Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue ke Sunway Lagoon untuk 'Participation In An Immunity Boosting Gummies Taking Session For Malaysia Book Of Records'.Meriah gila tau..tapi bukan Kak Sue nak sembang tentang event tu..Kak Sue nak kongsi hari nie Kak Sue mencbar diri Kak Sue.Sebenarnya Kak Sue nie takut pada ketinggian dengan kata lain gayat!Tadi entah macam mana rasa terlintas kat hati nak cuba naik jambatan gantung Suspension Bridge kat Sunway Lagoon.Sesekali apa salah mencabar diri kan..
Masa mula naik tangga nak ke jambatan gantung,Kak Sue dah rasa semacam.Menyungap kut sebab jarang bersenam,tenaga tak kuat!Rasa macam tak mampu pula nak teruskan.Ada la dua,tiga kali Kak Sue berhenti ambik nafas..huhuhu..rasa letih gila naik tangganya..Sampai kat atas, dah satu bab lagi.Tengok bawah,alamak..tingginya ya Tuhan!
Dalam hati takan nak patah balik,anak-anak dan kawan dah mula melangkah.Gigihkan diri lah juga seberang jambatan gantung memang sambil berjalan tu mulut tak berenti lah Kak Sue..memang gayat dan takut gila okay!kena pulak ada budak-budak muda menyakat dalam hati menyumpah aja..hahaha..takut woi!Nasib ada Kakak tolong pegang tangan ibu dan bagi semangat..Kalau tak mau meraung kat atas tu..
Akhirnya..sampai juga penghujung jambatan, memang masa tu berpeluh sakan.Rasa kalau buat tiap hari tak payah bersenam dah.Harap lepas nie kurang lah sikit perasaan gayat Kak Sue tu kan..Korang tak mau cuba ke naik jambatan gantung Sunway Lagoon tu?Cubalah rasai 'keseronokkan' jambatan yang bergoyang-goyang terpanjang di dunia nie nanti tau..baru lengkap aktiviti kalau ke Sunway Lagoon.Selamat mencuba, papai!