Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all 1444 articles
Browse latest View live

Ikan Pekasam Penambah Selera

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kadang dah tak tau nak makan apa, sebab tak ada selera atau jemu dengan menu yang sama kan. Tambah baru ja kita semua habis meraikan sambutan raya.Tahu aja lah menu raya, daging dan ayam kadang naik jemu juga. Ini dah cuaca panas pula kan, jadi tak ada selera nak makan. Nasib lah ada IkanPekasam penambah selera kami hari nie. Kak Sue dan Abang Man memang peminat masakan kampung. Nie ada lagi sikit stok ikan perkasam yang Tok Pah bawa dari Batu Kurau. Goreng, letak bawang dan cili padi makan dengan nasi panas memang lauk penambah selera.. bertambah-tambah makan Abang Man hari nie..


penambah selera,ikan pekasam
Ikan Pekasam penambah selera

Ikan Pekasam Penambah Selera

Ikan Pekasam memang antara menu penambah selera kami. Sentiasa ada stok di rumah nie. Kalau tak dari Batu Kurau dari Kampung Tanjung Keramat, kampung Abang Man. Stok terbaru nie Tok Pah bawa dari Batu Kurau makcik Kak Sue yang buat tau. Ikan Tengas comel-comel kecik aja.. baki stok untuk jamuan hari raya hari tu kat rumah Kak Sue masih ada lagi. Rasanya boleh dua, tiga kali goreng lagi nie..
Kalau rajin nak buat sendiri pun boleh, senang dah ada stok kat rumah kan. Bebila rasa nak makan terus aja ambil dari peti ais. Kakak anak dara Kak Sue memula tak berapa suka, bila suruh rasa kata sedap pula. Bertambah makan.. ehehe.. belum cuba, belum tau kan.. Lepas nie bertambah geng makan Ikan Perkasam lah kat rumah nie..

Nanti lah bila senang Kak Sue tanya Tok Pah macam mana cara nak buat Ikan Pekasam. Kak Sue rasa senang aja, bahan pun tak banyak. Rasanya ikan, beras dan beberapa bahan lagi kut. Ikan pun sedap kita guna Ikan Lanpam atau Ikan tengas tapi tau aja lah ikan darat bukan selalu ada, mahal pula tu..huhuhu.. nanti dah tahu cara nak buat Kak Sue kongsikan kat sini ya, papai!

Makan - Makan di Wangsa Maju Lagi

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie kami sekeluarga makan-makan di Wangsa Maju lagi. Kata Kak Jam kakak ipar Kak Sue, hanya majlis makan-makan biasa meraikan jiran, kawan dan kawan sekerja suami Kak Jam. Selalunya kalau Kak Jam ada buat makan-makan macam nie, beliau akan whatapps Kak Sue suruh datang. Laju aja lah kami datang, sapa tak mau datang makan rumah Kak Jam, dah lah sedap layanan memang tip top! Amboi.. melambung puji ya, bukan bodek tau Kak.. ini betul-betul, bukan cobaan! Hahaha.. Sampai Adik kalau datang sini, mulalah buat tak mau balik.. seronok sangat datang rumah Ibu Kak Long..


makan - makan di Wangsa Maju lagi
Makan - makan di Wangsa Maju lagi

Makan - Makan di Wangsa Maju Lagi

Nasib baik hari nie jadual memang free sangat, cuma Abang Man ada delivery order. Pepagi Abang Man dah settlekan. Ya la, rasanya Kak sue dah tanya berapa kali.. pergi ke rumah Kakak bang? Abang Man pun dah tak tau nak bagi jawapan apa, jadi selesaikan cepat urusan, dah selesai kerja baru senang hati sikit nak berjalan kan. Dapat lah kami sekeluarga makan-makan di Wangsa Maju lagi tahun nie. Kebiasaannya Kak Jam akan masak Mee Hoon Sup, Laksa atau Nasi Beriani. Tahun nie Kak Jam masak Mee Hoon dan Nasi Beriani aja, disamping tu ada makanan lain lagi .. kuih raya, kek dan buah-buahan..


makan - makan di Wangsa Maju lagi
Makan - makan di Wangsa Maju lagi - Mee Hoon Sup Kak Jam, memang sedap!
Kak Sue tak ambil banyak gambar sangat sebab tadi datang-datang ja terus makan, lapar.. hahaha!  Dah siap makan, ada tetamu yang datang terus tak sempat nak ambik gambar lagi. Yang pasti kedua-dua menu memang sedap, bertambah kami sekeluarga makan. Sampai maghrib jugalah kami melepak. Kak Sue sempat juga lah buatkan Puding Milo Oreo sebagai buah tangan. Bukan apa, segan dah.. dah macam-macam Kak Jam selalu beri dan belanja kami sekeluarga. Tak sedap pula nak datang berlenggang, nanti Kak Sue kongsikan resepi kat sini ya. Resepi dari sepupu Kak Sue sebenarnya nie, senang sangat. Anak-anak mesti suka..


makan - makan di Wangsa Maju lagi
Makan - makan di Wangsa Maju lagi - Puding Milo Oreo
Terima kasih Kak Jam dan keluarga, terima kasih dengan layanan yang baik untuk kami sekeluarga. Selamat berehat.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan dimurahkan rezeki. Tahun depan jangan lupa jemput kami lagi.. papai!

Design Hadiah Istimewa di Printcious.Com

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Selalunya kalau ada sambutan hari istimiewa untuk orang yang kita sayang mesti dok memikir apa nak hadihakan pada mereka kan. Kalau Kak Sue, suka yang lain dari yang lain untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. Kalau boleh nak design hadiah istimewa tu sendiri untuk orang yang tersayang. Bila tengok wajah gembira mereka, kita pun rasa yang sama kan. Sekarang nie Kak Sue dah tahu kat mana nak dapatkan perkhidmatan design sendiri dan juga hadiah lain dari yang lain. Meh Kak Sue nak kongsikan dengan korang. Sekarang nie kita boleh design hadiah di Printcious.Com, ada macam-macam pilihan hadiah menarik kat sana tau..


design hadiah istimewa di printious.com
Design hadiah istimewa di Printious.Com

Desingn Hadiah Istimewa di Printcious.Com

Printcious.Com nie kan adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan pada barang hadiah peribadi seperti mug, keychain,bantal, t.shirt dan macam-macam lagi. Dengan tag line "Printcious.com - Precious Gift From Your Heart"kita boleh design hadiah istimewa lain dari yang lain mengikut kreativiti kita sendiri untuk orang yang tersayang. Barangan nie sesuai untuk semua majlis sepeti harijadi, perkahwinan, tamat pegajian,ulang tahun atau acara koporat. Dan yang paling best harga yang berpatutan, kualiti produk yang bagus dan ada macam-macam tawaran istimewa tau.. Jom kita tengok 

Design hadiah istimewa di Printious.Com
Design hadiah istimewa di Printious.Com
Ha.. ada macam- macam pilihan kat sini, korang boleh pilih kategori dan cuba pilihan kategori penerima atau majilis. Boleh pilih untuk lelaki atau perempuan, untuk hadiah harijadi, ulangtahun perkahwinan atau macam-macam lagi lah. Semua ikut apa yang kita nak, tinggal klik dan pilih aja, mudah sangat kan.. lepas tu kita boleh design sendiri macam mana yang kita nak, kira macam personal touch gitu kan..

Jom Kita Design Hadiah Istimewa di Printcious.Com

Puashatikan kalau dapat design sendiri hadiah istimewa untuk yang tersayang. Kak Sue nak kongsikan dengan korang beberapa langkah mudah untuk siapkan hadiah seterusnya terus di pos kepada penerima

Design hadiah istimewa di Printious.Com
Design hadiah istimewa di Printious.Com

1. Pilih produk pilihan korang


2. Pilih warna, saiz dan tekan customize it untuk proses edit


3. Pilih untuk masukkan nama dan gambar


4. Upload gambar yang korang pilih, kemudian masukkan text dan edit ikut apa yang korang suka. Bila dah puashati boleh tekan done. 


5. Proses akhir korang, pastikan dah puashati semua dah tau. kemudian boleh klik add to chart


6. Dah pun siap, dan dah boleh buat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat melalui cash deposit, online transfer atau debit / credit card. Sekarang tunggu aja barang sampai kat rumah korang..



Ha.. senang ja kan. Korang ikut aja semua step yang Kak Sue dah tunjukkan kat atas. Boleh aja pilih mana-mana yang korang suka. Selamat mencuba.. Untuk lebih detail korang boleh intai kat bawah nie ya

Printcious.Com
Web

Facebook

Instagram






Resepi Masak Lemak Rebung

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue habiskan stok rebung yang Mak bawakan untuk majlis sambutan raya dan doa selamat hari tu. Sebenarnya Mak ada aja masakkan menu yang sama masa majlis hari tu, pastu tambah lagi rebung rebus buat ulam cicah sambal belacan. Jadi lebihan rebung rebus Kak Sue sayang nak buang, cecepat simpan dalam peti ais. Konon nak masak Masak Lemak Rebung dari hari ke sehari asyik bertangguh. Kali nie bila dah lapang sikit dan tak ada aktiviti kat luar, dapat lah Kak Sue masak Masak Lemak Rebung nie. Jom kita tengok resepinya jom. Mudah sangat resepinya..

resepi masak lemak rebung
Masak Lemak Rebung

Masak Lemak Rebung

Bahan - bahan
1 mangkuk besar rebung - agak-agak aja okay,sebab Kak sue guna lebihan hari tu kan
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 keping asam geleugor
1 kotak santan Kara
2 batang serai - diketuk
Sedikit udang sederhana besar - ikut suka, nak banyak mana
Garam secukup rasa

Cara - cara
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk, Kak Sue kisarkan semua bahan dengan santan
Kemudian Kak Sue tambah tiga cawan air lagi dalam periuk, ikut lah korang nak pekat kuah macam mana tau
Kemudian masukkan serai yang dah dititik dan asam gelugor tadi
Masak sehingga mendidih, kemudian boleh lah masukkan rebung tadi
Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan udang
Biar udang masak sekejap, kemudian boleh lah persakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue berpeluang ke pembukaan cawangan baru Focus Point di Melawati Mall. Ada bermacam jenis pilihan cermin mata daripada dewasa hingga untuk kanak-kanak, menarik dan comel sangat. Bersempena pembukaan cawangan baru Focus Point nie juga diadakan harga promosi dan potongan harga yang sangat menarik dan berbaloi bagi korang yang plan nak beli atau tengah mencari cermin mata..

pembukaan cawangan baru focus point du melawati mall
Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall

Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall

Macam Kak Sue kongsikan tadi ada banyak pilihan dan promosi sempena pembukaan cawangan baru Focus Point Concept Store di Melawati Mall. Kak Sue syorkan korang pergi sebelum tamat promosi menarik nie nanti, sebab harga murah sangat. Ada bermacam pilihan bingkai, gaya dan warna cermin mata kat sini tau. Korang hanya perlu datang dan buat pemeriksaan mata secara percuma dan dibantu oleh staff kat sini yang sangat mesra pelanggan..

Untuk info korang juga Focus Point Concept Store adalah cawangan kedua di Melawati Mall nie. Dan ada tiga konsep berbeza di cawangan nie, iaitu Focus Point, Whoosh dan Eyefont. Semua konsep ada kelebihan dan keistimewaan sendiri. Memang rambang mata dibuatnya kalau lama-lama kat sini..

pembukaan cawangan baru focus point du melawati mall
Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall

Focus Point
Konsep Focus Point adaalah tumpuan kepada jenama biasa cermin mata. Sebut Focus Point semua dah tahu kan..

Whoosh
Konsep Whoosh pula cermin mata 'sunnies series'dan 'terndy series' mengikut gaya urban remaja sekarang. Ada bermacam pilihan dan pakej menarik dengan harga tetap iaitu RM165, RM195, RM215 dan RM265 semua di bawah harga RM300 korang boleh pilih cermin mata bergaya dan trendy. Sangat berbaloi kan..

Eyefont
Konsep Eyefont memberi tumpuan kepada cermin mata berjenama. Antaranya Porsue,Mont Blanc dan bermacam pilihan lain lagi. Yang nie pun banyak yang menarik siap duit aja..ehehe..

pembukaan cawangan baru focus point di melawati mall
Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall
pembukaan cawangan baru focus point di melawati mall
Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall



Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall
Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall

Harga Promosi Menarik 

Promosi sah hanya di Melawati Mall sahaja tau. Jadi korang kena datang singgah sini sambil jalan-jalan di Melawati Mall nie. Tentang parking jangan risau, luas dan untuk hari yang Kak Sue datang hari tu parking masih percuma untuk semua. Kena cepat-cepat datang sementara parking percuma nie kan, jimat gitu..

Bingkai cermin mata serendah RM1 tau, tapi korang kena daftar dulu kemudian boleh pilih cermin mata yang korang suka dan tempoh masa promosi dari 26 Julai hingga 31 Ogos 2017 sahaja. Masih sempat lagi nie.. Ada beberapa promosi menarik lagi antaranya..

- Jenama Guees ada potongan harga sehingga 60% 

- Jenama Rayban RB3025 harga RM399 sahaja, sehingga habis stok

- Jenama Pony bingkai untuk kanak-kanak beli satu PERCUMA satu

- Jenama Whoosh potongan sehingga 50% untuk pembelian kedua


Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall
Pembukaan Cawangan Baru Focus Point di Melawati Mall
Menarik kan, kena datang tengok dan pilih sendiri nanti. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. Untuk lebih detail korang boleh singgah kat bawah nie


Focus Point Concept Store Melawati Mall

Lot LG-19, UP2-01, Melawati Mall
Jalan Sabah, Taman Melawati.
50480 Ampang, 
Kuala Lumpur, Malaysia







Gerai Burger Man Java Dah Dibuka

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, setelah beberapa bulan kami sekeluarga plan nak berniaga semula kat depan rumah nie, akhirnya beberapa hari lepas Gerai Burger Man Java Dah Dibuka seperti sebelumnya. Alhamdullilah juga sambutan di Gerai Burger Man Java agak mengalakkan setakat ini.. Terima kasih pada pelanggan yang masih sudi singgah gerai kami ya.. Nampak ada juga pelanggan lama kami yang datang singgah lagi kat sini..

Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java

Gerai Burger Man Java Dah Mula Operasi

Gerai Man Java dah mula operasi pada hari Isnin lepas. Pesan orang tua-tua dulu, kalau nak mula berniaga atau buat apa-apa kerja elok dimulakan hari yang baik. Sebenarnya semua hari baik pada kita semua, cuma petua orang tua suruh pilih hari yang baik seperti Isnin, Khamis dan Jumaat. Apa salah kita ikutkan kalau petua yang baik. Ada lah sebabnya kan orang tua berpesan macam tu. Kita ikutkan ajalah kan..

Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java


Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java ada sediakan pelbagai jenis burger macam gerai burger tepi jalan yang lain juga. Selain burger, kami juga ada sediakan Oblong dan akan datang Man Java Kebab, InsyaAllah. Perkhidmatan delivery macam dulu pun, InsyaAllah kami akan update darimasa ke semasa nanti ya. Selain Gerai Burger Man Java, ada Gerai Roti Canai Omar dan Gerai Seafood Tom Yam Nurin kat sini. Korang yang ada berdekatan area sini, jemput lah datang singgah ya nanti.. Okay lah setakat ini dulu kali nie, jumpa lagi nanti. Papai.. !

Gerai Burger Man Java
Blok 29, Green Valley Park, 
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
Dibuka - 5.00pm - 12.00am ( Setiap hari)

Rahsia Kecantikan Semulajadi Dengan Naturals By Watsons

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Jom Kak Sue nak kongsi rahsia kecantikan semulajadi dengan Naturals by Watsons nie jom. Kak Sue sempat ke pelancaran produk baru dari Naturals by Watsons di Sunway Pyramid hari tu. Produk tersebut dinaikkan taraf formulasi dan pembungkusan baru bagi penguna setia dan sesuai untuk semua kehendak pengguna. Produk nie juga telah diuji dematologi bebas dari bahan kimia dan sesuai untuk semua jenis kulit. Nie yang paling penting kan bagi kita sebagai pengguna, tak risau nanti ada masalah lain pada kulit kita..





Produk Naturals By Watsonsek

Sekarang nie kita semua berhati-hati dalam penggunaan produk penjagaan diri kan. Watsons Malaysia dengan moto mereka Look Good, Feel Good memberi yang terbaik untuk pelanggan mereka. Produk nie juga membuat formulasi berganda dengan minyak tulen dari estrak bahan-bahan semulajadi bagi meningkatkan keberkesanan produk mereka..




Jom kita tengok pilihan penjagaan diri produk dari Naturals By Watsons. Kak Sue paling suka bau dari Paw-Paw, best tau baunya.. suka sangat! Produk penjagaan diri nie terdiri dari gel mandian, losyen badan, losyen tangan dan scrub badan..


Paw-Paw dari Australia
- Daun organik Paw-Paw dengan minyak yang ditapis juga dengan vitamin A,C dan E serta melegakan dan memperbaiki kulit kering. 
- Ekstrak paw-paw organik juga menambah kelembapan untuk kulit yang lebih baik


Blood Orange dari Itali
- Minyak Organik Blood Orange mempunyai ciri-ciri anti penuaan untuk kulit lebih cerah
- Juga melindungi kulit dari faktor persekitran


Marula dari Afrika
- Minyak Marula organik kaya dengan vitamin dan asid lemak semulajadi dengan perlindungan pada kulit
- Ia juga mempunyai kesan hidrat untuk memperbaiki kulit kering dan kerosakan kulit


Argan dari Morocco
- Minyak organik Argan menyuburkan dan melindungi kulit dengan vitaman E dan asid lemak
- Estrak biji Argan semuljadi pula dapat membantu melembapkan kulit


Prestige Rose dari Bulgaria, Morocco dan France
- Air rose organik nie kaya dengan tannins untuk menyuburkan, melicinkan dan juga melembapkan kulit
- Minyak rose semulajadi juga mempunyai aromaterapi untuk menenangkan dan merehatkan minda dan badan


Olive dari Itali
- Minyak zaitun organik kaya dengan vitamin dan asid lemak semulajadi
- Estrak buah zaitun semulajadi kaya dengan antioksidan dan hydroxytyrosol untuk keanjalan kulit


Aloe Vera dari UK dan USA
- Jus aloe vera organik pula melegakan dan berfungsi menghidrat kulit kering dan kerosakan kulit
- Estrak aloe vera juga berfungsi membaiki dan menyamankan kulit

Menarik kan, semua bahan dalam produk Naturals dari bahan semulajadi untuk kita kelihatan muda dan cantik setiap hari. Bahan-bahan terdiri dari bunga, buah-buahan, mineral dan tumbuhan yang meremajakan dan memperbaki kulit semulajadi dan berkesan. Korang kena cuba tau nanti.. Untuk detail lanjut macam biasa boleh intai kat bawah nie ya


Facebook page 
Watsons Malaysia












Resepi Kari Udang Galah

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Kari Udang Galah. Semalam Kak Sue saja ikut Abang Man ke Pasar Borong Selayang nak beli barang dapur sekali. Dah alang Abang Man keluar tu kan, lelaju Kak Sue ikut sekali lah. Nak keluar sendiri memag tak lah. Dah siap beli barang kata Abang Man ada satu tempat nie orang jual ikan, udang, sotong dengan harga  murah. Dengar murah Kak Sue kata jom kita singgah tengok. Apalagi borong lah udang saiz sederhana dengan udang galah. Harga memang berbaloi sangat, puashati! Jadinya hari nie kita masak Gulai Udang Galah lah pula kan.. semalam udang petai. Jom kita tengok resepinya jom..


resepi kari udang galah
Kari Udang Galah

Kari Udang Galah

Bahan - bahan :
1 kg udang galah
1 kotak santan Kara
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
3 biji bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
4 batang daun kari
1 keping asam gelugor
2 batang serai - diketuk
1 biji tomoto
Sedikit garam dan serbuk perasa Knorr

Bahan untuk rempah
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 peket rempah kari udang
Gaul semua sekali dengan sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang dihiris tadi
Masukkan juga daun kari dan serai tadi, kacau sehingga naik bau
Kemudian masukkan campuran rempah tadi dan asam gelugor, biar sehingga rempah masak
Kemudian masukkan santan dan campurkan sedikit air, ikut suka korang nak kuah pekat macam mana
Kemudian bolehlah masukkan udang, kacau sehingga udang masak
Akhir sekali persakan dengan garam, serbuk perasa Knorr dan tomato
Kacau sekejap, siap untuk dihidangkan



Soho Dah Siap

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari tu Kak Sue ada kongsikan pasal gaya baru Soho Kak Sue kan. Haa.. sekarang Soho dah siap dah. Kak Sue beli barang sikit-sikit lepas tu minta Abang Man tolong pasangkan rak. Sebelum nie Kak Sue beli board dulu, kemudian meja dan akhir sekali hari tu Kak Sue beli rak. Terima kasih sayang tolong pasangkan ya, Kak Sue susun dan hias sendiri ja ikut sedap mata sendiri kan. Baru lah semangat sikit nak buat kerja atau ber bloging.. ehehe..

soho dah siap
Soho Dah Siap

Soho Kak Sue Dah Siap

Soho Kak Sue dah siap tak berapa lama lepas Kak Sue kongsikan dengan korang kat sini Gaya Baru Soho Kak Sue tu. Sebelum nie Kak Sue guna meja komputer yang biasa, kali nie Kak Sue tukarkan ke meja dan tambah rak dari Ikea warna putih. Warna putih nie bagi Kak Sue nampak bersih dan kemas. Sedap mata memandang.. cuma memang nak kena jaga lebih lah sebab kalau kotor memang nampak menyerlah gitu.. Kena lebih rajin..

soho dah siap

Barang-barang hiasan lain memang dah ada sebelum nie. Macam board yang Kak Sue lekat-lekat gambar tu Kak Sue dah tak ingat samada beli di Ikae atau Kaison. Sebab dah lama beli board tu baru sekarng nak gantung. Tempat letak buku putih tu Kak Sue beli di Daiso. Semua barang tak ada lah mahal pun, kita kena pandai suai padan kan. Ktiga-tiga tempat nie memang jadi kegemaran Kak Sue nak cari barang hias rumah..

soho dah siap

Setakat nie Kak Sue memang berpuashati dengan Soho Comel Kak Sue nie. Nanti ada rezeki lagi boleh tambah-tambah. Bila tempat kita buat kerja kemas dan bersih, kita pun rasa tenang dan selesa kan. Sampai sini dulu kali nie, jumpa lagi entri yang lain.. papai!

Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Jom Kak Sue nak kongsikan dengan korang Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stuning yang baru sahaja dilancarkan di pasaran. Baru-baru nie Kak Sue terpilih menerima satu kotak yang menarik dari Enchanteur Stunning lengkap dengan barangan penjagaan diri dihias dengan bunga-bunga yang sangat lah cantik.. Teruja betul Kak Sue nak cuba wangian dari Enchanteur Stunning tau..

wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning

Sempena pelancaran Enchanteur satu jenama wangian terkemuka yang boleh kata semua dari kita dah sedia tahu, haruman yang diinspirasikan dari Perancis satu haruman baru diperkenalkan iaitu Stunning. Wangian terbaru nie hasil gabungan dari Turkish Rosedan Magnolia, Blackcurrant Bud, Raspberry dan akhir sekali Sandalwood.. memang best bau dia tau..

Selain dari itu set Enchanteur Stunning juga datang dengan produk penjagaan diri yang lain iaitu losyen badan, deodoran dan bedak talkum. Lengkap semua dah kan dalam satu jenama. Boleh dikatakan semua yang ada dalam set box Echanteur nie Kak Sue suka sangat baunya. Bau sedap dan segar.. Okay jom kita tengok lagi apa yang menarik dalam kotak dari Enchanteur Stunning nie jom..

wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - Cantikkan kotak nie
wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - EDT dan losyen badan
wangian mempersona dari enchanteur stunning
Wangian Mempersona Dari Enchanteur Stunning - bedak talkum dan deodoran

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempersona
" Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian " ... Author C.Joybell C

Enchantuer telah membaharui bentuk rangkain EDT. Botol EDT berkonsepkan tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala viriasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora didalamnya. keanggunan botol ini dimakkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan diatas meja rias..

Echanteur Eau De Toilette
boleh didapati dengan harga RM28.20 
( termasuk GST) bagi setiap botol 50ml

Losyen Evhanteur
Boleh didapai dengan harga RM5.40 hingga RM17.60 
( ada dalam pelbagai size)

Deodoran Enchanteur
Boleh didapati dengan harga RM4.90 sehingga RM8.40 
( ada pelbagai pilhan bentuk dan semburan)

Bedak Echanteur
Boleh didapati dengan harga RM4.40 sehingga RM11.80 
( ada pilihan besar dan kecil)

Ha.. korang kalau nak wangi macam nie boleh dapatkan produk penjagaan diri Enchanteur di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk lebih detail boleh intai kat bawah nie ya..

ENCHANTEUR

Website

Facebook







Deko-Deko Lagi

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Semenjak dua menjak nie macam tak menyempat ja nak update blog kesayangan Kak Sue nie. Nak kata sibuk ke event sana sini tak juga. Nak kata sibuk berniaga pun tak juga.. cuma rutin harian biasa sebagai isteri dan ibu. Bila banyak masa kat rumah nie ada aja lah yang nak dibuatnya.. antaranya deko rumah. Sekarang nie nak deko-deko lagi bahagian dapur pulak.. Nanti kalau dah siap semua Kak Sue kongsikan tau..

deko-deko lagi

Deko Dapur Pula..

Kak Sue suka deko yang simple tapi nampak menarik. Sebelum nie konon deko ala Inggeris, tapi dah lama-lama macam boring pula kan banyak bunga-bunga. Kadang Kak Sue suka layan IG tengok depa deko rumah cantik sangat. Kata orang simple but nice! Kak Sue pun bukan mampu nak beli perabut yang mahal-mahal, asal menarik dan harga berpatutan dan mampu Kak Sue akan usahakan lah dapatkan. Jimat-jimat duit belanja yang Abang Man bagi atau duit dari sumber Blog Kak Sue. Sekarang nie Kak Sue semakin berkenan barang-barang deko dari Ikea, Kaison dan Daiso. Macam-macam pilihan menarik ada kat tempat-tempat nie tau.. Kalau pergi memang berejam-jam, macam tak mau balik ja.. 

Sebelum nie Kak Sue deko meja kerja Kak Sue, kali nie nak deko dapur pula. Dapur pun macam tempat kerja Kak Sue juga, maklumlah kita orang perempuan nie kan. Kebanyakan masa kat dapur aja lah.. Bagi Kak Sue kalau dapur kemas,bersih dan cantik kita akan selesa nak buat kerja kat dapur tu kan.. Baru-baru nie Kak Sue dah beli wallpaper dari Kaison, tema biru juga sebab Kak Sue dan Abang Man memang peminat warna biru. Ingat nak lekat wallpaper sikit kat bahagian dapur


deko-deko lagi

Nanti bila dah siap deko Kak Sue kongsikan lagi kat sini. Mana tau boleh jadi rujukan untuk ibu-ibu lain. Bukan lah hebat sangat Kak Sue mendeko tapi kita deko ikut mana yang kita rasa selesa dan cantik kat mata kita. Selain tu boleh aja rujuk di Facebook atau IG.. banyak deko rumah yang cantik-cantik. Kak Sue lebih suka rujuk kat IG, kadang tu lama gila dok scroll IG kat situ boleh dapat banyak idea tau..

Asyik deko bahagian depan dan bilik je kan. Kali nie nak deko bahagian dapur pula sikit-sikit. Kalau tak rajin masak lagi tak tahu lah kan.. ehehe.. Nanti nak dapur cantik dan kemas tapi dapur tak berasap pula. Okay lah setakat nie dulu kali nie tau, jumpa lagi nanti.. papai!

PPZ Dah Ada Channel Sendiri

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nie bukan jenis yang selalu guna Youtube, memang jarang sangat layan. Kalau tengok pun kebetulan yang orang kongsikan di facebook atau Kak Sue tengok video masakan atau deko kek, memang membantu sangat. Baru-baru nie Kak Sue dapat tau rupanya bukan setakat perkonsian video masakan, deko, muzik dan lain-lain tapi ada channel baru yang berkongsi kisah masyarakat, ilmu agama, ceramah dan tazkirah pun ada. Haaa.. tau tak sekarang PPZ dah ada channel sendiri dah. Senang sikit kan apa-apa yang kita nak tau boleh tengok kat situ..


PPZ Dah Ada Channel Sendiri
PPZ Dah Ada Channel Sendiri

PPZ Dah Ada Channel Sendiri

Sekarang PPZ dah ada channel sendiri iaitu PPZ TV. Nanti boleh lah kita semua tengok PPZ TV nak tahu lebih lanjut tentang zakat dan macam-macam lagi perkongsian yang bermafaat. Korang boleh pilih mana-mana video untuk lebih faham lagi tentang apa-apa mengenai PPZ. Macam yang kita tahu Pusat Pungutan Zakat atau PPZ adalah agensi yang ditubuhan oleh majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dan seperti yang kita tahu juga menunaikan zakat nie wajib bagi yang layak. Nak tahu kita layak menunaikan zakat ke tak kena lah tonotn PPZTV dulu kan. Ada banyak video yang dikongsikan kat sana tau. Selain tu kan zakat juga dapat membantu golongan asnaf, dapat lah meringankan beban bagi yang dalam kesusahan kan.. Mana yang dah layak berzakat tu elok lah berzakat ya, ingatan untuk diri Kak Sue juga..


PPZ Dah Ada Channel Sendiri
PPZ Dah Ada Channel Sendiri - banyak pilihan video yang boleh kita tengok
Korang jangan lupa tau tonton, kongsi dan subscribe channel PPZTV nie. Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan semua juga ya. Seronok tau tengok video kat PPZ TV nie sebab gaya penyampaian santai, mudah faham, kelakar pun ada. Memang tak bosan tau tengok, nie Kak Sue kongsikan link PPZ TV kat sini PPZ TV - Youtube. Selamat menonton..


Happy Birthday Kakak

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie genap 18 tahun Kak Sue lahirkan satu-satunya anak perempuan Kak Sue, Kakak. Happy Birthday Kakak.. Ibu, Abah dan adik-adik doakan semoga Kakak menjadi seorang anak yang solehah, baik akhlaknya, sihat sentiasa, dimurahkan rezeki, umur yang bermafaat dan dipermudahkan semua urusan Kakak dunia,akhirat.. aamiin ya rabb..

Happy Birthday Kakak
Happy Birthday Kakak

Sambutan Birthday Kakak

Kakak memang seorang anak yang baik, bukan lah nak memuji anak sendiri tapi hakikat. Ecewah, ayat kemahin ya, ehehe.. Kakak seorang anak yang ringan tulang, bertimbang rasa dan cermat orangnya. Kakak lah jadi peneman Kak Sue kat rumah, esok kalau dah sambung belajar tak tahu lah.. sunyi rasanya.. Kebanyakan kerja rumah Kakak banyak membantu. Kakak memang sendari kecil tak banyak kerenah dan masalah. Memang sejuk hati kami.. teruskan lah macam nie ya nak..

Happy Birthday Kakak

Sempena birthday Kakak hari nie kami sekeluarga dah plan kejutan untuk Kakak. Kak Sue dan Abang Man senyap-senyap ke Melawati Mall nak tempah tempat makan di restoran Korea Soopong untuk Kakak. Kakak memang peminat drama dan artis Korea, sampai ibu sekali lah terjebak drama Korea dah.. hahaha! Jadi pada hari istimewa nie, kami nak gembirakan hati Kakak. Lagipun Kakak mahupun kami belum pernah lagi rasa masakan Korea nie. Semoga hari ini menjadi kenangan manis dalam hidup Kakak.. Nanti nest entri Kak Sue kongsikan cerita Restoran Sopoong pula ya.. tunggu!

Happy Birthday Kakak

Kak Sue juga ada buat tempahan kejutan dari mak su Kak Sue, dari Gift Valet perkhidmatan kejutan hari jadi. Yang nie pun gigih Kak Sue planning dengan Mak Su Kak Sue, Alhamdullilah menjadi kejutan kami, terima kasih ya Cu! Nanti Kak Sue kongsikan juga perkhidmatan kejutan dari Gift Valet juga ya. Sekali sekala kan kita belanja lebih sikit untuk kegembirakan hati anak-anak. Dapat pahala tau, rezeki pun bertambah murah. Tak percaya cuba korang belanja keluarga keluar makan sekali-sekala, lepas tu mesti ada rezeki lain masuk tau. Alhamdullilah, akhirnya selesai sudah semua birthday plan Kakak hari nie. Ibu puashati sangat tengok Kakak tersenyum bahagia.. Sekali lagi, Happy Birthday Kakak, kami sentiasa sayangkan Kakak.. muah!

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue berpeluang ke Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid beberapa hari lepas. Memula Kak Sue tertanya-tanya juga restoran konsep apa ya Dairy Tooth nie kan, nama unik sikit kan. Bila google rupanya restoran atau cafe Hong Kong Style yang menyediakan minuman dan snek yang ada bermacam pilihan. Jom Kak Sue cita kat korang jom..

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid

Selain outlet di Sunway Pyramid, Dairy Tooth juga mempunyai outlet yang lain di Berjaya Time Square dan Jaya One. Sunway Pyramid merupakan outlet mereka yang ketiga. Wah dah yang ketiga outlet rupanya ya. Kak Sue baru nak tahu, ketinggalan betul! Korang kalau jalan-jalan jangan lupa singgah dan cuba Dairy Tooth Ice House nie tau di Sunway Pyramid. Kalau dah lapar sangat sementara nak makan makanan berat boleh lah makan snek nie dulu, anak-anak pun mesti suka..

Sesuai untuk semua peringkat umur juga sebab snek lembut sangat tau dan bagi penggemar teh atau waffle, puffs dan roti korang mesti kena cuba sebab snek kat sini lain dari yang lain. Bukan setakat teh aja tau, ada disediakan minuman ringan lain juga. Kadang ada yang tak minum teh boleh pilih minuman lain jangan risau.. Jom tengok beberapa pilihan yang ada di Dairy Tooth nie jom..

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Signature HK Milk Tea

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - pilihan minuman ringan yang lain

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Polo Bun

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Chocolate Egg Puffs

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Original HK Egg Puffs

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Peanut Butter Waffle

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Selamat mencuba 
Antara Signature HK ialah Milk Tea dan DK Original HK Egg Puffs disamping pilihan menarik yang lain. Harga pun sangat berpatutan dengan layanan yang mesra. Korang boleh ja nak makan situ atau nak tapau sambil jalan-jalan. Ingat teh, ingat Dairy Tooth.. selamat mencuba korang.. papai!

Dairy Tooth 
1st Floor, Orange Atrium
F1. KA2 , Sunway Pyramid
Near to Maxis

Facebook

Instgram


Deko Pokok Bunga Pula

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi hobi baru Kak Sue pula nie, sebenarnya bukan hobi baru pun. Cuma hobi lama menjelma kembali.. ha gituuuu! Hahaha.. Sebelum nie Kak Sue kongsi dengan korang kat sini pasal deko-deko sikit kan. Bila Kak Sue dok intai kat Instgram tu Kak Sue nampak lah kebanyakan rumah yang Kak Sue suka dengan deko depa tu, ada selit deko pokok-pokok bunga menghijau dalam rumah.. Nampak cantik dan tenang aja.. suka sangat! Jadi Kak Sue pun nak mula juga hobi baru nie koleksi dan deko pokok bunga pula..

Deko Pokok Bunga Pula
Deko Pokok Bunga Pula

Hobi Baru Deko Pokok Bunga Dalam Rumah Pula

Sebenarnya sebelum nie masa Kak Sue baru-baru bernikah dengan Abang Man, Kak Sue dah mula minat nak tanam pokok bunga juga. Masa tu kami tinggal di flat Pandan Perdana, jadi kat ruang luar tu Kak Sue tanam lah pokok-pokok Kaktus. Senang kan nak jaga, tak siram air setiap hari pun pokok masih okay. Kak Sue suka pokok yang mudah penjagaannya. Masa balik berpindah ke kampung halaman Abang Man pun Kak Sue ada tempat khas tanam pokok-pokok bunga Kaktus dan beberapa pokok bunga lain. Kak Sue nie semua suka yang mudah, tak suka rumit-rumit.. susah-susah! Baik memasak ka, mendeko ka, menanam ka, berkawan ka suka yang mudah, yang rumit kita tinggalkan.. hati pun tenang, tak gitu.. ehehe..

Berbalik pada hobi baru Kak Sue nie, beberapa hari lepas Kak Sue dah pergi usha satu nursery berdekatan dengan rumah. Macam jadi gila kejap sebab ada beberapa pokok bunga hijau yang Kak Sue berkenan tapi penjagaannya kena jirus setiap hari. Kan tak lama lagi kita nak sambut raya haji, planning tu nak balik kampung. Tak dapat lah nak beli dulu kan.. jadi Kak Sue beli sepokok aja dulu macam gambar kat atas. Tu belum siap tu, nanti bila dah siap Kak Sue kongsi kat sini.. Deko dapur pun belum siap lagi korang, dah deko pokok bunga pula.. kahkahkah! Tunggu tau, nanti Kak Sue kongsi kan semua kat sini..

Beberapa hari nie macam sibuk sikit, dengan berniaga dan event. Jadi kat rumah nie nak mendeko tu kena sambil-sambil. Bahan nak mendeko pun belum cuckup lagi semua. Nasib baik lah Abang Man dan anak-anak pun tak kisah dengan minat Ibu nie. Ada juga depa bantu-bantu. Apapun tunggu nanti bila dah siap semua Kak Sue kongsikan ya, setakat nie dulu kali nie.. jumpa lagi, papai!



Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Sempena bulan kemerdekaan kita pada bulan Ogos nie kan, macam-macam program di adakan. Kebanyakkan restoran atau hotel mengadakan program bagi menyambut bulan kemerdekaan. Begitu juga dengan Hotel Grand Bluewave Shah Alam, turut mengadakan program Malaysia Day Hi-Tea pada 16 September 2017 di Restoran Royal Songket. Kalau tak ada plan boleh lah korang bawa family datang makan-makan kat sini. Ada banyak pilihan menu yang menarik dan sedap belaka..

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel BlueWave Shah Alam

Macam yang Kak Sue kongsikan dengan korang kat atas tadi, Restoran Royal Songket akan mengadakan promosi Malaysia Day Hi-Tea bermula dengan RM68.00 bagi orang dewasa, RM55.00 bagi warga emas dan RM35.00 bagi kanak-kanak. Korang boleh menjamu selera bersama keluarga atau kawan-kawan bermula dari 12 tengahari sehingga 4 petang

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Jom Kak Sue nak kongsi antara menu yang disediakan. Antara pembuka selera yang akan dihidangkan ialah pilihan sandwich, pilhan keju bersama keropok, Cold Chinese Salad of teh Day, Sotong Kangkung Padang Kota dan bermacam pilihan lain lagi. Untuk hidangan panas korang boleh cuba Sup Cendawan, Sup Ekor Asam Pedas dan pilihan Rolls and Butter


Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Untuk promisi yang sama Restoran Royale Songket menawarkan hidangan masakan panas seperti Laksa Johor, Itik salai Masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin Masak Tempoyak, Burasak dan bermacam pilihan lain lagi. Pihak hotel juga menawarkan live Show Kitchen iaitu Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper, Kuah Kacang Dan Otak-Otak Kempas.

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Untuk kanak-kanak pula pihak hotel menyediakan Fish Finger with tartare sauce, Golden Chicken Nugget dan bermacam pilihan lain lagi. Akhir sekali untuk pencuci mulut ada bermacam pilihan French Pastries, pilhan bermacam jenis buah-buahan, stall ABC dan bermacam pilihan pencuci mulut yang lain. Haaaa.. menarik kan menu sempena Malaysia Day Hi-Tea nie kan.

Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Malaysia Day Hi-Tea di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Korang jangan kepaskan peluang datang ke sini tau. Untuk detail lebih lanjut macam biasa korang intai kat bawah nie okay.. Selamat menjamu selera..

Malaysia Day Hi-Tea
@ Restoran Royal Songket
Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Alamat
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Harga :
RM68.00 ++ (Dewasa)
RM55.00++ ( Warga Emas )
RM 35.00 ++ ( Kanak-kanak )

Tarikh
16 September 2017 (Khamis) 

Masa
12.00 tengahari hingga 4 petang

No Telefon
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

Kenangan Sukan SEA 2017

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Beberapa hari lepas kami berpeluang lagi berniaga di kiosk Stadium Shah Alam, Alahmdullilah. Tinggal berbaki beberapa game lagi yang akan berlangsung disini. Apapun kami sekeluarga bersyukur masih diberi peluang dan rezeki berniaga di kiosk Stadium Shah Alam sempena Sukan SEA 2017. Masa dah habis berniaga dan kami bergerak keluar ke stadium Kak Sue ternampak cawan gambar Sukan SEA di kiosk 100 Plus, macam menarik lah pula kan. Teringat pula nak belikan untuk anak-anak sebagai kenangan sukan SEA 2017. Bukan setakat kenangan berniaga di Sukan SEA tapi ada barang yang boleh kita ingat suatu hari nanti kan..

Kenangan Sukan SEA 2017

Agak kelam kabut juga sebenarnya masa pertama kali kami berniaga untuk Sukan SEA nie, sebab dapat peluang pada masa yang sangat suntuk. Maklumlah penyediaan barang berniaga nak kena sediakan seawal pagi, kami dapat tahu boleh berniaga dah petang dah.. Nasib baik lah semua berjalan lancar, syukur dengan rezeki yang Allah dah tetapkan pada hari tu.. Dah terpilih sebagai salah seorang peniaga pun dah cukup syukur dah..


Harap untuk game yang masih berbaki kami masih dapat peluang berniaga lagi di stadium Shah Alam. Maklum lah kali nie undang-undang untuk peniaga lebih ketat daripada biasa. Sukan SEA adalah satu acara besar kan, nanti kalau ada perkara yang berbangkit nama Malaysia bakal terpalit sekali. Sebelum nie pun rasa macam ada juga isu kan, Kak Sue pun tak ada ambil tahu sangat. Cuma dengar Abang Man berkongsi masa kami berbual santai hari tu. Semoga kami masih diberi peluang dan rezeki nanti.. aamiin ya rabb.. !


Jom ke Booth Traveloka di KL2017

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Sekarang nie negara kita, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA 2017 dan telah dirasmikan pada 19 Ogos 2017 baru-baru nie di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Sukan SEA nie juga akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 Ogos nanti dengan berbagai acara yang telah disusun mengikut jadual. Sukan SEA ke 29 nie juga dikenali dengan  Kuala Lupur 2017 iaitu KL2017. Negara peserta adalah semua ahli Perseketuan Sukan Asia Tenggara ( SEAGF ) iaitu Brunie, Filipina, Indonesia, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan negara kita sendiri Malaysia. Dan paling menarik Traveloka adalah salah satu sponsor untuk sukan SEA kali nie, juga ada kempen dan aktiviti menarik yang disedikan oleh Traveloka. Haaa.. menarik kan.. kalau korang nak tahu Jom ke Booth Traveloka di KL2017 jom..

Jom ke Booth Traveloka di KL2017
Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Traveloka Penaja Emas Sukan Sea 2017

Sebagai penaja Emas Sukan SEA 2017, bersama dengan penaja lain akan membuat acara nie menjadi satu kenangan pada orang ramai. Kenapa.. sebab Traveloka akan melancarkan kempen dan aktiviti di Booth Sukan SEA untuk semua yang datang ke sana.. haa.. best kan? Bagi yang belum tahu meh Kak Sue nak kongsikan kat sini Traveloka nie kan adalah sebuah laman E dagang pelancongan yang menyediakan perkhidmatan termurah ke semua destinasi dan juga tawaran hotel dengan harga istimewa yang sangat menarik.. best kan! Juga merupakan Officila Online Travel Partner bagi Sukan SEA kali ini. Jom Kak Sue nak konsgikan pasal kempen yang akan di adakan oleh Traveloka nie jom..

Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Kempen utama akan diadakan pada permulaan Sukan SEA Hello Malaysia ! dan Go S.E.A. ! Kempen utama ini akan memberi peluang perjalanan seumur hidup tau. Menarik kan! Untuk Hello Malaysia! Traveloka akan membawa korang ke serata Malaysia secara lebih dekat. Kak Sue pun belum habis lagi jelajah satu Malaysia nie. Manakala untuk kempen Go S.E.A. ! pula akan membawa korang ke tempat-tempat menarik di Asia Tenggara. Yang nie pun Kak Sue belum pernah pergi juga..

Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Selain dari kempen utama tadi Traveloka juga menganjurkan pertandingan menarik dan tawaran untuk penerbangan dan hotel di booth mereka di Stadium Bukit Jalil. Korang boleh sertai ;photo booth'dan play card contest dan berpeluang memenangi hadiah -hadiah berjumlah sehingga RM200,000 tau! Menarik sangat kan. Selain dari tu korang boleh makan-makan di on ground booth dan live feed akan upadate setiap acara Sukan SEA yang berlangsung. Tunggu apa lagi, jangan lupa singgah ke booth Traveloka nanti tau.. korang juga boleh download secara percuma aplikasi Traveloka di Google Play atau App Store





Laksa Batu Kurau Lagi

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Laksa Batu Kurau lagi hari nie.. rasanya dalam sebulan tu wajib kut Kak Sue masak laksa kat rumah nie. Semua keluarga Kak Sue suka sangat makan laksa, kecuali Abang Man. Bukanlah Abang Man tak makan langsung cuma tak berapa gemar. Jadi kalau masak laksa tu, kena ada masak nasi dan lauk lain untuk Abang Man kan. Masak lauk ringkas pun okay dah, Abang Man tak cerewet orangnya, senang betul nak jaga.. hihihi..


Laksa Batu Kurau Lagi

Kak Sue termasuk anak-anak memang pengemar laksa, kalau ada laksa tak makan nasi pun tak apa dah. Cuma sejak meningkat umur nie dah kurang sikit dah makan laksa berlebih-lebih nie. Bukan apa kadang makan lebih sikit takut sakit urat. Pada anak-anak pun Kak Sue pesan juga kena makan juga nasi sikit takut nanti angin perut kan.. Nanti kalau dah berangin perut satu hal pula..

Angin ka laksa nie.. Kak Sue pun tak pasti sebenarnya. Ada yang kata angin sebab laksa tu sendiri, di masak dua kali. Ada yang kata sebab bunga kantan berangin. Sebab tu Kak Sue sekarang nie bila masak laksa letak halia dalam seinci atau dua inci. Risau juga kalau badan berangin nanti habis sakit-sakit badan kan.. tak sanggup takut sakit urat.. huhuhu..

Apapun sambil Kak Sue sembang kat sini, Kak Sue rancang nak berniaga balik Laksa Batu Kurau nie. Ada juga pendapatan sambilan kan, ala bukan nak kena pergi jauh. Depan rumah aja pun, senang kan tak ada alasan lagi malas nak cari duit lebih. Zaman sekarang nie nak kena gigih sikit cari duit lebih, sekarang semuanya mahal. Petrol pun asyik naik harga aja, betul-betul buat rakyat tertekan... Kadang tak tahan sabar juga kita kan.. hermmm..

Nanti kalau Kak Sue dah mula buka gerai, akan dikongsikan kat sini. Korang yang berdekatan dengan area rumah Kak Sue jangan lupa singgah nanti tau. Selain laksa mungkin ada menu lain lagi juga. Sekian dulu sembang-sembang kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue sempat menghadiri majlis pelancaran Jualan Mega e-dagang Shopee beberapa hari lepas. Apa yang menarik Shopee online bakal mengulangi Hari Membeli belah Dalam Talian 9.9yang mula diperkenalkan pada tahun lepas. Tahun nie Shopee menjanjikan tawaran yang lebih besar dengan sokongan ribuan usahawan dan juga ribuan produk yang akan dipromosi melalui kempen Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online. Teruja kan bila dengar ada jualan terendah nie kan.. Kak Sue pun sama juga nie korang..

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

Tahun nie Shopee menawarkan ribuan produk dari 20 kategori dengan jaminan harga terendah di pasaran. Apa yang lebih menarik Shopee beri jaminan kepada semua pembeli jika terjumpa tawaran yang lebih rendah di platform lain, pihak Shopee akan ganti rugi pada kadar 120%. Dalam masa yang sama, dengan insentif berterusan oleh Shopee termasuklah Program Penhantaran Percuma Seluruh nagara dan bayar Waktu Terima (Cash On Delivery / COD). Haaa.. menarik sangat kan..

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Dari segi pengguna pula, pembeli boleh membeli jenama kegemaran tanpa was-was akan kualiti produk tersebut dan pada masa yang sama menikmati penjimatan Penghantaran Percuma dan Komisyen Sifar. Kempen Hari Membeli Belah Dalam Talian 9.9 ini juga membariskan jenama seperti Nivea, Unilever, ESHU, Super, Watsons, L'Oreal dan banyak lagi dengan promosi sehingga 90% potongan harga.. amboi banyaknya potongan harga kan..

Kemuncak Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9

Antara tawaran istimewa lain dari Shopee ialah kemuncak Hari Membeli-belah dalam talian 9.9 dimulakan dengan


Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Murah Merdeka Shopee - bermula pada 28 hingga 30 Ogos, dengan potongan harga sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60

Spin The Whell - bermula 1 hingga 9 September 2017 dengan pembelian di Shopee pembeli berpeluang mendapat hadiah misteri

Top Selling Lowest Price Guaranteed - bermula 22-25 Ogos dengan jenama kegemaran dan popular dengan jaminan harga terendah!

The Golden Circle - bermula 1 hingga 4 September, pembeli Shopee bakal berpeluang memenangi tiket wayang perdana Kingsman : The Golden Circle

Best of 9.9 - bermula 9 hingga 11 September Shopee menawarkan potongan harga sehingga 90% ke tas produk dan juga terhad pada 9 September sahaja, Upsized Shocking Sale (Shocking Sale Berganda) akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Telefon Bimbit & Gadjet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah & Perabut dan Produk Berasakan Kesihatan & Kecantikan pada harga terendah. Bermula pada 9 September dari 12 tengah malam hingga 11 September 11.59 malam.. Haaa.. banyak masa tu kan, boleh lah shopping sakan nanti kan..

Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online
Jualan Terendah Bersama Shopee 9.9 Online

Pilihan Hadiah Lain Untuk Pembelian dari Shopee

Ada lagi pilihan hadiah lain untuk pmebelian dalam talian Shopee nie, amboi banyak betul kan yang menarik menerusi kempen Shopee kali nie. Antaranya menerusi ushasama dengan KFC setiap pelanggan yang membuat belian dari 22 Ogos hingga 9 September akan menerima ketulan ayam KFC (KFC Nuggets) percuma dengan setiap penghantaran KFC

Pada 9 September, KFC akan meraikan ulang tahun Colonel Sanders dengan memberikan kombo 2 ketul ayamkepada setiap pengguna berdaftar ke -9 pada tarikh tersebut

Pada hari yang sama juga, Petronas akan melancarkan Kad Hadiah Edisi Terhad Petronas x Shopee bernilai RM50 pada harga RM45 (terhad untuk 3,000 unit dijual secara dalam talian) manakala 9,000 unit kad hadiah akan dijual di stesen Petronas seluruh negara pada harga RM50 dan disertakan dengan baucar bernila RM5

Hari Membeli-belah Dalam Talain 9.9 Shopee juga disokong oleh CIMB, Public Bank dan RHB Bank dengan potongan harga tambahan sehingga 10% bagi semua pemegang kad kredit

Untuk maklumat lanjut  boleh layari Shopee.com.my/99 atau boleh muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store

#ShopeeMY99






Viewing all 1444 articles
Browse latest View live