Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan -3

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue terima lagi Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan. Kawan yang seorang nie Kak Sue anggap lebih kepada adik dan keluarga sendiri. Kawan yang Kak Sue kenal bila Kak Sue berniaga beberapa tahun dulu. Kadang kalau kami tak jumpa, cukup lah bertanya khabar. Bukan setakat ilmu niaga ja kami berkongsi tapi ilmu akhirat yang selalu beliau kongsikan juga. Terima kasih Jemahku Fara dengan Hadiah Istimewa nie ya.. suka sangat..

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan
Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan

Selalunya kalau kawan Kak Sue nie pergi bercuti kemana-mana, beliau tak pernah lupa buah tangan atau hadiah istimewa untuk Kak Sue. Kadang kita tak harapkan pun hadiah istimewa dari seorang kawan, cukup lah doa dan ingatan untuk kita kan. Macam tu juga lah bila Kak Sue rungsing atau nak marah pada sesuatu perkara beliau akan beri kata nasihat yang positif. Lega dan reda sikit hati nie..

Kawan Kak Sue nie juga dah beberapa kali buat umrah bersama keluarga beliau. Seronok dan teringin nak macam beliau juga. Kata Fara, niat aja dalam hati Kak Sue nak ke sana, nak jadi tetamu Allah. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan dan rezeki tu akan ada nanti. Semoga ada rezeki juga untuk Kak Sue sekeluarga satu hari nanti.. sebelum Kak Sue menutup mata.. aamiin..!

Terima kasih sekali lagi ya Jemahku sayang, semoga Allah kurniakan segala yang baik-baik untuk awak sekeluarga. Semoga ukhuwah kita sekeluarga nie berpanjangan selamanya. Jangan lupa Kak Sue dalam setiap doa awak ya. Sayang selalu.. dunia dan akhirat..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444