi yang baru lahir. Sebut aja Pigeon rasanya semua orang tahu salah satu jenama terkenal produk penjagaan bayi. Produk Pigeon Skincare Series Newborn Pure adalah satu set lengkap bagi penjagaan bayi yang baru lahir

pigeon newborn pure
Pigeon Newborn Pure - Purifying Body Wash & Moisturizing Lotion
Produk nie mengandungi dua lapisan perlindungan Natulayer dan melembapkan kulit. Paling penting produk Pigeon diuji secara Dematologically untuk memastikan penggunaan yang selamat untuk bayi kita. Selain dari itu produk dari Pigeon nie juga bebas dari Paraben, Formaldehyde dan alkohol. Haa.. tak ada lah risau nanti kan.. maklumlah kulit bayi nie halus

pigeon newborn pure
Pigeon Newborn Pure - Terima Kasih MotherHood
Hari tu Kak Sue terima dua produk dari www.motherhood.com.myterima kasih MotherHood sudi hadiahkan pada Kak Sue. Dua produk terbaru dari Pigeon tersebut ialah Purifying Body Wash dan Moisturizing Lotion. Selain dua produk yang Kak Sue terima nie ada produk lain iaitu Nourishing Shampoo, Calming Oil dan Protective Cream set lengkap untuk Newborn Pure Skincare tau.

Sebenarnya walaupun Kak Sue tak ada anak yang masih bayi tapi kami sekeluarga memang ada menggunakan produk barangan bayi. Sebab rasa selesa, lembut dan wangi. Lepas nie boleh lah Kak Sue gunakan produk dari Pigeon pula, bagi yang berminat nak beli produk Nemborn Pure Skincare Series Pigeon dan nak tau lebih detail boleh intai kat bawah nie ya..

Pigeon Newborn Pure Skincare Series 
Web Pigeon : newbornpure.com
Facebook Pigeon : Pigeon Malaysia





Resepi Mudah Gulai Tempoyak Pahang

$
0
0
Assalamualaikum,hai semua! Masak apa hari nie.. kadang tak sempat nak masak kan terkejar-kejar balik dari kerja. Bagi yang memang bekerja sebagai surirumah, surirumah pun bekerja tau jangan buat tak tahu pula.. ehehe, pun kadang dah tak idea nak masak apa kan. Masalah yang sama setiap hari. Kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang resepi mudah Gulai Tempoyak Pahang. Tak payah ambil masa yang lama pun nak siapkan Gulai Tempoyak Pahang nie tau.. jom kita tengok jom..

resepi mudah gulai tempoyak pahang
Gulai Tempoyak Pahang

Gulai Tempoyak Pahang Mudah dan Cepat

Sekarang nie kalau boleh semua nak cepat kan. Ya lah, macam Kak Sue cakap tadi kalau yang bekerja tu balik rumah dah lewat petang. Ambil anak balik sekolah, beli bahan untuk masak makan malam, sangat memenatkan. Kak Sue nak kongsi dengan korang cara mudah nak masak Gulai Tempoyak Pahang tak payan susah-susah nak sediakan macam-macam bahan. Hanya gunakan Pes Gulai Tempoyak FZE dari Fauziana Samat Sambalbelimbing. Mudah dan cepat..

resepi mudah gulai tempoyak pahang
Pes Gulai Tempoyak Pahang dan Sambal Hitam

Resepi Gulai Tempoyak Pahang

Bahan
1 ekor ikan talapia - dipotong dua
1 batang serai - diketuk
1 biji tomato - dibelah enam
1 pek Pes Gulai Tempoyak Pahang FZE
Garam secukup rasa


resepi mudah gulai tempoyak pahang
Resepi Mudah Gulai Tempoyak Pahang

Cara Menyediakan
Masukkan pes ke dalam periuk dan tambahkan air ikut kesukaan korang
Masukkan serai yang telah diketuk
Masak campuran tadi sehingga mendidih dan sedikit pekat
Masukkan sedikit garam kalau perlu
Masukkan ikan talapia tadi, biarkan mendidih atau sehingga ikan masak
Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api
Sedia untuk dihidangkan, senang ja kan

Bukan setakat pes Gulai Tempoyak Pahang aja, ada bermacam lagi pilihan produk dari FZE antaranya Sambal Hitam, Pes Ikan Bakar, Daging Pekasam dan Ikan Pekasam pun ada. Tambah tak lama lagi kita dah nak sambut bulan ramadhan kan sesuai sangat lah sediakan stok macam nie kat rumah. Bagi yang berminat korang boleh singgah di facebook Sue Izza atau boleh hubungi beliau terus di nombor 017 939 7536. Selamat mencuba .. papai!


Jom Lepak Gerai Tepi Jalan Sabak Bernam

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie seharian Kak Sue ikut Abang Man ambik barang niaga di Sabak Bernam, Selangor. Macam biasa bila selesai kerja Abang Man, kami sekeluarga mesti cari tempat makan dulu sebelum balik. Tadi tetiba Abang ternampak kawan satu kampung Encik Zul, terus pusing balik. Rupanya beliau berniaga kat situ, jadi kami singgah gerai Zul lepak-lepak dan makan. Lagi pun lama tak jumpa kan.. Sebelum nie beliau berniaga kat tempat lain tapi tepi jalan juga. Jangan tak tau gerai tepi jalan pun sedap tau..

gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Cantik kan mangkuk nie

Gerai Tepi Jalan Pun Sedap

Kami sekeluarga memang suka singgah gerai tepi jalan. Sambil makan lepak-lepak tengok gelagat orang dan menikmati suasana kat situ. Kadang setengah orang tu segan nak makan tepi jalan konon tak ada "kelas". Bagi keluarga Kak Sue tak kisah mana-mana pun janji sedap dan bersih. Jangan korang tak tau gerai tepi jalan nie kadang lebih sedap dari restoran yang gah namanya tau..

Gerai Zul masih baru dibuka dan banyak lagi yang nak diperbaiki. Gerai beliau tepi jalan berdekatan dengan pekan Sabak Bernam. Menu yang ada kat situ minuman Cendol Kacang, Cendol Pulut juga minuman sejuk dan panas. Makanan pula ada Laksa, Mee Jawa, Kuew Teow Goreng dan Mee Goreng. Akan datang katanya akan ada Nasi Campur.. boleh lah lain kali singgah sini lagi. Jom tengok apa yang kami order untuk hari nie..

gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Kami order Cendol Kacang dan Cendol Pulut


gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Abang Man order Mee Jawa


gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Kak Sue dan Kakak order Laksa


gerai tepi jalan pun sedap tau
Gerai Tepi Jalan - Abang order Kuew Teow Goreng
Kalau ikut selera Kak Sue sedap juga semua menu kat sini. Kena pula dengan layanan mesra dan suasana tempat yang santai macam nie. Kak Sue tak ambil gambar gerai tadi sebab gerai pun katanya masih banyak yang nak diperbaiki lagi. Korang kalau ada yang ke Sabak bernam, datang lah singgah Gerai Encik Zul nie ya, terima kasih.. Papai!

Resepi Cucur Jawa

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue antara peminat kuih tradisional, salah satunya Cucur Jawa. Pernah dengar tak nama kuih nie? Kalau kat kampung Kak Sue memang pangil dengan nama tu, tak tahu lah tempat lain. Mak Kak Sue memang ambil tempahan dan menjual kuih Cucur Jawa nie. Kadang sampai tak menang tangan lah juga. Kalau Kak Sue balik rumah Mak, mesti Mak masakkan kuih nie lebih sikit untuk kami. Sedap tau makan panas-panas. Kalau kuih dah sejuk pun kuih hasil air tangan Mak Kak Sue nie masih lembut tau.Kalau ada yang teringin nak rasa atau buat sendiri meh Kak Sue kongsikan resepinya meh..

resepi cucur jawa
Kuih Cucur Jawa

Resepi Cucur Jawa

Bahan - bahan :
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
4 cawan air
Minyak untuk mengoreng

Cara - cara :
Campurkan gula putih, gula merah dan air tadi, masak sehingga mendidih dan gula hancur. Kemudian sejukkan dulu
Bila bancuhan gula tadi dah sejuk atau suam, campurkan tepung gandum, tepung beras dan bancuhan gula tadi. Gaul sehingga sebati, ketepikan dulu, sebab bancuhan nie sebenarnya kerap perap semalaman. Contoh kalau nak buat sarapan untuk esok, malam tu kita dah siapkan bancuhan kuih tadi
Untuk mengoreng esoknya tu, panaskan minyak tapi minyak sikit aja tau. Guna kuali kecik yang comel tu, lain kali Kak Sue tunjukkan gambar kuali ya
Minyak jangan panas sangat, kemudian cedukkan adunan kuih tadi dengan senduk kecil juga ke dalam kuali. Kalau korang nak buat size besar pun boleh, janji muat dalam kuali
Bila dah berbentuk di tepi kuih tadi macam topi mexico  baru balikkan kuih. Biarkan masak sekejap kemudian angkat dan toskan.Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis
Boleh lah dihidangkan panas-panas
Selamat mencuba




Kelapa Laut MAN JAVA | Senarai Peniaga Pasar Ramadhan 2017

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Tak lama lagi kita akan meyambut bulan Ramadhan dah kan. Macam biasa Kak Sue nak upadate info Kelapa Laut MAN JAVA senarai peniaga Pasar Ramadhan 2017. Rasanya dah banyak kali Kak Sue ingatkan disetiap post entri peniaga Kelapa Laut Man Java nie, tapi Kak Sue ingatkan lagi bagi peniaga yang baru

kelapa laut man java senarai peniaga pasar ramadhan 2017


Senarai Peniaga Pasar Ramadhan 2017

Setiap satu kawasan, hanya satu agen sahaja dibenarkan membekal produk kami. Untuk pasar malam, pasar pagi dan pasar Ramadhan juga dibenarkan hanya seorang peniaga bagi mengelakkan kesulitan atau masalah pada kemudian hari. Kalau boleh pihak kami tak mahu ada perkara berbangkit bila dalam satu kawasan atau pasar ada beberapa peniaga Kelapa Laut MAN JAVA, tapi kalau ada peniaga tak kisah, setuju dan bersedia bersaing secara sihat itu tak ada masalah bagi pihak kami

Pihak kami juga tidak akan bertolak ansur kalau ada antara peniaga yang mengubah nama atau rasa produk kami tanpa berbincang terlebih dulu. Kalau tertangkap atau pihak kami dapat tahu bekalan produk dari kami akan diberhentikan serta merta, harap ambil tahu dan faham ya. Nak rebranding atau apa semua boleh bincang..

Untuk repeat order seperti yang dah diberitahu pada order yang pertama, sila buat order tiga hari sebelum penghantaran atau yang nak ambik sendiri tu ya. Sertakan sekali nama, tempat dan kuantiti barang bagi mengelak sebarang kesulitan. Setiap hari kami susun jadual penghantaran jadi kalau yang tak buat awal nanti jadi kelam kabut. Sekian untuk kali nie, harap dapat beri kerjasama dan terima kasih kepada semua peniaga lama dan baru yang sudi bekerjasama dengan pihak kami lagi pada tahun nie. Semoga kita sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki tahun nie. Rezeki sama dikongsi!

Kelapa Laut MAN JAVA | Senarai Peniaga Pasar Ramadhan 2017

PENANG
1. Kepala Batas - Zam (Agen Penang)

PERAK
1. Pantai Remis - Azman
2. Kuala Kangsar - Bahrin
3. Langkap - Shahrul
 4. Menara Condong Teluk Intan - Ina / Nasir
5. Erman - Pasar Ramadhan Teluk Intan
6. Manjung, Lumut - Ahmadi
7. Sri Iskandar - Hairul

KEDAH
1. Kulim - Mie

SELANGOR
1. Kuala Selangor - Naim
2. Bandar County Home - Nazri
3. Rawang - Ejai
4. Bandar Tasik Puteri, Rawang - Man Java
5. Petaling Jaya - Mazlin
6. Puchong - Ina
7. Shah Alam - Amri
8. Puncak Alam - Shafiq
9. Kapar, Klang - Fauzi (Agen Selangor)
10. Klang- Azwan * akan update pasar mana
11. Sungai Udang - Ayang
12. Andalas - Ayang
13. Rantau Panjang - Nin

KUALA LUMPUR
1. Selayang - Jefri
2. Selayang Baru - Faiz 
3. Kampung Nahoda - Ayu *
4. Keramat - Azhar
5. Bangsar - Adik Nora

N.SEMBILAN
1. Tampin - Fadli
2. Gemas - Junita
3. Gemenchih - Halimi
4. Jelebu - Ridhuan
5. Felda Pasir Besar - Firdaus

MELAKA
1. Syukri - * akan update pasar mana
2. Hashim - * akan update pasar mana
3. Nizam - * akan update pasar mana

PAHANG
1. Kuantan - Noni
2. Raub - Eddie
3. Rizal - Muazam

TERENGGANU
1. Kuala Terengganu - Man (Agen Trengganu)
2. Marang - Khairul Bahri

KELANTAN
1. Kamisah / Azwan * akan diupdate pasar mana

JOHOR
1. Muar - Jais (Agen Johor)
2. Batu Pahat - Yus
3. Larkin - Hafis


Order untuk pasar ramadhan 2017 diTUTUP esok, harap maklum.















Terubat Rindu Adik

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Akhirnya terubat rindu Adik, punya lama tak jumpa Abang Aza. Rasanya kali terakhir jumpa pun, masa Kak Sue buat makan-makan jamuan raya tahun lepas. Haa.. punya lama tak jumpa kan. Abang Aza panggilan Adik kepada adik sepupu Abang Man. Keluarga kami memang agak rapat dengan Aza dari sepupu-sepupu Abang Man yang lain. Adik memang membesar dengan Aza, dari Adik masih baby lagi. Kadang siap demam kut kalau lama tak jumpa. Hari nie terubat rindu Adik dah.. asyik melekat aja dengan Abang Aza tu seharian..

terubat rindu adik
Terubat Rindu Adik - kalau jumpa macam nie lah

Terubat Dah Rindu Adik

Adik memang terlebih manja sikit dengan Aza nie, sebab dari baby lagi Aza dah mula rapat dengan keluarga kami. Hari nie terubat dah rindu Adik pada Abang Aza. Dulu bila hari cuti aja Aza datang lepak-lepak kat rumah melayan kerenah anak-anak Kak Sue. Aza pula jenis sukakan budak-budak, pandai nak layan kerenah semua bagai. Tu yang anak-anak Kak Sue suka tu kalau Aza datang ziarah. Bukan setakat Adik, Abang dan Kakak pun memang rapat dan manja dengan beliau.

Dalam banyak-banyak sepupu Abang Man memang keluarga kami rapat dengan Aza dan keluarga beliau. Mungkin sebab masa Aza dengan kami lebih banyak dari sepupu yang lain. Dulu sebelum bekerja kat tempat lain, Aza tolong Abang Man niaga. Ikut aja kami kemana-mana berniaga. Bukan setakat tolong niaga, tolong jagakan anak-anak Kak Sue sekali tau. Memang menjadi orang kepercayaan dan kesayangan kami sekeluarga dari dulu sampai sekarang.. Susah nak jumpa dah orang macam Aza nie tau.. 

Cuma sejak Aza bekerja tempat lain masa dengan kami agak kurang dah.. Ya lah duduk pun dah jauh dengan waktu kerja yang ber shif tu kan.. Walau pun jarang jumpa kami masih lagi berhubung melalui whatsapp dan facebook bertanya khabar. Memang anggap Aza nie dah macam adik sendiri pun. Cuma sekarang agak sibuk mungkin, tu yang dah jarang datang ziarah kami. Buat dua kerja kan, masa tu ketat lah nak kesana sini kan. Sekarang katanya dah tak buat dua kerja, boleh lah kerap datang sini nanti.. ehehe..

Terima kasih lah hari nie datang ziarah kami sekeluarga. Nampak Adik seronok sangat hari nie. Hilang dah rindu.. Apapun Kak Sue dan keluarga sentiasa mendoakan semoga Aza sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah dan terus cemerlang dunia,akhirat.. aamiin..! Papai..!



Bila Meningkat Usia

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Bila meningkat usia nie, faham-faham aja lah. Tak boleh nak melasak sikit dah macam dulu, badan cepat letih. Kak Sue paling kalah bab mop rumah, rasa macam nak demam main air lama-lama. Nasib baik sekarang nie kerja mengemop Kakak dah ambik alih. Bukan tu aja bila meningkat usia nie.. mata pun dah tak berapa nak nampak.. huhuhu.. bertabahlah..

bila meningkat usia
Bila Meningkat Usia...

Bila Meningkat Usia

Sebelum nie mata Kak Sue okay aja, tapi sejak aktif berblog nie nampak gaya semakin menjadi pula tak nampak dah benda atau tulisan kecil-kecil. Ya lah, blogger nie kan setiap hari mengadap computer dan handphone, kadang berjam-jam kut.. Bila alih pandangan ke tempat lain dah kabur dan pedih. Nak tak nak kena juga bantuan Cik Cermin Mata.. Pada hal sebenarnya dari segi hukum alam, bila dah meningkat usia nie memang ada lah masalah penglihatan mata nie kan.. Tak ngaku dah tua lah tu.. ehehe.. tapi ada juga tau, macam nenek sedara Abang Man umur dah 90 tahun lebih kut mata steady lagi baca Al Quran tanpa bantuan Cik Cermin Mata

Baru-baru nie Kak Sue ikut Abang Man hantar order Kelapa Laut ke Shah Alam, kami singgah ke Kompleks PKNS Shah Alam. Jalan-jalan dulu kat dalam tu, jumpa kedai yang Kak Sue rasa puashati dengan harga terus tempah Cik Cermin Mata. Dah tak tahan mata nie kadang kabur aja bila tengok tulisan kecil kat handphone atau bila membaca. Mula-mula pakai Cik cermin Mata memang tak selesa lah sangat, rasa rimas.. harap lepas nie akan terbiasalah kan.. Macam nie lah bila meningkat usia.. Setakat nie saja kali nie, kita sembang lagi di entri yang lain.. papai!



Resepi Ikan Bakar Berempah

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue terlewat sikit masak, balik dari temankan Abang Man hantar order Pati Kelapa Laut terus beli barang nak masak. Niat kat hati nak masak simple ja macam biasa kebetulan ada rempah dari FZE mudah lah kerja Kak Sue. Tak payah susah-susah dah nak sediakan bahan, Kak Sue pun terus bagitahu Abang Man nak masak Ikan Bakar Berempah aja untuk hari nie. Macam biasa jom lah kita tengok bahan Ikan Bakar berempah nie jom..

resepi ikan bakar berempah
Ikan Bakar Berempah

Resepi Mudah Ikan Bakar Berempah

Sebenarnya pes rempah ikan bakar nie Kak Sue baru aja order dengan Sue Izza, tak payah tunggu lama sekejap aja dah dapat stok. Cepat Sue buat kerja, kira kali kedua lah Kak Sue order nie. Teruja sangat nak cuba resepi baru guna rempah ikan bakar nie. Buat permulaan nie Kak Sue guna untuk cuba resepi yang mudah dulu kan, Ikan Bakar Berempah. Lain kali boleh cuba resepi lain pula, tambah tak lama lagi nak puasa dah kan tak ada lah pening dan letih fikir menu apa nak dimasak nanti. Ada pes FZE dari Fauziah Samat Sambalbelimbing memang memudahkan kerja kita kat dapur tau..

resepi ikan bakar berempah
Rempah Ikan Bakar dari FZE Fauziana Samat Sambalbelimbing

Resepi Ikan Bakar Berempah

Bahan - bahan :
2 ekor ikan talapia sederhana besar
1 biji tomato dibelah enam
1 pek rempah ikan bakar FZE
Beberapa helai daun kunyit
Aluminium foil untuk balut ikan
resepi ikan bakar berempah
Resepi Ikan Bakar Berempah
Cara Menyediakan
Cuci ikan bersih dan tos, ketepikan
Ambil daun kunyit, letakkan atas aluminium foil kemudian ambil ikan dan lumur rempah ikan bakar pada ikan tadi
Bila dah rata semua, balut ikan tadi dan bakar selama 15 minit atau lebih
Sedia untuk dihidangkan panas-panas, senang dan cepat kan..

Sebenarnya tadi Kak Sue guna lebih dari dua ekor ikan, percubaan pertama kan. Kak Sue guna untuk 2 ekor ikan talapia, 5 ekor ikan keli.. 2 ekor besar yang 3 lagi kecil-kecil aja. Bagi Kak Sue rempah tu ikut kita nak macamana. Kadang orang suka sikit-sikit aja letak kan, Kak Sue suka banyak jadi lain kali kena letak kurang dari tadi lah, rasanya tiga ekor ngam-ngam kut dengan rempah. apapun sedap rempah semua rasa, cuma Kak Sue nie kuat masin jadi lain kali kena tambah garam

Pada korang yang nak dapatkan produk dari FZE nie ada bermacam-macam pilihan tau. Selain dari Rempah Ikan Bakar, ada Sambal Hitam, Daging Pekasam,Ikan Pekasam dan pes Gulai Tempoyak Pahang juga. Memang mudahkan kerja kita kat dapur. Korang boleh terus hubungi Sue Izza di nombor 017 939 7536. Tunggu Kak Sue kongsikan resepi yang lain lagi nanti bersama produk FZE ya, papai!

Untuk resepi lain dengan menggunakan produk dari FZE boleh singgah sini Resepi Mudah Gulai Tempoyak Pahang





Adik Demam Lagi

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Adik demam lagi, rasanya semenjak dua menjak nie Adik macam kerap demam. Susah hati juga Kak Sue nie.. Semalam ingat Adik balik keletihan main bola, sekali cek badan.. panas lah pula. Terus suruh Adik mandi, solat dan tidur. Kak Sue cuma basahkan tuala dan bagi Adik makan panadol aja untuk kurangkan demam dan panas badan. Macam kurang sikit, tapi pagi tadi Adik demam lagi..

adik demam lagi

Adik Demam Lagi

Hari nie tak ke sekolah lah sebab tengok Adik macam demam lagi. Badan masih panas dan katanya sakit kepala. Adik bangun untuk mandi dan solat aja. Petang sikit Kakak suapkan Adik makan, nasib lah ada selera juga nak makan. Kak Sue masakkan bubur tumis hari nie. Lepas maghrib tadi badan Adik masih panas. Abang Man buat keputusan nak bawa Adik ke klinik. Risau juga kan bila demam dan badan panas nie. Lepas tu asyik mengadu sakit kepala.. kesian anak Ibu..

Kami bawa Adik ke Klinik Dr. Najihah, alhamdullilah hanya ada dua orang pesakit termasuk Adik. Pengurusan pun mesra dan cepat. Doktor pun baik dan peramah. Doktor kata suhu badan Adik panas lah juga, dalam 38 tapi tak ada lah teruk. Cuma kalau tak baik juga demam dalam dua, tiga hari nanti doktor suruh datang lagi ke klinik. Tadi doktor bagi antibiotik, ubat demam dan cuti dua hari untuk Adik

Harap demam Adik tak berlarutan lah macam yang sudah-sudah. Ibu doakan Adik cepat sembuh ya nak. Terima kasih juga kepada keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan Adik. Papai.. !

Salam Nisfu Sya'ban

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Salam Nisfu Sya'ban


Koreal Cosmetics Smoothie Foudation 8 in1

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Semua orang nak cantik kan. Tambah kita sebagai orang perempuan memang pentingkan kecantikan kalau boleh setiap masa aja nak cantik. Tapi bukan senang juga nak pastikan kecantikkan tambah kulit kita nie. Jom Kak Sue nak kongsikan dengan korang tentang macam mana nak jaga kecantikan kulit dengan KorealCosmetic Smothie Foundation 8 in 1 nie kat korang.. Apa yang menarik tentang Koreal Cosmetics Foundation nie..? Jom kita baca seterusnya..

koreal cosmetics smoothie foundation

Koreal Cosmetics Foundation

Sebelum nie Kak Sue pernah cuba foundation yang lain tapi kali nie Kak Sue nak cuba Koreal Cosmeics Smoothie Foundation pula. Bahan-bahan yang ada dalam Koreal Cosmetic nie seperti Vit C, Vit E, Triple Stemcell, Shining, SPF 35, Salmon collagen, Titanium Dioxide dan Dimethicone. Haa.. siap ada vitamin C lagi kan, memang baik untuk kulit tau tambah dengan bahan-bahan lain yang menjadikan kulit kita lembap, licin dan berseri..

Cara guna Koreal Cosmetics Foundation

Sama aja cara pengunaan foundation yang lain, senang aja..
1. Picitkan sedikit foundation bersaiz sepeti pearl di hujung jari
2. Letakkan sikit-sikit di seleuruh muka dan leher
3. Ratakan, untuk jadikan kulit kita lembap, licin dan berseri


koreal cosmetics smoothie foundation


Kesan Penggunaan

Kesan penggunaan seawal 7 hari tau, kira kena pakai konsisten lah kan. Dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dan kulit kelihatan glowing. Istimewanya makin lama korang pakai makin muda sebab dalam foundation nie ada Triple Steamcell dan macam-macam lagi macam Kak Sue dah bagi tahu tadi. Best kan, korang mesti cuba tau nanti..

Selain dari tu keunikan foundation 8 in 1 nie kan, tahan lama, tahan peluh dan kurang berminyak. Selesa dipakai pada bila-bila masa, ringan dan tak bercampuk. Kak Sue tak suka pakai foundation menampakkan muka kita berminyak, pastu rasa muka berat ja..tak selasa tau. Kiranya foundation Koreal Cosmetics nie kena dengan ciri-ciri yang Kak Sue nak lah dalam menjaga kecantikan kulit Kak Sue..

Bawah nie Kak Sue kongsikan testimoni pengguna Koreal Cosmetics

koreal cosmetics smoothie foundation


koreal cosmetics smoothie foundation


koreal cosmetics smoothie foundation

Harga bagi sebotol Koreal Cosmetics Foundation nie RM87 aja dan untuk 120 pelanggan terawal korang akan terima free gift bernilai RM75. Haa.. beli barang siap dapat free gift lagi. Korang cecepat order tau. Kak Sue kongsikan detail kat bawah boleh intai lelaju ya..

Koreal Cosmetics Smoothie Foundation
Whatsapp
019 256 5008
atau klik link http://www.wasap.my/60192565008
Facebook
Instagram
Website



Pertama Kali ke Sepetang Bersama Blogger

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue berkesempatan untuk pertama kali ke Sepetang Bersama Blogger. Sebelum nie Kak Sue tengok kawan-kawan blogger yang lain aja pergi. Tapi kali nie Kak Sue berpeluang pergi bila Kak Sue terima hadiah tiket dari kawan blogger yang baik hati. Terima kasih tau awak. Teruja Kak Sue bila pertama kali ke Sepetang Bersama Blogger.. awal-awal dah sampai kut.. hihihi..

pertama kali ke sepetang bersama blogger
Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Dapat juga Kak Sue ke Sepetang Bersama Blogger 2017. Ikutkan Kak Sue segan sangat nak ke majlis nie tau, ya lah Kak Sue nie blogger picisan ja kan. Tapi kawan-kawan blogger beri semangat supaya Kak Sue pergi. Kata mereka untuk luaskan network dan tambah ilmu. Jadi Kak Sue kuatkan semangat ke majlis nie, nasib baik dapat pergi bersama Khir Khalid dan Ana Jingga, tak ada lah segan sangat kan..





Majlis sepetang bersama blogger bukan majlis biasa tapi majlis ilmu dapat belajar dan juga dapat kenal bleogger-blogger lain bagi mengeratkan silaturahim. Memang seronok sangat dapat berjumpa kawan-kawan blogger yang sebelum nie kita bertegur sapa di media sosial aja kan dan hari nie dapat bertemu muka.  Untuk pertama kali Kak Sue datang ke Sepetang Bersama Blogger nie, Kak Sue dapat belajar beberapa perkara yang telah dikongsikan oleh ahli panel. Tajuk yang dikongsikan semua menarik belaka, memang banyak manfaatnya.. rugi tau kalau tak datang..

Semoga lain kali Kak Sue dapat hadirkan diri dengan majlis macam nie lagi. Rasanya kalau ada peluang macam nie kita sebagai blogger patut menghadirkan diri. Bukan setakat dapat ilmu baru, juga dapat mengeratkan silaturahim sesama blogger. Semoga jumpa lagi di majls tahun depan, papai!




Selamat Hari Ibu

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Selamat hari Ibu untuk Mak dan mertua Kak Sue yang tersayang.. juga untuk ibu di seluruh dunia. Semoga setiap hari kita sentiasa menghargai Ibu kita bukan hanya pada hari Ibu saja tau.. Kasih sayang, pergorbanan dan kasih sayang Ibu kita takan terbalas sampai bila-bila.. 

selamat hari ibu
Selamat Hari Ibu Mak Tersayang

Selamat Hari Ibu Mak

Macam hari jadi Abah hari tu, kami adik beradik sepakat nak buat kejutan untuk Mak juga. Kak Sue tak dapat nak meraikan Mak pada hari nie, cuma doa dan ucapan dari jauh. Kak Sue juga nak mengucapkan terima kasih kepada Mak kerana melahirkan Kak Sue, tanpa Mak siapalah Kak Sue nie kan...

Semoga Mak sentiasa dalam rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik, umur yang bermafaat, rezeki yang murah dan dipermudahkan semua urusan dunia, akhirat.. aamiin ya rabb.. love you Mak! Selamat Hari Ibu Mak..

Aktiviti Baru Abang

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Bila anak meningkat remaja nie memang pening kepala kan. Kita dah tak boleh nak rotan atau berkasar sangat. Masa macam nie kena buat macam kawan.. walaupun kadang rasa nak ajak berlawan ja.. hahaha! Sabar aja lah Ibu nie.. Abang anak nombor dua Kak Sue jenis yang suka aktiviti luar yang lasak. Yang peningnya Abang suka bertukar-tukar hobi dia, aktiviti baru Abang sekarang nie sukan bermotor! Kemahin lagi kan aktiviti baru Abang kali nie.. tak kalah,  jenuh Ibu dan Abah..


aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - Chewaaaahhh..

Aktiviti Baru Abang Sukan Bermotor

Sebenarnya kan aktiviti baru lasak Abang sukan bermotor nie kan, pada mulanya tidak disetujui oleh Kak Sue, apatah lagi Tok pah. tu belum Tok Wan, Mbah Lanag dan Mbah Wedok tau lagi tu.. Silap-silap, Ibu dan Abah yang kena basuh.. tapi disebabkan minat Abang yang amat sangat, ya lah dari Abang dok bawa motor kat jalan raya kesana sini baik kita salurkan ke jalan yang betul. Kali nie tak tahu lah berapa lama pula bertahan, bukan sikit duit kut bila dah serius nanti. Abang hobi dan aktiviti yang beliau suka.. hmmm.. kopak poket! Demi anak-anak tak apa lah..

aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - Team motor
aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - Abang dan Papa Wan
Buat permulaan nie Abang cuma traning di track sambil dipantau oleh orang yang berpengalaman. Dari segi keselamatan amat dititik beratkan, seperti baju yang khas dan juga topi keledar. Apa pun, kami meletakkan syarat kalau Abang berminat dengan sukan bermotor nie pelajaran tak boleh diabaikan, displin dan solat kena jaga. Gagal dengan syarat tadi, selamat tinggal sukan bermotor! Tiada kompromi!

aktiviti baru abang
Aktiviti baru Abang - motor-motor juga solat jangan tinggal
Sebenarnya kita sebagai ibu bapa nie, sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak kita kan. kadang kita dah rancangkan benda lain, end up lain pula yang jadi. Apa pun, kami sebagai Ibu dan Abah sentiasa menyokong apa sahaja perkara yang baik, asalkan tidak menekan dan mendera perasaan anak-anak. Semoga Kakak, Abang dan Adik cemerlang dalam bidang dan minat masing-masing.. Ibu love you all, muah!

BK Bouquet Delivery | Kejutan Untuk Yang Tersayang

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie semua dah mudah dah kan, zaman serba canggih nie semua hanya dihujung jari. Dulu kalau nak buat sambutan hari jadi, hari ibu atau hari istimewa kalau yang tinggal berjauhan tu setakat ucapan aja lah. Sekarang nie dengan adanya perkhidmatan kejutan untuk orang tersayang, memudahkan kerja dan dapat mengembirakan hati depa kan walau kita berada jauh beribu batu. Kak Sue nak kongsikan dengan korang perkhimatan kejutan untuk yang tersayang dari BK Bouquet Delivery yang kami adik beradik tempah sempena hari jadi Abah dan sambutan hari Ibu yang lepas. Sangat berpuashati tau dengan BK Bouquet Delivery nie..

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery - kejutan untuk yang tersayang

Perkhidmatan Istimewa dari BK Bouquet Delivery

Sekarang nie memang tengah top kan perkhidmatan kejutan nie kan, ada bermacam pilihan yang boleh kita buat. Apa yang menarik perkhidmatan istimewa dari BK Bouquet Delivery nie kan.. korang boleh pilih bila nak buat tempahan tu tau. Samada nak bouquet bunga segar, bonquet coklat, kotak dan bakul pun ada. Selain dari itu kan bukan coklat aja, boleh letak make up, cookies dan macam-macam lagi kejutan untuk yang tersayang.. Korang pilih aja nak letak apa, InsyaAllah BK Bouquet Delivery boleh buatkan..

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 

BK Bouquet Delivery nie kan, cover kawasan Batu Kurau.. dan kawasan sekitarnya. Bandar Taiping pun mereka ada buat penghantaran juga. Kalau yang tinggal jauh tapi kampung kat Batu Kurau atau Taiping boleh aja nak buat kejutan untuk keluarga di kampung gunakan perkhidmatan mereka nie. Kak Sue jamin korang puashati, perkhidmatan mesra dan cepat dengan harga yang sangat berpatutan lagi. Best kan..

bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery 
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery kejutan harijadi Abah
bk bouquet delivery kejutan untuk yang tersayang
BK Bouquet Delivery kejutan Hari Ibu untuk Mak

Bagi korang yang berminat nak dapatkan perkhimatan dari BK Bonquet Delivery nie macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah ya. Dapat mengembirakan Ibu, Abah dan orang yang tersayang tentu satu perasaan yang menyeronokkan, bukan tu saja.. dapat pahala lagi kan.. Korang lelaju intai detail bawah nie ya.. semoga membantu, papai!

BK Bouquet Delivery
Facebook
Instagram
No Tel
011 3340 2430 ( Ain )
011 2658 6793 ( Siti )

Musim Panas Pulak...

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Tadi Kak Sue nampak kawan blogger Hanim, kongsi berita dari Jabatan Meteorlogi Malaysia tentang permulaan monsun barat daya. Kak Sue pun bukannya reti dan faham sangat tentang kaji cuaca nie. Tapi kena mengena lah dengan keadaan sekarang nie, musim panas. Sebelum nie tiap hari hujan aja kan, sampai tempat Kak Sue nie kena angin ribut lah hari tu.. Kali nie musim panas pulak..

musim panas pulak
Musim panas sehingga September

Musim Panas Sehingga September

Tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan kan, harap kita dan anak-anak dapat bertahan lah dengan cuaca panas nie nanti. Katanya musim panas nie sehingga bulan September nanti. Melambung lah bil bulanan kan, dengan kipas dan air cond yang terpasang 24 jam.. huhuhu..

Nak kena kurangkan aktiviti kat luar nanti, tapi macam Kak Sue dan peniaga Pasar Ramadhan yang lain seawal pukul tiga dah terpacak kat sana. Bertabah lah nanti. Korang yang nak sejukkan badan boleh lah nanti cuba air Kelapa Laut di gerai Kak Sue ya. Sempat lagi tu promote.. hahaha..!! Kurangkan aktiviti kat luar, banyakkan minum air kosong dan jaga diri semua.. papai!


Mister Potato Ubi Keledek

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kalau kat rumah Kak Sue nie memang sentiasa ada stok makanan ringan. Dalam kabinet dapur memang sentiasa top up, sebab Kak Sue jenis suka di rumah sentiasa ada stok makanan. Kadang sambil-sambil tengok tv mulut nak mengunyap ja kan.. Salah satu stok makanan pilihan Mister Potato, mesti ada aja kat rumah nie. Paling terbaru Mister Potato Ubi Keledek. Sedap tau.. korang dah cuba ke belum..?

mister potato ubi keledek
Mister Potato Ubi Keledek

Mister Potato Ubi Keledek

Sebelum nie kami cuba Mister Potato yang original tu aja, tapi hari tu Kak Sue ternampak ada kawan di facebook kongskikan Mister Potato perasa ubi keledek nie. Nampak macam menarik aja, bila ke Speedmart dekat dengan rumah Kak Sue nie, terus Kak Sue beli dua bekas. Memula Kakak sibuk tanya, sedap ke Ibu? Sekali bila dah rasa, Ibu nanti kalau Ibu pergi beli barang belikan Kakak Mister Potato Ubi keledek tau.. Haaa.. baru tau sedap!


mister potato ubi keledek
Mister Potato Ubi Keledek
Rasanya macam ubi keledek lah kan, tapi lemak-lemak manis sikit. Kak Sue pun suka juga sebenarnya. Korang cecepat beli tau, kadang ada setengah kedai atau pasaraya memang habis stok. Harga pun murah aja RM3.99 di Speedmart. Selamat mencuba korang, papai!



Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Masak apa hari nie..? Kak Sue sebenarnya kan dah lama tak memasak. Sejak akhir-akhir nie macam sibuk sangat, pepagi lepas selesai Adik dan Abang ke sekolah Kak Sue dan Abang Man keluar beli barang atau hantar order. Kakak urus kerja di rumah, jadi semua teratur aja kan walaupun sibuk, cuma tak masak aja. Hari nie rasa rajin nak masak, kebetulan tak kemana-mana. Menu hari nie Ikan Talapia Goreng Berlada, senang dan cepat. Bahan pun tak banyak nak guna dalam resepi Ikan Talapia Goreng Berlada nie.. Sekejap aja dah siap..

Sekarang kan musim panas, memang tak ada selera sangat nak makan. Kak Sue kadang makan sehari sekali aja, yang lain tu banyak makan makanan ringan-ringan macam kuih atau buah pun cukup dah. Itu yang hari nie ingat nak masak menu yang simple sudah makan kat rumah, berapa hari dah makan kat luar atau bungkus aja bawa balik. Jemu dah..
huhuhu.. Jom kita tengok resepi jom..

resepi ikan talapia goreng berlada
Ikan Talapia Goreng Berlada

Ikan Talapia Goreng Berlada

Resepi Asal : Azie Kitchen

Bahan - bahan :
1 ekor ikan Talapia merah - gaulkan garam dan kunyit
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
4 biji cili besar - dikisar
6 biji cili padi - dikisar 
1 keping asam keping / air asam jawa
Sedikit garam dan gula

resepi ikan talapia goreng berlada
Bahan - bahan untuk resepi Ikan Talapia Goreng Berlada
Cara - cara :
Panaskan minyak, goreng ikan tadi sehingga garing. Ketepikan
Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak
Masukkan asam keping atau asam jawa, garam, gula dan sedikit air
Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul rata
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba





Happy Birthday Sayang

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie birthday cinta hati Kak Sue Abang Man. Tahun nie nampaknya tak ada buat sambutan atau makan-makan atau masak apa-apa pun. Anak-anak pun semua ada aktiviti masing-masing, tinggal Kakak aja teman Ibu kat rumah. Abang Man sangat sibuk dari awal pagi sampai lah ke malam. Gigih betul lah cinta hati Kak Sue nie mencari rezeki. Sebenarnya tarikh sama hari nie Abang Man nak kena uruskan stok buah Kelapa Laut.. nak tak nak terpaksa lah selesaikan semua tu dulu. Apa pun Happy Birthday Sayang.. nanti kita planning makan-makan ya..

happy birthday sayang
Happy Birthday Sayang

Birthday 2017 Yang Sibuk

Abang Man kadang-kadang birthday beliau sendiri pun tak ingat. Boleh gitu.. hehehe, tambah bila sibuk macam nie tak ada dah nak peduli apa pun. Jenis Abang Man selagi kerja tak siap, makan tak apa tak.. dah selesai semua baru lah nak cari makan. Betul-betul birthday 2017 nie yang sangat sibuk, sampai ke malam pun masih lagi bekerja.. kesian cinta hati Kak Sue.

Tak kisah lah ada sambutan atau tidak, yang penting ingatan kan. Pepagi dah ucapkan Happy Birthday dah kat Abang Man sebelum beliau keluar tadi. Happy Birthday Sayang.. semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, semoga keluarga kita sentiasa dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan berbahagia hingga ke Jannah.. aamiin..! We love you more sayang..muah!
Viewing all 1444 articles
Browse latest View live