Assalamualaikum,hai semua!Kita baru menyambut Hari Wanita Sedunia beberapa hari lepas kan, sekurang-kurangnya ada hari yang menghargai kita sebagai wanita.Kak Sue sendiri terima ucapan selamat hari wanita dari suami tersayang, rasa sangat disayangi dan dihargai tau..Kak Sue juga berkesempatan menghadirkan diri ke majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International beberapa hari lepas, meriah sangat.
Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze
Pertama kali Kak Sue menghadirkan diri dalam majlis sambutan hari wanita nie, rasa teruja pula nak dengar perkongsian hebat dari panel-panel istimewa yang dijemput dalam majlis tersebut dan majilis diadakan di Melilea Tower, The Horizon Bangsar Kuala Lumpur.Habis aja waktu pejabat Kak Sue tengok makin ramai jemputan yang datang..meriah!Jom Kak Sue nak sembang tentang Stellavingze International nie dulu jom..
Stellavingze International adalah sebuah badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mencapai kebahagian dan kejayaan.Diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga seorang usahawan wanita tempatan, seorang isteri dan ibu yang penyayang telah mencipta sebuah formula untuk membantu para wanita bagi mencapai cita-cita tanpa mengabaikan keluarga di rumah.Beliau telah membawa syarikat miliknya dan suami menerajui pasaran global dan memenangi pelbagai anugerah berprestij.Hebat kan..
![]() |
Antara tokoh wanita hebat sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia |
- Tan Sri Datin Paduka Seri hajah Zaleha binti Ismail , Pengerusi Yayasan Wanita (YASNITA)
- Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Waniat dan Keluarga, Palimen Lembah Pantai
- Datin Noor Faezah Bt Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
- Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International
Perkongsian Dari Tokoh Wanita Hebat
Sambuatn Hari Wanita Sedunia bersamaTan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail |
Kata beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa.Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik.Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga
Sambutan Hari Wanita Sedunia bersama Datin Azizah Hj Shariff |
Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Datin Noor Faezah Mohd Ashref |
Datin Noor Faezah Mohd Ashref pula berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran
Sambutan Hari Wanita Sedunia bersama Ms Wee Siew Ling |
Beliau berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami...wah hebat kan!
Haaa..nie Kak Sue nak kongsi pada wanita yang berminat nak jadi sebahagian dari Stellavingze International ada dua kursus latihan
Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan
Objektif:
Membantu wanita dalam menguruskan diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga dan anak-anak serta mempunyai kehidupan yang seimbang dan indah
Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
Kelas Imej
Kesihatan dan Kecantikan
Pembentukan Minda dan Rohani
Pengurusan Rumah Tangga
Interaksi Bersama Anak
Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah
Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia
Kelayakan:
Pendidikan:Diploma / Ijazah
Pengalaman:2 tahun ke atas
Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang
Syarat-syarat kemasukan:
Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
Perlu menjadi ahli Stellavingze International
Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti
Objektif:
Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya
Stellavingze Guiding Star:
Kami menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh
Kami menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
Kami menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.
Kursus dan Latihan:
Kelas Imej Perniagaan
Latihan Skill Perniagaan
Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
Kelas Pengurusan Perniagaan
Kelas Kualiti Kepimpinan
Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan : Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
Umur: 25 - 60 tahun
Untuk lebih detail boleh singgah sini www.stellavingzeinternational.com