Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all 1445 articles
Browse latest View live

Rindu Yang Tak Tertanggung

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Rindu yang tak tertanggung.. Ya, itu yang Kak Sue rasa sekarang nie. Rindu pada Mak yang telah pergi dijemput Allah. Rupanya macam nie rasa perit dan sakitnya bila kehilangan Mak tersayang. Setiap masa asyik mengenang dan rindu pada Mak. Allahu.. kuatkan hati dengan rindu yang tak tertanggung nie Ya Allah.. kadang rasa sangat tak mampu nak lalui rasa yang satu nie..

Rindu Yang Tak Tertanggung
Gambar kenangan bercuti dengan Mak.. Rindu Yang Tak Tertanggung

Rindu Yang Tak Tertanggung

Hari pertama Kak Sue balik rumah sendiri di Rawang rasa betul-betul kalah dengan perasaan. Perasaan rindu yang tak tertanggung, rasa terkejut dan susah nak terima yang Mak dah tak ada. Hari-hari pujuk hati redha, tapi Ya Allah.. payahnya.. Kak Sue menangis lagi semahu-mahunya, rasa gelap dan kosong hidup Kak Sue nie.. Allahu.. hebat rasa ujian bila Mak dah tak ada nie..

Terkilan bila balik ke rumah bila teringat kami adik beradik tengah plan nak bawa Mak bercuti kat rumah baru Kak Sue pindah hujung tahun lepas. Kerap Kak Sue update perkembangan rumah yang baru Kak Sue duduk nie pada Mak. Sempat mengadu pada Mak yang Kak Sue letih sangat kali nie, tak larat sangat. Padahal rupanya Mak pun sebenarnya dah letih dan tak larat juga di sana masa tu.. Allahu.. Maafkan "orang" Mak..

Rindu Yang Tak Tertanggung
Gambar kenangan terakhir di Taiping... Rindu Yang Tak Tertanggung
Sejak akhir-akhir nie Mak memang tak berapa sihat. Demam on off, adik-adik ada bawa Mak ke klinik tapi ingat demam biasa aja, tak sangka Mak kena jangkitan kuman.. Allahu! Mak memang seorang yang tak suka susahkan anak-anak apatah lagi orang luar. Pergi Mak mengadap Allah, amat mudah dan tenang.. Pergi pula pada hari Jumaat yang mulia.. dari mula sampai habis urusan Mak semua dipermudahkan. Kami anak-anak rasa bersyukur sangat..

Sekarang nie.. tinggal kami anak-anak Mak merindu dan mengenang Mak setiap hari. Doa dan sedekah ayat suci tak pernah kami lupa juga setiap hari. Hari-hari juga anak-anak Mak datang ziarah Mak. Semoga berehat dan tenang di alam sana ya Mak. Semoga kita berjumpa lagi nanti di syurga Allah.. aamiin ya rabb.. Kami sayang dan rindu Mak selamanya.. Al Fatihah untuk Mak Tersayang.. ❤



Pujuk Hati Redha

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Pujuk Hati Redha.. Susah juga rupanya nak betul-betul redha dan ikhlas. Sebenarnya kan hari-hari Kak Sue pujuk hati sendiri. Hari-hari doa supaya Kak Sue redha dengan ikhlas. Terima ketentuan Allah, kuat dan terima dengan kententuan yang satu nie.. tapi kadang kalah juga dengan perasaan sendiri nak pujuk hati redha dengan semuanya nie..

Pujuk Hati Redha
Pujuk Hati Redha.. Al Fatihah untuk Mak Tersayang

Pujuk Hati Redha

Nak pujuk hati redha makan masa juga sebenarnya. Di mulut cakap kita redha tapi dihati tidak dengan seikhlasnya. Bercakap dengan nak laksanakan tu agak payah.. untuk diri Kak Sue sendiri lah kan. Tapi Kak Sue memang respect orang-orang yang kuat hatinya, redha dengan ikhlas. Tak setanding dengan diri Kak Sue yang nipis imannya nie..

Tak mudah pun sebenarnya. Apatah lagi kehilangan orang terdekat dengan kita. Mak yang melahirkan kita.. tempat kita curah kasih sayang, rindu dan mengadu.. tiba-tiba hilang sekelip mata. Peritnya tu Allah saja yang tahu.. Bila terbayang dan datang rindu rasa sesaknya dada.. Hanya doa dan ayat-ayat Allah penyembuh duka..

Cuma Kak Sue pasti.. hari demi hari perasaan redha dengan seikhlasnya akan datang juga dengan sendiri nanti. Yang pergi tetap akan pergi, tinggal kita yang masih kat sini perlu teruskan hidup yang berbaki. Satu hari nanti kita juga akan ke sana yang kekal abadi..

Mak.. kenangan, kasih sayang dan tunjuk ajar Mak akan kekal selamanya dihati. "Orang" akan lalui hari-hari yang berbaki buat "orang" nie dengan mengenang Mak dalam doa yang tiada penghujung. Tenang lah Mak disana, kita bakal berjumpa juga nanti di syurga abadi. Semoga Mak ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai Allah dan yang beramal soleh. Sayang Mak selamanya.. Al Fatihah buat Mak Tersayang..

Happy Birthday Abang

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie umur Abang cukup 17 tahun, dah boleh ambik lesen dah. Pejam celik sekejap ja dah besar anak teruna Ibu yang seorang nie. Walaupun masih dalam suasana sedih dengan permergian Tok Pah tapi kami sekeluarga tetap meraikan Abang secara kecil-kecilan tanda ingatan dan kasih sayang. Happy Birthday Abang Ibu mendoakan semoga semuanya baik-baik ja untuk Abang tahun nie ya.. tak mau nak nakal-nakal tau, be good okay..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang

Birthday Abang Yang Ke 17 Tahun

Sambutan birthday Abang yang ke 17 tahun nie kami belum plan lagi nak sambut kat mana. Cuma masa malam birthday Abang tu kami ada buat kejutan masa Abang baru balik dari luar. Kelam kabut tutup lampu bagi gelap rumah, bila Abang buka ja pintu terus kami nyanyi lagu Happy Birthday sama-sama sambil pegang kek birthday Abang. Terkejut, terkebil-kebil Abang Kak Sue tengok.. macam sebak pun ada.. Menjadi kejutan kami juga kejutan kami kali nie.. hehehe..

Kak Sue sangat berharap tahun nie tahun yang baik untuk Abang. Tambah lagi tahun nie Abang akan ambil peperiksaan besar kan. Kak Sue tak letak target yang tinggi pun pada Abang sebab tau tahap kemampuan Abang walaupun Abang sebenarnya kata cikgu ada pontensi sebenarnya. Kak Sue tak suka menekan anak untuk membangga diri Kak Sue.. kesian anak. Selagi anak-anak dapat jaga solat, akhlak dan buat benda-benda baik cukup dah untuk Kak Sue. Bagi Kak Sue itu yang paling penting.. InsyaAllah bila ada asas agama, semuanya akan baik-baik..

Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Buah hati Ibu
Happy Birthday Abang
Happy Birthday Abang - Kenangan bersama Tok Pah

Pemergian Tok Pah beri impak yang besar dalam hidup kami sekeluarga juga. Anak-anak Kak Sue memang sangat rapat dan manja dengan Tok Pah. Agak perit kami nak lalui waktu-waktu tu, sampai sekarang pun kadang-kadang bila 'rasa' tu datang memang kami akan terdiam layan perasaan masing-masing. Abang sendiri menangis teresak-esak macam anak kecil masa melawat Tok Pah di ICU dan masa tengok Tok Pah untuk kali terakhir.. pilu dan luluh hati Kak Sue nie bila tengok Abang macam tu. Tak ada lagi orang yang akan peluk Abang bila kena marah dengan Ibu dan Abah.. huhuhu..

Tahun lepas memang dua ujian besar dalam hidup kami sekeluarga. Satu ujian pada bulan Oktober yang pernah Kak Sue kongsi kat sini dan ujian perginya orang yang paling kami sayang Tok Pah. Semoga Abang terus kuat dengan ujian yang Abang kena tempuh dalam usia yang masih muda. Kuatkan hati dan semangat ya nak.. pasti ada hikmahnya. Apapun sekali lagi Ibu nak ucapkan Happy Birthday Abang.. Ibu doakan semoga Abang sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, kesihatan dan akhlak yang baik, rezeki murah dan berkat, cemerlang dan dimudah urusan dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Ibu love you so much nak.. 

Resepi Siakap Kengsom

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi masakan kat sini kan. Mencari balik kekuatan yang hilang sebenarnya. Walaupun masih dalam mood sedih tanggungjawab yang satu nie pada suami dan anak-anak Kak Sue tak lupakan. Masih macam biasa aja korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Siakap Kengsom pula kat sini untuk idea ibu-ibu atau peminat makanan Thailand. Mudah sangat resepi Siakap Kengsom nie, bahan tak banyak dan mudah nak cari. Dengan cuaca panas sekarang nie sesuai sangat kalau nak cuba tau..

Resepi Siakap Kengsom
Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom

Resepi Siakap Kengsom nie Kak Sue dapat dari website Rasa. Sebelum nie pertama kali Kak Sue cuba rasa masakan nie di rumah ipar adik Kak Sue si Sue Aina tu. Tertanya juga apa nama masakan nie, nak kata asam pedas bukan, tapi lebih kurang rasa macam tu juga lah. Masa Kak Sue makan tu tinggal kuah dan ikan aja, kangkung tak ada. Ikutkan katanya kena ada kangkung baru sedap..

Kalau korang macam tak ada selera kalau masak resepi nie mesti bertambah makan. Sebabnya ada rasa masam-masam pedas tu memang menaikkan selera tau. Jom lah tengok resepinya jom.. tapi ada dua, tiga bahan yang Kak Sue tak letak sebab tak ada stok kat rumah. Nanas pula sebab kurang makan, kalau buah yang fresh makan lah juga. Kalau letak dalam masakan kang depa tak makan sayang je kan. Jadi kita letak kangkung banyak-banyak. Sedap wei..

Siakap Kengsom

Resepi Asal : Puan Nur Hidayah

Bahan-bahan
1 ekor ikan Siakap - boleh gantikan dengan ikan Kerapu
2 biji cili merah - buang biji *
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah * (Kak Sue tak letak)
2 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 inci belacan *
1 biji limau nipis - ambil jusnya. (Kak Sue guna serbuk limau dari Maggie)
Air asam jawa secukup rasa
Nanas masak secukupnya - (Kak Sue tak letak)
Kangkung secukupnya

Cara-cara :
Kisar bahan yang bertanda * tadi
Masukkan bahan kisar tadi dan juga nanas dalam periuk 
Masakkan bahan tadi sampai mendidih, kemudian masukkan air asam jawa
Perasakan garam dan gula ikut selera korang
Kemudian boleh lah masukkan ikan dan biar masak
Akhir sekali masukkan kangkung dan perahan limau tadi
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue menyepi dengan produk pilihan kan, kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru. Selalunya kalau produk dari Echanteur nie memang teruja sikit sebab boleh kata ada banyak pilihan wangian untuk orang perempuan macam kita nie. Jadi untuk kali nie Kak Sue nak kongsi Gel Mandian Wangian Echanteur Paris terbaru pula dengan korang..

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru.. belaian romantis mandianmu. Amboi kemahin lagi kan. Korang jangan tak tau wangian Echanteur nie boleh menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa tau. Dapat menikmati belaian lembut masa mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, adalah rutin harian yang wajib diamalkan para wanita macam kita nie. 

Sebaik saja kita jejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian dengan wangian yang menyerap lembut beri ketenagan minda dan jiwa yang memjadikan saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.. best kan..

Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai adalah faktor utama, dan menjadikannya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadunkan dengan wangian mempersona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk bila pintu bilik mandi kita tertutup rapat.. dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda juga kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Sememangnya adalah masa terapeutik yang dapat segarkan dan caskan semula tenaga kita yang hilang sebab tekanan sepanjang hari. Biasa lah kita orang perempuan.. memang macam-macam nak siapkan kerja yang tak habis-habis kan.. Untuk memberi wanita lebih peluang untuk manjakan diri, Echanteur wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai nie memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. 

Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian nie merangsangkan deria dan menjadikan setiap waku mandian kita satu pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben nie diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu berikan manfaat pada kulit, melembapkan, melembutkan sambil membersihkan juga kulit kita agar kulit kekal sihat dan wangi..

Dengan Gel Mandian Wangian Echanteur Paris saat bermanja untuk tubuh badan dan minda kita lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris, boleh didapati dalam tiga variasi setiap satunya diadun dengan wangian Echanteur Paris yang sangat disukai dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

1. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan vitamin B3, ia menjadikan kulit kita lebih halus, cerah dan menawan.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

2. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Mom Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit kita sensasi menyegarkan sesui untuk temujanji kasual.
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

3. Gel Mandian Wangian Echanteur Paris - Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan diri dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan esktrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan membetikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan kita berehat selepas hari sibuk.
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru
Gel Mandian Wangian Echanteur Paris Terbaru

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian berkualiti. Selain itu mandian nie juga memberikan keselesaan fizikal dan mental supaya kita dapat merehatkan diri selepas sibuk seharian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan hari kita dengan Gel Mandian Wangian Echanteur adalah masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian Echanteur Paris nie boleh didapati dalam saiz 750gram. Harga pula korang boleh dapatkan dengan harga RM16.75 (Semenanjung) dan RM17.55 (Sabah/Sarawak). Boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka seluruh negara. Jom wangi-wangi..




Kelapa Laut Man Java

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Lama juga kan Kak Sue tak kongsi bisnes kecil kami pati Kelapa Laut Man Java. Sebenarnya order ada aja setiap bulan, kadang tiap minggu pun ada. Cumanya tak sempat nak kongsi kat sini. Sekarang nie cuaca panas sangat kan, sedap kalau dapat minum air Kelapa Laut Man Java nie tau. Bukan apa kami ada campur bahan sejukkan badan sekali dalam produk kami tu.. InsyaAllah dengan izin Allah sejuk segar nanti.. hehehe.. kasi can promote sikit tau..

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java

Kelapa Laut Man Java

Bila cuaca panas macam nie Alhamdullilah rezeki kami peniaga air nie memang laju lah sikit, tapi kalau musim hujan sendiri mau tahu lah kan.. hehehe.. Sebenarnya Allah dah susun cantik dah rezeki untuk kita semua kan. Masing-masing Ada bahagian dah. Alhamdullilah juga sekarang nie salah satu pesanan pelanggan pati Kelapa Laut Man Java yang kami nak kena siapkan ialah kilang yang Kak Sue pernah bagi tau kat sini dulu. Dah tiga kali repeat order juga dah..

Kilang tu rebranding balik pati Kelapa Laut Man Java dan dah mula dipasarkan dah. Korang boleh lah cuba kat kawasan korang nanti tau. Kak Sue pun belum tahu sepenuhnya kat mana depa pasarkan tapi kalau area TBS nie rasanya mungkin dah ada kut bawah jenama Assafa. Orang Melayu kita juga yang pasarkan nie, harap kerjasama nie berpanjangan lah kan. Saling bantu membantu ekonomi orang kita.

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java
Untuk order bulan puasa pun ada peniaga dah mula confirm nama dan tempat. Kami akan kekalkan peniaga lama yang masih nak gunakan produk kami tapi akan buka beberapa tempat untuk peniaga baru juga nanti. Biasanya macam tahun-tahun sebelum nie kami akan mula bagi tau bila boleh mula buat pesanan. Tak nak kelam kabut kan bukan sikit nak kena siapkan dan hantar. Harap pembekal dan peniaga dapat beri kerjasama yang baik tahun nie..

Macam biasa juga Kak Sue nak bagi tau selain pati Kelapa Laut, kami juga ada bekalkan Air Kedondong Asam Boi dan Air Durian Belanda. Korang kalau ada yang nak cuba atau nak rasa produk kami baik untuk minum sendiri, berniaga atau untuk tempahan sebarang majlis boleh klik banner kat atas blog Kak Sue nie atau hubungi Abang Man dan Kak Sue ya. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya. Rezeki sama dikongsi..

Man Java Enterprise

No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang satu aplikasi baru iaitu SlingApp membantu mencari pekerjaan. Haa.. menarik kan sekarang nie semua senang dan dihujung jari aja. Tinggal rajin tak rajin aja kita nak usaha. Jom Kak Sue nak cerita lebih lanjut lagi tentang SlingApp nie jom..

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Aplikasi SlingApp nie ialah satu aplikasi membantu mencari pekerjaan yang mencatatkan pertumbuhan terpantas di Malaysia dan mensasarkan lebih satu juta padanan kerja dari 10 jenis industri untuk golongan muda berusia antara 18 hingga 30 tahun menerusi usahasama terbaru dengan program eRezeki yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), satu program untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah supaya dapat meningkatkan taraf hidup dengan membuka peluang mencari pendapatan menerusi platform digital.

Dikenali sebagai 'Tinder untuk pekerjaan'. SlingApp membantu golongan muda mencari pekerjaan bertaraf bukan eksekutif sama ada sepenuh masa, separuh masa atau latihan amali (internship) dengan mudah. Pengguna kini boleh layangkan (swipe) ke kiri atau kanan dan mendapatkan padanan dengan bakal majikan daripada pelbagai industri sepertu syarikat baru (startup), teknologi, industri makanan, perkhimatan pelanggan, kecantikan dan kesihatan, peruncitan, kewangan dan pelbagai lagi menerusi aplikasi ini.

Pengasas bersama SlingApp, Teh Tian Ji berkata, "Selepas perlantikan rasmi sebagai rakan kongsi program eRezeki, sebuah inisiatif kerajaan bawah MDEC pada 15 November 2018, berhasrat untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mendekati golongan B40 di seleuruh negara untuk mendaftar dan mendapatkan padanan pekerjaan. Mereka juga mensasarkan menjelang penghujung tahun 2019, terdapar lebih satu juta padanan kerja direkodkan menerusi inisiatif ini. Ini boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbentuk digital untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri".

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Untuk info korang, sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communucations, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma's dan Public Mutual. Majikan tersebut telah menfiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data penggunadi SlingApp.


Sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communications, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma’s dan Public Mutual. Majikan tersebut telah mengiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data pengguna di SlingApp.

Proses saringan pertama sebelum memilih mana-mana calon kini dipermudahkan dengan pengenalan ciri-ciri Auto-Interviu (AI) yang membantu majikan mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar 5 soalan khas kepada calon sebaik sahaja mendapat padanan. Lebih daripada 72% calon yang melalui proses AI ini berjaya menjimatkan masa sehingga 70% berbanding teknik temuduga tradisional.

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Selain dari tu menariknya lagi menurut Lucas Wong, Pengasas Bersama SlingApp satu lagi ciri-ciri unik pada aplikasi ini adalah ketetapan mencari pekerjaan mengikut lokasi yang ditentukan sehingga 30km radius untuk memudahkan calon dari segi perjalanan. Ciri-ciri mengikur lokasi ini berguna bukan saja kepada calon temuduga tapi juga pelajar yang mencari peluang latihan amali di pelbagai sayrikat. Bayangkan, betapa mudahnya untuk menghantar permohonan dan mendapat padanan tanpa perlu tunggu lama di syarikat yang terdekat dengan rumah atau univesiti korang bawah tempoh satu minit..

Dalam masa terdekat juga, SlingApp mensasarkan untuk meluaskan carian pekerjaan di luar kawasan Lembah Klang tau, termasuk Pulau Pinang dan Johor. Mereka juga berhasrat untuk kembangkan operasi di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Haa.. menarik kan korang. Jadi mana-mana yang tengah cari kerja tu boleh lah cuba guna aplikasi nie ya.

Untuk lebih detail korang boleh lah singgah kat sini www.slingapp.my








Sambutan Hari Jadi Abang

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie sempat Abang Man plan mengejut Sambutan Hari Jadi Abang. Punya lah lewat nak buat sambutan hari jadi Abang sebab memang bulan lepas Abang Man sibuk sangat dengan event dan berniaga luar. Sampai tak sempat nak buat bulan yang sama hari jadi Abang. Apapun rasa puashati bila akhirnya dapat juga kami berkumpul sekeluarga makan-makan meraikan Abang tanda kasih sayang kami..

Sambutan Hari Jadi Abang
Sambutan Hari Jadi Abang

Sambutan Hari Jadi Abang

Sambutan Hari Jadi Abang kali nie kami buat makan-makan di D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe kat Kuang. Kali nie kami bawa sekali pembantu Abang Man dan kawan-kawan Abang. Saja bagi meriah lagipun nak belanja depa makan sesekali apa salahnya kan. Seronok sikit Abang tu kalau ada geng, meriah lah sikit..

Sambutan Hari Jadi Abang
Sambutan Hari Jadi Abang
Sebelum ke sana petang tu Kak Sue dah buat tempahan untuk kami semua. Abang pun tak tau lagi, bila selesai Kak Sue cari barang di Kaison Melawati terus balik jemput Abang dan kawan-kawan. Depa pun tak tau kami nak kemana sebab Abang Man cuma bagi tau ada hal nak jumpa semua. Siap cuak lagi kawan Abang.. biasa kalau ada Ibu sekali harus lah nak kena sound kut nie.. hehehe.. tau takut..

Kami sampai lewat sikit, tapi Alhamdullilah orang tak ramai sangat. Tempat pun banyak lagi kosong. Terus suruh depa semua ambik apa nak makan. Sambil makan dapat lah sembang-sembang kosong dan selitkan nasihat. Kak Sue dan Abang Man pun dah anggap depa semua macam anak sendiri dah. Harap semua baik-baik ja semua nanti. Biasa lah budak-budak remaja sekarang.. tak boleh keras dan tegas sangat, tak boleh lembut sangat.. Kena pandai-pandai lah kita sebagai ibu bapa kan..

Sambutan Hari Jadi Abang
Sambutan Hari Jadi Abang
Alhamdullilah untuk sambutan hari jadi Abang tahun nie. Walau tak semeriah tahun lepas tapi puashati dapat gembirakan hati Abang. Ye lah bila Tok Pah dah tak ada nie, semuanya jadi suram. Apapun harap Abang tahu walau apapun Abang buat, apapun yang jadi kami semua sentiasa sayang Abang dunia akhirat. Bila Ibu dah tak ada nanti dan Abang baca entri nie Ibu nak Abang tahu.. redha dan kasih sayang Ibu pada Abang hanya Allah saja yang tau.. Ibu love you so much nak..









Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru yang mula ada kat pasaran dah pun sekarang. Sebelum nie ada mandian yang biasa tu ja kan tapi kali nie ada Carrie Junior Bubbly Bar terbaru yang akan menjadikan masa mandi lebih menyeronokkan bersama anak-anak kita..

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru

Dengan Carrie Junior Bubbly Bar terbaru masa mandi akan jadi lebih daripada rutin  biasa, masa mandi juga boleh jadi masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan kita dan anak. Masa mandi boleh jadi masa manfaat untuk kita dengan belaian kasih sayang yang lebih dari kita sebagai ibu bapa atau penjaga. Aktiviti mandi juga dapat bantu si manja kiya berehat dan setiap sentuhan fizikal berikan mereka perasaan yakin dalam kasih sayang dari ibu bapa mereka..

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Macam yang kita tau sebelum nie, Carrie Junior adalah satu jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak dengan memperkenalkan rasa seronok masa mandi dengan Carrie Junior Bubbly Bar. Produk Carrie Junior Bubbly Bar terbaru nie memberikan pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Lebih menarik sabun buku mandian baru nie datang dengan hiasan imej 3D Carrie yang timbul dipermukaan sabun dan ada tiga pilihan warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.

Carrie Junior Bubbly Bar nie merupakan sabun Gliserin yang jadikan lebih lembut pada kulit dari sabun pilihan lain.  Gilserin nie dibuat dari minyak tumbuhan semulajadi dan mempunyai pH lebih rendah dari sabun yang lain. Selain dari tu ia juga bertindak sebagai humektan yang memberikan kelembapan pada kulit biar terhaidrat sepanjang masa. Ia juga tak menjadikan kulit berminyak dan menjadikan kulit lebih lembut.

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar - Checky Cherry

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar - Double Milk

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar - Groovy Grapeberry
Carrie Junior Bubbly Bar nie juga diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tak mengkasarkan kulit. Ada tiga pilihan aroma buah-buahan iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk. Ia juga dirumus khas dengan kandungan istimewa Fruito-E gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan dan diperkaya dengab vitamin dan nutrient bagi membantu subur dan lembapkan kulit. 

Sekarang nie anak-anak bukan aja seronok dalam bilik mandi dengan Carrie Junior Bubby Bar tapi ada juga mainan rahsia dalam setiap kotak. Korang boleh dapatkan produk nie di kedai runcit utama, pasar raya dan pasar besar di seleuruh negara dengan berat 100gm dengan harga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru
Carrie Junior Bubbly Bar Terbaru


Resepi Puding Milo Oreo

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Cuaca panas macam sekarang memang sedap kalau dapat makanan yang sejukkan tekak dan badan kan.  Oleh sebab tu lah Kak Sue nak kongsi resepi Puding Milo Oreo dengan korang kali nie. Sedap makan bila baru keluarkan dari peti ais nanti. Bahan senang aja nak cari, nak buat pun senang ja korang. Jom lah Kak Sue kongsikan kat bawah nie resepi Puding Milo Oreo nie dengan korang jom..

Resepi Puding Milo Oreo
Resepi Puding Milo Oreo

Resepi Puding Milo Oreo

Sebenarnya kan resepi nie Kak Sue dapat dari sepupu Kak Sue yang kami panggil Kak Long. Nampak sedap dan menarik aja bila Kak Sue kongsi di Facebook hari tu. Teringin pula nak buat, setakat nie dah dua kali sebenarnya Kak Sue buat Puding Milo Oreo nie dah. Kali nie saja lah nak kongsi lagi pun ada kawan-kawan tanya resepi jadi jom kita tengok bahan yang korang kena siapkan jom..

Puding Milo Oreo

Bahan-bahan :
10 gram agar-agar serbuk
150 gram gula
1 tin susu cair
1 peket kecil milo
750ml air

Cara-cara :
Panaskan air, kemudian masukkan agar-agar serbuk
Kacau sehingga larut
Kemudian masukkan gula, kacau sehingga larut juga
Masukkan pula susu cair, kacau sehingga mendidih
Kemudian bila bancuhan tadi dah masak, bahagikan kepada dua bahagian
Masukkan milo dalam satu bahagian kacau sehingga larut
Kalau milo tak larut boleh lah kacau kat atas api tau
Kemudian tuang separuh bahagian ke dalam acuan
Tunggu sehingga agar-agar sedikit keras, kemudian tuang bahagian putih pula di atas
Patahkan orea ikut size yang sesuai kemudian masukkan dalam larutan tadi
Pastikan oreo tadi tenggelam
Akhir sekali tuang bancuhan lebihan milo tadi untuk layer yang terakhir
Ratakan supaya kemas dan cantik
Kemudian boleh lah masukkan dalam peti sejuk dalam sejam
Sedia dah untuk dihidangkan




Safi Expert Solution Terbaru

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue memang jarang nak kongsi produk kecantikan sebab Kak Sue memang tak pandai sangat bab-bab yang satu nie. Tapi yang satu nie macam best pula bila Kak Sue cuba guna tau, Safi Expert Solution Terbaru rangkaian produk kecantikan dari Safi. Salah satu jenama yang rasanya semua orang dah tau dan kenal kan. Dan Alhamdullilah kulit Kak Sue pun sesuai dengan Safi Expert Solution nie dalam dua minggu juga lah kut Kak Sue guna..

Safi Expert Solution Terbaru
Safi Expert Solution Terbaru

Safi Expert Solution Terbaru

Selalunya Kak Sue agak risau juga nak cuba mana-mana produk muka tapi dengan Safi Expert Solution terbaru rasa selamat sebab sebelum nie memang Kak Sue pernah guna produk Safi yang lain dah. Diuji secara dermatologi dengan senarai bahan yamg diformulasi tambah pula dengan status HALAL yang ada pada produk nie memang tak risau kita nak cuba kan..

Safi Expert Solution Terbaru
Safi Expert Solution Terbaru

Antara yang ada dalam set Safi Expert Solution nie ialah dua bahan asas dalam penjagaan kulit muka. Juga ada krim pelembap bertindak melembapkan kulit muka kita lepas kita guna dua bahan yang Kak Sue bagi tau memula tadi.

Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation
Cara pakai ada dua langkah dan dalam bentuk cecair. Selain dari tu kesan bila guna produk nie kita boleh nampak dengan menggunakan secara efektif dan konsisten. Nak kulit cantik kenalah rajin tau korang, jangan pakai dua tiga kali dah harap kulit kita akan terus cantik pula kan. Dua langkah Multi Action Ampoule System  nie di formulasi dengan bahan tindakbalas efektif Teknoligi DN Age. Ia dapat kurangkan lingkaran hitam, lembapkan kulit dan bantu meremajakan kulit

Safi Expert Solution Terbaru
Safi Expert Solution Terbaru

Cara guna Safi Expert Solution : Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

* Pakai lepas kita cuci muka, dua kali sehari pagi dan malam

* Titikkan dalam dua tiga titik Intensive Ampoules (1) pada kulit muka dan dap-dap kan aja tau. Pakai minggu pertama sampai ke minggu ke empat

*Selepas minggu ke empat, guna pula Intensive Ampoules (2) Supreme Anti-Spots Complex untuk minggu seterusnya..

* Titiskan beberapa titik Supreme Anti - Spots Complex dan sapu pada muka urut ke atas

Safi Expert Solution : Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines
Produk nie bukan setakat dapat lembapkan kulit muka ja tau tapi produk nie juga diperkaya dengan Liquid Crystal Technology yang diformulasi dengan Amino Peptides untuk tingkatkan keanjalan kulit dan pudarkan kedut pada kulit muka kita.

Safi Expert Solution Terbaru
Safi Expert Solution Terbaru

Cara guna Safi Expert Solution : Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines

Cara nak guna Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines pula bila dah selesai cuci muka dan pakai ampoule, sapu pula pada muka kita sebelum keluar rumah. Tak kira lah nak pergi kerja atau ada aktiviti luar. Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines nie boleh pakai dua kali sehari pada waktu siang dan malam.

Review Kak Sue lepas guna produk nie pula memang best. Kulit Kak Sue rasa lembut, lembap dan yang bestnya kesan jeragat Kak Sue pun dah pudar sikit dah. Bau pun wangi tau. Korang kalau nak cuba juga produk  Safi Expert Solution nie boleh beli kat mana-mana farmasi dan pasaraya di seluruh Malaysia okay..






Rezeki Piala AFC

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie kami dapat peluang berniaga lagi di Stadium Shah Alam sempena Piala AFC. Tak sangka pula masih ada peluang kami kat sini sebab sekarang pengurusan pun dah bertukar dah, bukan MBSA lagi dah. Katanya lebih telus tapi entah lah malas nak komen lebih. Apapun Alhamdullilah kali nie ada rezeki Piala AFC pula untuk kami..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Rezeki Piala AFC

Sebenarnya kami bersyukur sangat dengan rezeki Piala AFC nie. Walaupun tak lah sehebat jualan game final tapi Alhamdullilah sangat berbaloi bagi kami. Game pertama memang kami rugi sikit sebab pagar depan kiosk kami ditutup untuk fan pelawat jadi memang tak ada orang. Untuk yang itu kami cuma layan bola ja sebab tak sibuk pun.. sesekali kan.. Redha aja lah..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Game Piala AFC yang kedua bila dapat tau yang pagar takan dibuka sampai habis Piala AFC terus kami pindah ke kiosk lain. Nasib lah kiosk baru tu okay sampai tak sempat nak rehat pun lepas kemas barang niaga. Jadi kami buat keputusan nak terus ja berniaga kat kiosk tu sampai habis Piala AFC nie. Nasib baik juga pegawai yang urus tapak pun bagi kebenaran untuk kami tukar.. lega! Ya lah kalau tak jenuh lah niaga orang tak ada.. tak berbaloi datang dari Rawang..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Game ketiga Piala AFC pula kami terpaksa tunggu lebih dua jam kat pintu masuk sebab terlewat sikit waktu masuk. Ingatkan boleh macam game sebelum nie datang lewat untuk set kedua sebab selalunya set pertama tak ada orang. Sekali tak boleh pula dah, ikutkan ja lah dah undang-undang kan. Kali nie pun jualan semua okay, berbaloi tunggu lama tadi. Hilang penat kalau macam nie.. hehehe..

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Game terakhir Piala AFC kami masih mantain aja sediakan barang niaga cuma Abang Man ada tambah sikit aja. Tak sangka pula lepas aja maghrib orang punya lah ramai tak putus-putus. Dah macam final game lah pula sampai tak cukup barang. Kesian fan Malaysia berlapar dan dahaga. Maafkan kami ya.. tak sangka pula nak ramai macam nie.. Hampir penuh juga lah stadium kecuali tempat pelawat

Rezeki Piala AFC
Rezeki Piala AFC

Apapun tahniah Malaysia antara kumpulan terbaik untuk Piala AFC nie. Berada dikedudukan kedua pun dah cukup bagus dah. Selesai sudah Piala AFC kali nie, harap ada peluang untuk berniaga Piala Malaysia pula nanti. Untuk game pertama Piala Malaysia kami dah tersenarai antara peniaga yang terpilih.. syukur Alhamdullilah..

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Pejam celik kejap dah nak masuk bulan puasa tak lama lagi kan. Cepatnya masa berjalan dan Kak Sue pun tak nak ketinggalan nak kongsi dengan korang bufet Ramadhan pertama tahun nie Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam dengan berkonsepkan 'Bazar Malaysia Kini' dan 'Ala Kampung'.

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Macam biasa setiap tahun semua hotel atau restoran akan sediakan pilihan untuk kita berbuka puasa kan. Salah satu yang Kak Sue nak kongsi dengan korang kali nie bufet Ramadhan dengan penuh warna iaitu Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Ada 100 jenis pilihan  menu berbeza tau kat sini dengan juadah Malaysia juga pilihan menu antarabangsa.

Jom Kak Sue nak kongsi pilihan menu yang ada kat sini ya. Antaranya masakan negeri tempatan, masakan menu utama seperti Nasi Pakistan, Nasi Putih, Nasi Kabuli, Daging Tetel Asam Pedas, Sambal Tempe Berlada dengan Jering, Ikan Masam Manis, Daging Salai, Ayam Panggang, Pasta, Pizza Hawaian, Stew Kambing dan macam-macam pilihan lain lagi lah. Memang rambang mata nak pilih.. hehehe..

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan makanan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Selain tu, gerai berkonsepkan bazar pun ada diletakkan di sekeliling lobi hotel tau korang. Dengan tema seperti gerai Briyani, gerai masakan India, gerai Tandori, gerai masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai 'grill and carving' dan akhir sekali gerai Cita Rasa Negeri. Haa.. banyak pilihan kan..

Apa yang menarik, di gerai 'grill and carving' korang boleh cuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Di gerai Cita Rasa Negeri pula, menu yang dihudangkan ialah hudangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan yang menariknya jenis hidangan akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan ialah Mee Udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak), Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor dan Negeri Sembilan), Laksa Penang (Puala Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi..

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Mengikut trend media sosial, tumpuan buffet Ramadhan kali nie ialah menu 'Viral' yang hangat diperkatakan dalam dunia media sosial seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teoe Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa. 

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Berbuka puasa juga tak lengkap kalau tak ada minuman segar kan. Kat sini ada beberapa pilihan minuman seperti air buah Naga, Air Soya, Jus buah, Air Tebu dan juga pelbagai pilihan teh dan kopi yang berkualiti tinggi. Nak minum sejuk ada, panas pun ada..

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan menu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Selain daripada suasana bazar, korang juga harus cuba pilihan pemanis mulut yang disediakan kat sini tau. Antaranya Ais Kacang, Kek Keju Marmar, Kek Coklat Basah, Kek Lobak, Brownies Coklat, aneka jenis kuih Melayu dan kuih Raya, Puding Tembikai Susu, Bubur Pulut Hitam, Koktel Buah, Tapai Pulut, Dodol, Serawa Pisang, Roti Pisang, Puding Mentega, Sago Gula Melaka dan banyak lagi..

Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan desert di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Pilihan kuih muih di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Warna Warni Ramadhan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Buffet Ramadhan
Pilihan kuih muih di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Buffet "Warna Warni Ramadhan 1440H" nie disediakan setiap hari pada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Haa.. banyak pilihan buffet Ramadhan kat sini kan, memang berbaloi dan puashati sangat. Selain tu surau dan parking pun ada disedikan kat sini tau. Selain tu Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie adalah Halal friendly hotel juga tau. Untuk detail harga macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya..

Harga Bufet Warna Warni Ramadhan

Harga bermula daripada RM138.00+ setiap orang bagi dewasa dan RM70.00+ setiap orang bagi kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu pada hari sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148.00+ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadhan (6 Mei 2019), dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas dan RM100.00+ untuk 9 orang ke bawah.

Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet pula, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi nie khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang nak adakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan banquet di Grand Bluewave Hotel Shah Alam.

Untuk info korang, bagi mengisi malam Ramadhan dengan keberkatan, korang juga dapat menikmati alunan bacaan suci Al Quran dan juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawikh yang akan diketuai oleh imam hotel. Pada bulan mulia nie juga, pihak hotel akan jalankan projek amal bagi anak-anak yatim. Menarik kan.. rezeki sama dikongsi..

Untuk lebih detail dan tempahan, boleh hubungi bahagian Jualan Pemasaran di 03-5511 8811 sambungan 2801, 2804 atau 2806. Atau nak hantar email pun boleh, terus ke dosm@bluewavehotels.com



Salam Israk Mikraj

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Salam Israk Mikraj pada semua yang beragama Islam. Selamat bercuti pada yang bercuti tu ya. Untuk info Israk Mikraj nie salah satu peristiwa yang tercatat dalam takwin Islam tau. Kak Sue pun hampir lupa hari nie adalah hari memperingati peristiwa penting bagi kita orang Islam. Jom Kak Sue nak share sikit info ringkas untuk kita semua renung-renungkan bersama..

Salam Israk Mikraj
Salam Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj nie terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Muhammad saw. Ia merupakan peristiwa penting yang selalu kita rayakan setiap tahun. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah je Madinah.

Peritiwa Israk dan Mikraj nie juga ada tercatat dalam Al Quran surah Al-Israa' ayat 1 (Al-Quran: 7:1) dan surah An-Najm (Al-Quran : 53 :13-18). Kak Sue sertakan tafsiran dari surah Al Israa' kat bawah nie ya..

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Al-Quran Surah Al Israa' 1)

Kak Sue juga nak kongsi secara ringkas peristiwa Israk Mikraj nie untuk peringatan kita bersama. Perjalanan Nabi kita Muhammad saw hanya 3/4 malam sahaja dan baginda kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Diceritakan Banginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin. Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Mutaha dan bertemu Allah di Arasy..

Peristiwa luar biasa nie adalah sebuah mukjizat dari Allah bagi Nabi kita Muhammad saw yang tak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya baginda sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melaluinya sebagai tanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada nabi kita Muhammad saw. Semoga perkongsian nie menjadi peringatan dan pengajaran untuk kita semua..


Mengenang Mak

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Mengenang Mak.. Jumaat datang lagi. Setiap kali datang hari nie memang akan teringat balik dua cerita sedih Kak Sue lalui sebelum nie. Salah satunya Mak pergi buat selamanya .. yang tinggal hanya mengenang Mak dalam doa dan rindu yang tak tertanggung dan tak berpenghujung.. perit sangat rasanya..

Mengenang Mak
Mengenang Mak 

Sentiasa Mengenang Mak

Walaupun dah tiga bulan lebih Mak pergi tinggalkan kami semua tapi kami tak dapat nak move on lagi sepenuhnya dan akan sentiasa mengenang Mak. Sentiasa mendoakan, sentiasa merindukan Mak. Perit bila kita hilang Mak nie memang tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang paham rasa sedih kita.. pada Allah juga tempat kita mengadu kesedihan kita..

Mengenang Mak
Mengenang Mak - Adik beradik lelaki
Mengenang Mak
Mengenang Mak - Anak menantu Mak

Beberapa minggu lepas Kak Sue ada balik ke kampung sebab nak selesaikan turun batu Mak. Ada lah buat majlis tahlil sikit masa nak turunkan batu Mak tu. Alhamdullilah, semua urusan masih kami anak-anak Mak berpakat nak buat sendiri turunkan batu Mak. Sebenarnya tak tau sangat pun sebab tu ada rujuk pada orang masjid dan yang lebih arif juga. Bukan apa sebagai tanda bila kami dah tak ada nanti, anak cucu kami dapat juga datang ziarah Tok Pah depa. Ada sesetengah tu tak bertanda kesian pula bila waris datang mencari kan. Bukan ada niat apa pun..

Sekarang nie bila mengenang Mak.. rasa tenang sikit dari dulu dan dapat kawal perasaan walaupun sedih tu masih tetap ada. Nama pun Mak kan.. mana mungkin kita boleh lupa. Mungkin hati dah mula redha, walaupun takan pernah lupa. Setiap hari, setiap apa yang Kak Sue buat banyak teringat kat Mak. Mak terlalu istimewa buat Kak Sue. Seorang Mak, Mertua dan Tok yang sangat baik untuk kami semua. Sentiasa memahami, bertolak ansur, pemurah, penyanyang walaupun tegas dan garang. Hilang Mak memang beri kesan mendalam buat kami semua..

Mengenang Mak
Mengenang Mak - Anak cucu Mak
Mengenang Mak
Mengenang Mak - Anak Cucu Mak

Buat korang yang masih ada Mak.. jangan lah mensia-siakan masa yang ada. Jangan bertangguh dalam apa-apa urusan kalau berkaitan dengan Mak kita ya.. sebab bila Mak kita pergi pasti akan ada rasa terkilan dalam memberi pada Mak kita dari segi apa pun. Hilang sudah doa seorang Ibu buat kita.. doa yang tak dihijab. Damailah Mak di sana, semoga Mak ditempatkan bersama orang yang dikasihi dan diredhai Allah.. orang sayang Mak dunia akhirat. Sampai kita berjumpa lagi ya Mak.. Al Fatihah buat bidadariku Mak Tersayang.. Latipah binti Baharom..







Susu Dutch Lady + Protein Terbaru

$
0
0
Assalamualaikum, hai korang. Kak Sue nak kongsi dengan korang Susu Dutch Lady + Protein Terbaru yang dah ada di pasaran sekarang nie. Macam yang korang tau susu Dutch Lady nie ada beberapa pilihan kan sebelum nie dan sekarang ada susu Dutch Lady + Protein terbaru pula untuk korang yang suka dan peminat susu. Sedap juga tau rasa susu nie dan lain dari susu sebelum nie..

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Susu Dutch Lady + Protein Terbaru

Biasanya kat rumah Kak Sue memang akan ada stok makanan dan minuman untuk kami sekeluarga. Antaranya susu Dutch Lady nie lah. Tambah sekarang nie dah ada susu Dutch Lady + Protein terbaru pula memang harus ada dalam senarai nanti nie..

Sekarang nie, kebanyakan keluarga di bandar dengan gaya hidup yang sangat lah  sibuk memang susah nak ada masa untuk sediakan sarapan yang bernutrisi pada waktu pagi kan. Sekarang nie tak payah risau dah korang dengan adanya susu Dutch Lady + Protein baru  yang penuh dengan nutrisi dapat berikan keluarga kita permulaan pagi yang kuat dan sihat dengan protein berkualiti tinggi dan kandunhan kalsium yang tinggi..

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Untuk info bagi korang yang belum tau, protein adalah asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilakn rambut, kulit, mata, otot dan organ kita. Nutrien pula bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Sebab tu lah pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada di sekolah atau di tempat kerja.

"Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualaiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat" kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik.

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Kata Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition - The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam pula bukan semua protein tu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih berniai untuk diet kita.

Kata Indra lagi, sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan. Tapi kan makanan macam tu perlukan masa untuk diseciakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk dan kalau daging dan ikan yang terlebih masak boleh rosakkan nutrien penting tau sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan kita.

Susu Dutch Lady +Protein Terbaru
Susu Dutch Lady +Protein Terbaru

Oleh sebab itu, kita sekeluarga kena tingkatkan pengambilan protein dan kalsium masa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan Susu Dutch Lady +Protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat! Korang boleh dapatkan susu Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L nie di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih seluruh negara. Jom sihat dan kuat dengan Susu Dutch Lady +Protein jom..

Untuk lebih detail korang boleh singgah kat sini ya..

Facebook - Dutch Lady Malaysia
Website - www.dutchlady.com

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019. Macam biasa setiap tahun bila nak masuk bulan puasa Kak Sue akan bagi tau korang yang berminat nak berniaga atau yang nak minum sendiri boleh mula hubungi kami ya. Tahun nie masih sama macam-macam tahun lepas Kelapa Laut Man Java Open Order Pasar Ramadhan 2019 sebulan lebih awal. Cuma tahun nie Kak Sue terlewat sikit nak kongsi kat sini.. Acah busy betul kan.. hehehe..

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019, Kelapa Laut Man Java, Kelapa Laut
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019

Macam biasa juga Kak Sue nak ulang lagi kat sini untuk semua peniaga yang lama atau baru, setiap peniaga hanya satu kawasan, pasar malam atau pasar ramadhan aja yang dibenarkan berniaga produk Man Java Kelapa Laut nie ya. Bukan apa, kalau dalam satu pasar atau tempat tu ada ramai peniaga yang berniaga produk kami macam mana nak buat duit lebih kan..

Bukan tak berani bersaing, kami okay aja kalau peniaga Kelapa Laut dari jenama lain cuma tak nak dari jenama yang sama dari produk kami. Walau apapun kalau peniaga-peniaga tak kisah kalau dalam satu pasar ada lebih dari satu yang meniaga Kelapa Laut Man Java tak jadi masalah bagi pihak kami pun. Cuma kadang bila ada benda berbangkit kemudian hari tu yang tak best kan.. elok nak cari rezeki dah jadi salah paham dan bermasam muka..

Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019, Kelapa Laut Man Java, Kelapa Laut
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019, Kelapa Laut Man Java, Kelapa Laut
Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java | Open Order Pasar Ramadhan 2019, Kelapa Laut Man Java, Kelapa Laut
Kelapa Laut Man Java

Selain dari tu Kak Sue nak ingatkan juga pihak kami takan bertolak ansur kepada peniaga atau pembekal yang mengubah rasa atau jenama produk kami tanpa rundingan dulu. Kalau nak rebranding semula produk kami pun kami ada caranya dan kita boleh bincang dulu ya. Bagi yang gagal patuhi syarat yang Kak Sue bagi tau tadi bekalan atau stok akan diberhentikan serta merta. Harap maklum dan ambil faham ya..

Untuk korang yang nak buat order pula, bagi yang pertama kali boleh lah bagi tau nama, tempat dan kuantiti order. Korang juga perlu buat order dua minggu awal sebelum tarikh penghantaran stok. Setiap penghantaran akan dikenakan caj mengikut kuantiti barang dan kawasan kalau kawasan Lembah Klang. Untuk kawasan Lembah Klang dan Selangor juga akan ada pick point yang akan diberitahu nanti. Akhir sekali kami harap semua peniaga sila tepati masa yang telah kami tetapkan nanti ya. Untuk lebih detail korang boleh terus whatapps kami di nombor yang Kak Sue kongsi kan kat bawah nie nanti. Rezeki sama dikongsi..

Man Java Enterprise

Tel : 012 5854998 / 012 5844736

Email : skabdy@yahoo.com


Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu.. wah untung sangat kan. Terkejut juga banyak betul jumlahnya tu, dah nama pun rezeki kan. Tak sangka pula Kak Sue hanya dengan buat live dapat tajaan kahwin 500 ribu! Bertuah sangat kan..

Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu

Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu

Jom Kak Sue nak kongsi cerita buat Live dapat tajaan kahwin 500 ribu nie jom. Sebenarnya rezeki dan tuah pada seorang gadis kecil comel yang bernama Siti Suriani atau lebih dikenali Siti JamuMall. Seronok kalau dapat tajaan besar dan banyak macam nie. 

Pada mulanya beliau ingat nak buat majlis biasa aja secara kecil-kecilan, tapi tak sangka pula bila beliau muat naik satu status di fb tentang majlis perkahwinan beliau terus dapat wassup dan call bertalu-talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.

Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Hampir 100 company dari pelbagai produk berminat nak sponsor majlis kahwin Siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan pun berbesar hati nak sponsor perkahwinan beliau..

Kata Siti, beliau sebak.. tak sangka, majlis yang mulanya plan biasa-biasa sekarang nie menajdi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil.. beliau menjadi promoter atay host untuk jamumall.com dan menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.

Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Buat Live Dapat Tajaan Kahwin 500 Ribu
Selama nie Siti promote produk orang dengan ikhlas, Situ bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampai dikenali dan viral.. sebab tu ramai hargai jasa Siti dan bila beliau kahwin mereka sanggup sponser macam-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin sampai lah ke honeymoon pakej.

Seronok kan bila kita dengar cerita Siti nie. Alhamdullilah murah rezeki Siti.. Kak Sue doakan semoga Siti dan suami sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia dunia, akhirat ya.. aamiin ya rabb..

Jom kita tengok sponser-sponsernya ya..

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal

Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official

Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/

Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq

Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri

Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji

Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/

Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun

Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

Perfume dari  Luxe Essencia Resources

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort

Alhamdullilah kan..










Riang Ria Ramadhan Buffet di Ibis Styles Hotels

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Riang Ria Ramadhan Buffet di Ibis Styles Hotels pula dengan korang. Biasa lah bila nak masuk bulan puasa nie macam-macam pilihan tempat berbuka adakan tawaran dan menu istimewa kan. Sama lah juga dengan Riang Ria Ramadhan Buffet di Ibis Styles Hotels nie.. ada bermacam menu disediakan dan tawaran harga yang sangat berbaloi..

Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels

Riang Ria Ramadhan Buffet di Ibis Styles Hotels

Bila tiba bulan puasa kadang ada juga niat hati kita nak berbuka luar sesekali dengan keluarga tersayang kan. Salah satu tempat yang korang boleh cuba ialah Riang Ria Ramadhan Buffet di Ibis Styles Hotels Cheras. Persekitaran yang ceria berbuka puasa bersama kawan-kawan dan keluarga ke Cafe sTREATs dengan pilihan makanan Melayu tradisional dari seluruh negeri memang akan buat korang puashati. Jom kita tengok apa yang ada kat sini jom..

Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels

Antara hidangan istimewa dalam menu Riang Ria Ramadhan Buffet di Ibis Styles Hotels nie ialah Ayam Kampung Goreng Madu Perlis, Gulai Kambing Kerisik Darat Pulau Pinang, Daging Masak Merah Johor, Ikan Tenggiri Asam Pedas Melaka dan banyak pilihan menu lain lagi. Selain dari tu antara pilihan lain kat sini ialah Mee Hoon Sup dan Kambig Bakar. Selalunya kalau buffet Ramadhan tak sah kalau tak ada kambing bakar kan..

Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels

Untuk pencuci mulut pula, ada pilihan kuih Melayu tradisional, ABC, kuih dan buah-buahan segar. Tak lupa buah kurma pun ada disediakan juga kat sini. Biasanya kalau Kak Sue dan keluarga berbuka memang wajib ada kurma. Minuman pula ada disediakan sejuk dan panas. Selain tu kemudahan surau pun ada disediakan kat sini tau jadi korang tak perlu nak rushing makan dan nak solat kat tempat lain. Enjoy ja makan pelan-pelan okay..

Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels

Harga Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotel

Harga berbuka puasa kat sini murah dan sangat berbaloi tau. Korang boleh mula buat tempahan awal untuk harga istimewa bermula pada 1/4/2019 hingga 31/5/2019. Jom kita tengok harga yang ditawarkan jom..

Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels
Riang Ria Buffet Ramadhan di Ibis Styles Hotels

Tempahan awal RM48.00 nett (dewasa)

Harga biasa - RM59.00 nett (dewasa)
RM41.00 nett (kanak-kanak/wargaemas)

Ibis Styles Hotels Kuala Lumpur Cheras

Alamat
Jalan C180/1, Dataran C180 43200
Cheras, Selangor

Tel
 03 90868888

Email
H8001-SM3@accor.com

Facebook








Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Salam Jumaat. Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen.. haa.. menarik kan. Bulan Ramadhan bakal tiba, memasing dah mula menyiapsediakan diri untuk meyambung kedatangan bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan! Ada yang dah siap-siap buat bajet baju raya, tudung raya, kuih raya, sampul duit raya dan tak lupa juga untuk bersedekah.

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

Cerita bab sedekah nie, ada orang suka bersedekah dengan cara memberi duit. Ada juga yang suka sedekahkan buku yasin di surau, masjid atau di majlis kenduri kendara. Bagi yang suka sedekahkan surah Yasin, berita baik untuk pelanggan yanhg membeli YASIN MURAH 50 sen dengan Urban Shops.

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

Yasin Murah menawarkan SAMPUL DUIT RAYA, secara PERCUMA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN.

Macam mana nak dapatkan secara PERCUMA SAMPUL DUIT RAYA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN  dari Urban Shops nie? Senang je..!!!

Dengan setiap pembelian 100pvs YASIN MURAH 50sen secara automatik akan menerima SAMPUL DUIT RAYA PERCUMA!

Bukan sekeping, dua keping je SAMPUL DUIT RAYA nie.. Tapi.. 10 KEPING SAMPUL DUIT RAYA uollllsss

Penghantaran Seluruh Negara

Apa yang menarik tentang Yasin Murah di Selangor nie, kalau korang berada kat utara, selatan, pantai timur dorang boleh hantar door to door delivery (pos lah ye)

Kalau korang duduk area Selangor nie, dan tak nak terima melalui pos, tak pe.. jangan risau. Ada juga perkhidmatan Cash On Delivery (COD) pada setiap hari Isnin hingga Khamis (0by appointment - Klang Valley) serta servis same day delivery (Klang Valley juga)

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Close up sikit.. cantik tak sampul duit raya nie? Oleh kerana seller peminat brand Coach, so sampul duit raya pun tema Coach jugak lah. While stock last and limited time je tau. Siapa cepat.. dia dapat gituuu.

Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen
Percuma Sampul Duit Raya Dengan Membeli Yasin Murah 50sen

MACAM MANA NAK DAPATKAN PERCUMA SAMPUL DUIT RAYA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN

Macam mana nak beli dan DAPATKAN PERCUMA SAMPUL DUIT RAYA DENGAN MEMBELI YASIN MURAH 50SEN?

Korang boleh Whatsapp je ke www.wasap.my/60126460421 atau www.wasap.my/601151044524 dan terus bagitau kat seller "Saya nak Yasin murah!"

Korang juga boleh beli direct melalui Shopee atau Facebook untuk dapatkan POSTAGE PERCUMA dan boleh juga buat bayaran guna KAD KREDIT atau DEBIT. Mudah sangat nie kan.. !

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:

Facebook

Instagram

Shopee




Viewing all 1445 articles
Browse latest View live