Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all 1417 articles
Browse latest View live

~Cuti-Cuti Ke Pulau Pangkor..~

$
0
0
Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak bercerita percutian Kak Sue ke Pulau Pangkor yang pernah Kak Sue datang berbulan madu beberapa belas tahun yang lepas.Lama gila kannn..Teruja aje bila nak throw back..hamboi trow back giteww..muahahaha..Sebenarnya sebelum ke Pulau Pangkor kami singgah ke Cameron Highland dulu,memandangkan Kak Sue dan anak-anak belum pernah ke sana lagi.Kami sampai di Lumut agak lewat malam dan memutuskan nak bermalam dulu di Lumut.Esok pepagi lagi anak-anak dah excited nak ke Pulau Pangkor pepagi lagi dah bangun dan sibuk packing barang-barang.Selepas check out,kami sarapan dulu dan terus gerak ke pulau.


Anak-anak Kak Sue memang paling excited sangat,naik bot relaks je..Ibu nie ha,gelabah semacam..semuanya takut kalau Ibu depa nie ehehe..Sampai sana ambik van dan terus ke tempat penginapan.Kali nie kami memilih untuk menginap di Pangkor Bayview Beach Resort.Tempat agak selesa dekat dengan tempat makan dan menghadap ke laut..dan yang penting sekali ada kolam.Anak-anak Kak Sue memang suka mandi kolam..nahhh mandi la sepuas-puasnya nak..



Jalan-jalan pusing pulau waktu petang,sambil ambil angin dan melawat tempat-tempat tinggalan sejarah..Kota Lama dan Batu Bersurat..masih dalam keadaan terjaga..




Unik kan,Ikan Duri di awetkan untuk hiasan..Bermacam jenis ikan,size dan harga.Pilih je nak mana satu..Harga boleh di runding lagi..


Petang lagi mandi laut pulak..kasi can lah kan tak pernah merasa lagi anak-anak mandi laut.Ibu dan Abah feeling romantik la kejap..mengimbau kenangan berbelas tahun yang dulu..ehehe..





Sebelah malam kami makan malam di gerai tepi laut depan tempat kami nginap tu,not bad la..Semua fresh je,cuma servis agak lambat mungkin di sebabkan ramai orang kut..is hokay la kan..janji makanan sampai jugak..

Hari kedua kami sekelurga naik bot ke Coral Island.Pulau kecik ja untuk bersantai-santai,berehat nak snorkling pun boleh..Kak Sue is takut berenang kut tepi-tepi aje..ehehe..Janji dapat main air..


Dah siap mandi manda kat Coral Island,kami pun check out tengahari tu dengan rasa yang sangat happy..wah gituuu kooo!!!Anak-anak memang seronok dan mintak bercuti ke pulau lain pulak lepas nie..InsyaAllah kalau ada rezeki,pasti ke pulau atau tempat yang lain pulak.Dah sampai jeti,jalan-jalan lagi beli buah tangan nak bawak balik ke rumah..
Permandangan kat Jeti Lumut waktu sebelah petang..cantik kan..Semoga jumpa di percutian Kak Sue yang lain,jangan jemu singgah blog Kak Sue ye..Jumpa lagi..Papai!!


~Kelapa Laut Man Java..~senarai peniaga 2015..

$
0
0
Assalamualaikum semua,berikut adalah senarai peniaga-peniaga Kelapa Laut Man Java 2015 .Untuk pengetahuan semua,sebagai peringatan bersama setiap SATU kawasan/pasar malam/pasar ramadhan hanya di benarkan SATU  produk sahaja ye.Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan di masa akan datang.Nanti ada yang tak puashati la,bergaduh la,tak mau macam tu ye,kita nak semua sama-sama cari rezeki,sama-sama merasa.Pihak kami juga tidak akan bertolak ansur jika mendapati produk Kelapa Laut Man Java telah di ubah rasa dan nama,pandai-pandai nak ubah rasa dok tokok tambah itu ini,dok ubah nama kenkonon korang punya produk,siappp!!ehehee..bagi tau awal-awal nie..dengan itu perkhimatan dari pihak kami yang membekalkan  produk Kelapa Laut Man Java akan diberhentikan SERTA MERTA.Walau dok celah mana kalau dapat tau,memang akan di berhentikan serta merta,ingat tu ye..Sekian harap maklum,nanti jangan kata tak ada bagi tau pulak ye.Terima kasih pada semua yang berurusan dan sentiasa menyokong kami.Semoga di murahkan rezeki kita semua ye..

~SENARAI PENIAGA KELAPA LAUT MAN JAVA 2015~
PENANG
Pasar Ramadhan USM~Poji
Pasar Ramadhan Desa Murni~Poji
KEDAH
Pasar Ramadhan Kota Kenari~Poji
PERAK
Depan Masjid Batu Kurau ~Tina/Wan
Pasar Ramadhan Teluk Intan~Erman
Menara Condong Teluk Intan~Ina
SELANGOR/KUALA LUMPUR
Pasar Ramadhan Sabak Bernam~Zul
Kedai Buah Banting,Klang~Azhar Musa
Pasar Ramadhan Meru~Fauzi
Pasar Ramadhan Puchong~Din
Pasar Ramadhan Bandar Baru Selayang~Jefry
Pasar Ramadhan Bandar Tasik Puteri~Man Java
Pasar Ramadhan Rawang~Ejay
Pasar Ramadhan Damansara Damai~Sharifah
Pasar Ramadhan Taman Ehsan~Zarul
Cheras*update later kat mana*~Ina
NEGERI SEMBILAN
Pasar Ramadahn area Gemas~
JOHOR
Seluruh Johor~Jai Chaw Kuew Teow
Pasar Ramadhan Batu Pahat ~Zul
PAHANG
Shah*update later kat mana*


*nama dan kawasan akan di up date dari masa ke semasa*TQ semua..

Untuk yang berminat dengan produk Kelapa Laut Man Java boleh hubungi di nombor berikut
Kelapa Laut Man Java
Nombor tel
Man Java~ 012 5854998/012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

~Tetamu Di Hujung Minggu..~

$
0
0
Assalamualaikum,Selamat hari minggu semua..buat apa hari nie?Seronok kan dapat menghabiskan masa bersama keluarga bersempena cuti sekolah nie kan.Kak Sue tak kemana-mana pun hari nie,dari pagi tadi sampai malam dok melayan tetamu bertandang.Agak keletihan tapi seronok dapat berkumpul dan berborak bersama keluarga yang datang dari jauh.Hari nie Kak Sue masak menu lauk pauk yang simple aje untuk tetamu dan juga Laksa Batu Kurau untuk keluarga abang ipar dari Teluk Intan dan adik Kak Sue dari Taiping,Perak.Seronok tengok anak buah makan bertambah-tambah...Kata orang tua,tetamu datang bawak rahmat dan rezeki untuk kita..so jangan riso kalau tetamu rajin datang rumah kita ye..ehehe..






Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah),maka di murahkan Allah rezeki keluarga itu,dan apabila tetamu itu keluar,maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu.." (HR.Dailami dan Anas)

Terima kasih Abang Mas sekeluarga dan juga adikku Syuhaiza Handalah sekeluarga..sudi datang jengah rumah Kak Sue..Datang lagi ye lain kali..Papai..!


~Adik Menang Pertandingan Mewarna..~

$
0
0
Assalamualaikum semua,semalam ada Karnival Masjid di Masjid Besar BTP Bandar Tasik Puteri,di taman perumahan Kak Sue nie.Adik anak bongsu Kak Sue pagi-pagi dah bangun beriya nak sertai aktiviti yang di sediakan di masjid,walaupun Adik tak berapa nak sihat sebenarnya.Salah satu aktiviti yang Adik sertai ialah pertandingan mewarna.Seramai 22 orang murid yang menyertai pertandingan mewarna dari pelbagai peringkat umur dan jantina.Sebelum pertandingan mewarna ada sesi taklimat serba sedikit untuk anak-anak yang menyertai pertandingan mewarna itu.






Pertandingan bermula lebih kurang pukul 9.30 pagi tapi Adik agak terlewat menyertai pertandingan sebab Abah nak selesaikan kerja Abah sikit dulu.Adik pun rasa macam down dah,bila tengok kawan-kawan dah mula mewarna.Nasib baik Abah cepat-cepat bagi semangat kat Adik..tak apa Abah temankan Adik mewarna kata Abah..bersemangat lah Adik mewarna.Akhir pertandingan  semasa di umumkan pemenang tak sangka pulak Adik menang tempat kelima,apalagi senyum sampai telinga la Adik..Tahniah anak Ibu..I'm proud of you dear..keep it uppp..!!



~Kelapa Laut Man Java..~penghantaran Ke Kota Puteri..

$
0
0
Assalamualaikum,jumpa lagi kita..hari ini ada penghantaran  Pati Kelapa Laut Man Java lagi,kali ini ke Kota Puteri,Selangor.Allhamdullilah sentiasa ada oder masuk,baik repeat order atau new order.Terima kasih pada para pelanggan yang sentiasa mempercayai perkhimatan dan produk kami.Semoga kita semua sentiasa di murahkan rezeki dan di mudahkan semua urusan kita ye..Pada yang berminat untuk mendapatkan produk kami boleh hubungi seperti yang tertera di bawah ini.
*Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk anda juga boleh klik DI SINI *

KELAPA LAUT MAN JAVA
Man Java
012 5854998/012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com
Terima Kasih.

~Jom Sihat Bersama Kak Sue..~

$
0
0

Assalamualaikum,Selamat pagi..hari nie Kak Sue bersemangat nak temankan anak dara Kak Sue dan kawan-kawannya berjogging.Pepagi lagi kami dah sampai di Puteri Central Park ramai juga orang yang datang berjogging kat sini rupanya.Kami mulakan dengan memanaskan badan dengan senaman ringan,lepas tu lari-lari anak..eceh wah lari anak kooo..ahahaha,empat pusingan,dah semput rasanya Ibu nie ha..Rasa badan sangat sihat dapat mengeluarkan peluh dan menghirup udara segar di pagi hari..haaa,gituuuu!!



InsyaAllah akan jadi rutin tiap minggu kut nanti,sambil beriadah dapat berborak-borak dengan anak dara hakak nie ha..Jommm sihat bersama Kak Sue..Jumpaaa di PCP lagi nanti ye..,Papaiiiii!!

~Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang 2015..~

$
0
0
Assalamualaikum semua,tak lama lagi Ramadhan bakal menjelang tiba.Sudah menjadi kebiasaan kita sesekali nak berbuka puasa di luar bersama keluarga dan kawan-kawan kan.Bagi mereka yang mencari Buffet Ramadhan untuk berbuka puasa,di Dorsett Grand Subang ada menyediakan dengan dua pakej pilihan buffet iaitu Selera Bonda yang menyediakan masakan melayu dan 10 gerai manakala Iftar @ Teraz Brasseri pula menyediakan sajian menu masakan tempatan dan antarabangsa.Promosi Ramadhan Buffet di Dorsett Grand Subang bermula 6.00pm hingga 9.30pm.Anda juga boleh membuat tempahan awal untuk mendapatkan diskaun sehingga 25% dan harga buffet pula adalah seperti berikut..

BUFFET RAMADHAN DORSETT GRAND SUBANG
Pakej Selera Bonda~RM140.OO Nett seorang
Pakej Iftar @Terazza Brasserie ~ RM150.00 Nett seorang


Hidangan buffet Ramadhan di sini terdiri dari pelbagai jenis hidangan,salah satu hidangan utama adalah Sup Gear Box yang sedap dan rasanya yang istimewa.Antara menu pilihan istimewa yang lain pula ialah Nasi Briayani Gam Ayam,Satay Ayam/Daging,Kambing ,Muratabak Ayam dan pelbagai lagi pilihan menu yang menyelerakan..pilih aje yang mana satu pilihan hati.







Untuk pencuci mulut pula ada pelbagai pilihan seperti Puding Roti,Pengat Keledek,Kuih Muih,Jeli Buah-buahan dan bermacam pilihan lain lagi.Tak lupa juga untuk anak-anak ada pelbagai pilihan ais krim.. 





Sambil berbuka pengunjung akan di hiburkan oleh selebriti terkenal Jaafar Onn,Maya dan Haiza dengan nyanyian lagu asli melayu.Tetamu juga turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Menarik kan...mana tau rezeki kita,dapat makan,dapat cabutan bertuah lagi..tak ada di tempat lain tau..

Untuk tempahan dan pertanyaan
03-5031 6060 ext 1912
Email~ info.subang@dorsetthotels.com
Web~ dorsethotels.com/malaysia/subang






~SOHO ..Opis Comey Di Rumahku..~

$
0
0

Assalamualaikum,selamat petang semua..Hari nie Kak Sue datang mood rajin nak mengemas SOHO Opis Comey Kak Sue kat rumah nie.Tau dak apa benda SOHO tu,ia di panggil small office,home office ..gitew.Fefeling pejabat di rumah gitu..miahahaha!!Dah tak tertahan rasanya mata nie dok tengok buku-buku dan kertas kerja berlonggok atas meja.Dengan berabuk sakannya,MasyaAllah..sakit je mata tengok.Bila dah kemas dan bersih baru la rasa selesa dan semangat nak buat kerja dan berblogging..Kak Sue memang pantang tengok rumah atau benda bersepah dan berabuk nie,sakit kepala dan stress menyerang,kang nak moody je kerjanya...ehehe..
~Gambar Family Tersayang~ jadi peneman setia..
~Rak ..~untuk koleksi majalah masakan dan buku kesayangan..~
InsyaAllah,niat nak tambah board kat ruang yang kosong kat dinding untuk reminder event atau job berniaga Kak Sue nanti..jadi nanti boleh refer kat situ je kan.Kadang list customer ntah ke mana perginya.Hencik Shubenku mana nak simpan semua tu,hakak jugak yang selalu dok update dan buat list.Maklumlah Kak Sue nie kiranya bahagian marketing dan PA pada Hencik Shuben Kak Sue tu lah..ehhehe..Selain pada tu Kak Sue plan nak tambah pewangi untuk extra mood bila Kak Sue buat keja kat SOHO Kak Sue nie nanti.Hamboiiii.. beriya baq hang..!!Kalau tak rajin up date entry blog dan tak siap list customer tak tau la kan...hahahaha..Jom kita pakat hias Opis Comey Di Rumah..kita,Jumpa lagiiiii,Papaiii!!!


~Masak Lemak Nangka Ceker~

$
0
0

Assalamualaikum semua,busy betul Kak Sue hari nie melayan tetamu yang datang dari jauh.Pepagi dah keluar ke pasar mencari bahan yang nak di masak untuk makan tengahari hari ini.Hari nie Kak Sue masak Gulai Lemak Nangka Ceker yang Kak Sue campurkan sekali dengan ceker.Tau tak ceker tu apa korang?Dalam bahasa jawa ceker tu kaki ayam..ehehee..Sedap bila ratah rasa kenyal-kenyal je.Dulu masa anak dara hakak tak makan hokay,udah kawin nie pulak terjebak makan kaki ayam,sedappp owww!!Okay lah jom kita tengok resepinya ye..

Gulai Lemak Nangka
Bahan2nya:
2 peket Nangka muda
1 mangkuk Kaki ayam (agak2 la ye nak banyak mana)
1 1/2 biji Bawang besar *
4 biji Bawang putih *
1 inci Halia *
1 inci Kunyit *
12 biji Cili padi *
1 biji Kelapa parut (yang di ambil santannya)
1 batang Serai (di ketuk)
1 sudu Serbuk ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:
Nangka muda dan kaki ayam di potong,di cuci dan rebus sehingga lembut.Kemudian toskan
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan serai,nangka dan kaki ayam tadi
Masukkan santan tadi,gaul hingga mesra dan masak sehingga mendidih
Akhir sekali,masukkan garam dan bahan perasa..dah siap..

~Selamat Mencuba..Papaiii!!!~



~Free Movie Ticket GiveAway By RedBellas..~

$
0
0
Assalamualaikum,Kak Sue join lagi Giveaway..kali ini dapat hadiah tiket wayang tau,mana tau berpeluang menang kan..Jom join ramai-ramai..


~Tempoh GiveAway: 3 June 2015-11 June 2015~

~Keputusan Malaysia Vs Thailand 2015~Sea Game..

$
0
0

Assalamualaikum,Jumpa lagi..Kak Sue berkesempatan menonton Malaysia berdepan ke atas Thailand pada aksi ketiga peringkat kumpulan B acara bola sepak bersempena Sea Game di Stadium Bishan petang tadi secara langsung di TV9 .Serangan bertali arus di pintu gol pertahanan Malaysia pada petang tadi menyebabkan Malaysia tewas tipis 1-0  pada Thailand..Kekalahan Malaysia pada Thailand sekali gus menutup peluang Malaysia untuk beraksi ke peringkat akhir...

~Gempa Bumi Di Sabah..~

$
0
0

Assalamualaikum semua,Salam Jumaat..pagi ini kita di kejutkan dengan gempa bumi di Sabah dengan 6.1 skala richter di Barat Daya Ranau,Sabah.. semua masih berada dalam keadaan berjaga-jaga,mohon kita semua berdoa agar semua yang berada di Sabah berada dalam lindungan Allah dan selamat semua nya..aamiin Ya Rab..




~GiveAway Jun 2015 Oleh Bicara Mummy..~

$
0
0
Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak join GiveAway Bicara Mummy Sis Linda pulak,Selamat Ulangtahun Linda..support kengkawan kan,mana tau boleh menang salah satu hadiah lagi kali ini..ehehe..Mari kita join sesame  .. ;)


~Tarikh GiveAway~
5 Jun 2015 ~ 14 Jun 2015 (11.59 Malam)

~Pengumuman Pemenang~
19 Jun 2015
Jam : 3 .00 Petang

~Jalan-jalan Ke Kaison dan Romantika..~

$
0
0
Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue dan Abang Man ada kelapangan masa sikit,jadi hari nie dapat le Kak Sue bawak tetamu Kak Sue iaitu adik Kak Sue yang datang bercuti ke rumah Kak Sue bersempena Cuti Sekolah kali nie, pegi jalan-jalan cuci mata ke Kaison,Pradigm Petaling Jaya,kebetulan Kak Sue nak cari wall paper nak letak kat dapur Kak Sue tu..sambil cuci-cuci mata boleh la bawak mereka pusing-pusing kat mall tu kan..Kepada mereka yang memang suka mendeco rumah,tempat macam nie memang sesuai la sangat..Wall paper kat sini cantik-cantik dan harga pun boleh tahan le,tak ada la mahal sangat..selain tu ada bermacam lagi barang deco rumah,antaranya..carpet,langsir,pasu bunga,jam,bantal-bantal comel dan lampu kertas yang bentuk bulat tu pun ada..murah pulak tu..anak dara kak Sue sambar satu yang lampu bulat tu..








Selepas dah abis pilih barang mana yang berkenan,kami semua bergerak ke Romantika,Plaza Alam Sentrall pula,nak tengok hiasan bunga-bungaan dan pilihan gambar yang lebih menarik dan murah kat situ.Kak Sue selalu jugak lah datang beli barang kat sini..kalau datang sini memang rambang mata di buatnya.Kat sini pun sakan jugak dok memilih gambar yang menarik dan lain dari yang lain..dah puas memilih ke hulu ke hilir dan dah jumpa pilihan hati terus le pergi kauntert nak buat bayaran.Tak boleh lelama kat sini,kang semua nak di hangkutnya ehehee..Pada yang suka dengan deco rumah memang Kak Sue suggest datang ke dua-dua tempat nie,memang sangat berpuashati...

~Doa Yang Baik-Baik..~yang datang semua yang baik-baik..

$
0
0

Assalamulaikum,Selamat pagi minggu semua..semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..di beri umur yang bermafaat,rezeki yang murah dan berkat,kesihatan yang baik,anak- anak yang soleh dan solehah,baik akhlaknya..di temukan dengan orang-orang,dan kawan- kawan yang baik..di mudahkan tiap urusan kita di dunia yang sementara ini  mahupun di akhirat kelak.Mudahkan urusan orang lain,Insya Allah..Allah mudahkan urusan kita pula nanti..cakap yang baik-baik,buat benda yang baik- baik..insyaAllah yang datang pasti yang baik-baik belaka..~aamiin Ya Rab..

~Selamat Pengantin Baru Sue Izza Dan Eddy..~

$
0
0


Assalamualaikum,hari nie merupakan majlis perkahwinan bertandang sebelah pihak lelaki ahli #kelabbloggerbenashaari iaitu Sue Izza dan pasangannya Edy.Kak Sue doakan Sue dan Edy sentiasa berada dalam rahmat Allah,sabar dalam setiap dugaan dalam perkahwinan dan berbahagia hingga ke Jannah..Kak Sue berkesempatan menghadirkan diri ke majlis Sue tadi bersama geng #KBBA yang lain..Selamat Pengantin Baru Sue Izza..dan Edy..Welcome To The Club..ehehehe..






~Sepetang Di Puteri Central Park..~Bandar Tasik Puteri..

$
0
0
Assalamualaikum,bertemu lagi sekali kita..petang tadi Kak Sue berkesempatan bawak anak-anak dan keluraga adik Kak Sue ke Puteri Central Park,Bandar Tasik Puteri,Rawang.Ramai jugak orang petang tadi..nampak meriah pula dari biasa dengan berbagai-bagai aktiviti di adakan..Ada yang bermain di taman permaianan bersama keluarga,ada yang bermain bola,berbasikal,jogging dan ada perkhidmatan bermain buih gergasi dan menaiki kuda dengan bayaran yang telah di tetapkan.Anak-anak Kak Sue dah excited dah nak mencuba bermain buih gergasi dan menunggang kuda..so kasi can lah,cuti sekolah pun tak kemana- mana kan..ikutkan je lah..meh tengok gelagat mereka..




Dah letih main kat taman permainan,nak main Buih Gergasi pulak..siap beli tapau balik rumah lagi..







Lepas tu sebelum balik,kita naik kuda pulak pusing-pusing..best pulak Ibu tengok..ehehe..lain kali kita datang lagi ye..




Untuk yang berada berdekatan kawasan Bandar Tasik Puteri,Rawang nie boleh la datang sini tiap hujung minggu..pasti anak-anak suka dan seronok..jumpa lagi ye...,Papaiiiii!!!

~Info Fidyah..~

$
0
0
Assalamualaikum semua,tak lama lagi dah nak bulan puasa kan..untuk orang perempuan yang cuti puasa tahun lepas dah ganti puasa ke belum?Kalau belum masih sempat lagi nie,nanti kalau tak ganti kena bayar Fidyah pula hokay..Korang tau tak apa itu Fidyah?Fidyah adalah merupakan bayaran denda yang di kenakan pada orang yang tak dapat ganti puasanya pada bulan Ramadhan pada satu tahun,sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya..Hukum membayar Fidyah pula adalah WAJIB dan bila kita dah bayar Fidyah tak bermaksud kita tak payah dah ganti puasa tu..bukan ye,bukan sama sekali!!Puasa tu tetap WAJIB di ganti mengikut bilangan hari yang kita tinggal puasa tu tau..Kadar Fidyah pula,di kira berdasarkan harga beras semasa iaitu sebanyak satu cupak.Kadar tersebut berubah mengikut harga yang telah di tetapkan pemerintah di sesuatu tempat.Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin serta bukan berbentuk wang tunai,pakaian dan sebagainya.Untuk info lebih lanjut boleh klik DISINI





~Jom Sihat Bersama Kak Sue..~Joging lagi..

$
0
0
Assalamualaikum,selamat pagi semua..hari nie Kak Sue pegi joging lagi..seronok pulak hari tu,berjoging temankan anak dara..Rasa badan sihat je lepas joging..berpeluh sakan..Kadang seharian dalam rumah dok berkipas,berekon.. pun tak bagus jugak kan..sekali sekala kena beriadah kat luar rumah biar berpeluh sikit..Pepagi pun ramai jugak ibu-ibu sebaya Kak Sue yang datang sini,ada yang joging,ada yang senaman ringan,bermain badminton dan bawa anak-anak kecil bermain kat taman permainan kat situ..Kalau ada kawan-kawan yang berdekatan dengan Bandar Tasik Puteri,Rawang boleh lah join Kak Sue lain kali ye..Boleh kita joging sama-sama.. ehehe..


Kelapa Laut Man Java~Penghataran Ke Larkin,Johor..

$
0
0
Assalamualaikum semua,hari nie ada penghantaran Kelapa Laut Man Java ke Larkin,Johor untuk stok bulan Ramadhan nanti..Bermula minggu nie,Kak Sue dan Abang Man sibuk menguruskan penghantaran dan packing pati Kelapa Laut Man Java untuk order bulan Ramadhan nanti.Semua penghantaran akan di packing dan di hantar mengikut peringkat dan kawasan.Di minta semua peniaga-peniaga sila confirm kan order anda semua seminggu sebelum bulan Ramadhan ye..Harap dapat beri kerjasama dan pada yang berminat dengan produk kami boleh lah hubungi seperti yang Kak Sue sertakan di bawah.Untuk maklum balas lebih cepat sila whatsap di nombor yang Kak Sue sertakan tu ye,sekian..Terima Kasih semua..

Man Java Kelapa Laut
Man Java
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

 *Untuk info lebih lanjut klik DI SINI *
Viewing all 1417 articles
Browse latest View live