Assalamualaikum, hai semua! Tahun nie lagi berapa hari kita nak sambut Hari Raya baru Kak Sue sempat nak kongsi gerai kami Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP. Acah busy betul kan.. hahaha! Tahun nie pun kami kat lorong tengah tapi kat depan lorong masuk pulak. Korang yang duduk area BTP atau kawasan berdekatan jangan lupa tau singgah Gerai Kelapa Laut Man Java nie ya..
![]() |
Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP |
Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP
Macam yang pernah Kak Sue kongsikan kat sini tahun lepas BTP nie nama singkatan dari taman perumahan yang Kak Sue duduk nie, Bandar Tasik Puteri. Rasanya sekarang ramai dah tau kut kat mana Bandar Tasik Puteri nie, kalau dari KL korang boleh ikut PLUS atau LATAR aja. Kalau ikut highway memang kurang sesak kalau nak banding ikut jalan biasa. Kut lagi ada yang teringin nak rasa Kelapa Laut Man Java kan.. hehehe..
Macam tahun lepas juga, selain Air Kelapa Laut Man Java ada pilihan air buah dan air lain juga. Antaranya Air Kedondong Asam Boi, Kelapa Muda, Kelapa Muda Lemon, Teh Bunga, Durian Belanda, Tembikai, Sirap Laici dan akhir sekali Air Sunquick. Jangan tak tau Sunquick nie memang ada peminatnya tau, ada tu tiap hari datang beli lagi. Lagi satu kami juga ada sediakan Kelapa Laut Man Java panas, pun ada peminat sendiri juga nie. Kak Sue tiap hari minum yang panas, tak ada lah rasa lesu sangat badan kan. Kadang yang sejuk jadi lesu badan.. hehehe..
Korang yang tinggal kawasan berdekatan BTP atau Rawang jemput datang singgah ya. Gerai kami beroperasi selepas Asar hingga waktu berbuka. Kami juga terima tempahan untuk berbuka puasa dan juga tempahan untuk rumah terbuka Hari Raya nanti. Selamat berpuasa semua, jangan lupa singgah ya.. papai!
Man Java Enterprise
Tempahan Air Balang
No Tel
Man Java
012-5854998 / 012-5844736
Email
skabdy@yahoo.com
Korang juga boleh singgah kat Gerai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java yang lain kat sini Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2018