Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah bulan Ramadhan tahun nie pun
Dapur Kak Sue beroperasi macam biasa. Walaupun sibuk nak keluar bantu berniaga di Pasar Ramadhan tapi Kak Sue masih sempat masakkan menu berbuka untuk keluarga. Terima kasih juga pada Kakak dan Alang yang bantu Kak Sue masak setiap hari. Ringan banyak kerja Kak Sue di dapur tau, Alhamdullilah. Menu di Dapur Kak Sue macam biasa lah lebih kepada lauk pauk kampung. Kuih muih Kak Sue beli ja..
![Dapur Kak Sue Dapur Kak Sue]() |
Dapur Kak Sue |
Menu Dapur Kak Sue
Menu di Dapur Kak Sue macam yang Kak Sue bagi tau kat atas nie tadi, biasanya lauk pauk kampung ja. Kak Sue dah jarang buat kuih muih atau kek dah. Kebanyakkan resepi yang Kak Sue kongsi pun menu yang ringkas dan cepat disediakan. Senang kan, boleh juga untuk ibu-ibu yang bekerja pun cuba resepi Kak Sue tu. Kadang kelam kabut balik kerja dah nak kena memasak pula kan..
Setakat hari nie Kak Sue masih lagi diberi peluang dan kesihatan untuk masak juadah berbuka untuk keluarga Kak Sue. Abang Man dan anak- anak lebih suka Kak Sue masak setiap hari, tak kisah walau goreng telur pun janji Ibu yang masak. Haaa.. sampai macam tu lah, tak nak makan lauk beli dah bila bulan Ramadhan nie. Jenuh juga la Ibu memikir apa nak masak setiap hari..
![Dapur Kak Sue Dapur Kak Sue]() |
Dapur Kak Sue |
![Dapur Kak Sue Dapur Kak Sue]() |
Dapur Kak Sue |
Sebenarnya ada juga Kak Sue beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan bila nak buat tambah-tambah lauk, cuma tahun nie belum ada rezeki lagi Kak Sue nak cuba dan beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan. Beberapa hari lepas ada juga kawan niaga Pasar Ramadhan hantar lauk-pauk kat gerai Abang Man. Meriah meja makan kami kat gerai Pasar Ramadhan.
Apapun pada korang yang tercari-cari resepi mudah dan cepat boleh la klik blog Kak Sue tau. Nanti Kak Sue kongsikan lagi resepi lain kat blog Kak Sue nie. Selamat mencuba korang.. papai!