Assalamualaikum, hai semua! Haa.. ada lagi entri makan-makan, hahaha! Biasa lah korang dekat-dekat nak puasa nie kan, sana sini hotel dan restoran akan iklankan apa yang istimewa akan disedikan untuk pelanggan depa kan. Jadi tanpa bercerita panjang, kali nie Kak Sue nak kongsi satu lagi pilihan untuk korang
Ramadhan Buffet Restoran Riverside di PWTC Berkonsepkan Pasar Malam. Dengan 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan ada disediakan dalam Ramadhan Buffet Restoran Riverside di PWTC Berkonsepkan Pasar Malam..
Ramadhan Buffet Restoran Riverside di PWTC Berkonsepkan Pasar Malam
Untuk tahun nie, Ramadhan Buffet Restoran Riverside di PWTC Berkonsepkan Pasar Malam nie akan mula ditawarkan dari 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 nanti. Peka tentang selera kita orang Melayu yang suka pada makanan yang ringkas dan pelbagai pilihan yang ada di bazaar atau Pasar Malam setiap kali tiba bulan puasa, jadi PWTC mengambil pendekatan dengan menyediakan menu-menu khas Pasar Malam dengan suasana yang selesa dan berhawa dingin. Dengan itu, korang tak payah dah bersesak dan berpanas sebab nak dapatkan menu-menu dari Pasar Malam.. Haa, menarik kan..
Malah, PWTC juga ada menyelitkan elemen-elemen pasar malam dalam hiasan gerai, pakaian pelayan dan Chef selain cara makanan yang akan dihidangkan nanti. Korang juga akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha Featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan nanti. Sambil makan boleh relaks-relaks dengan lagu kan..
Sekarang, jom kita tengok menu-menu pasar malam yang disediakan di 24 gerai makanan Selera Ramadhan di PWTC nie pula jom. Antara menu-menunya ada Apam Balik, Char KueTiau, Putu Piring, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Burger, Roti John, pelbagai pilihan kuih Melayu, Roti Canai dan Murtabak, Pisang Goreng, Cempedak Goreng, Keropok Lekor, Cucur Udang, Cucur Pisang, Satay, Yong Tauhu, Cakoi, Tauhu Bakar, Rojak dan Rojak buah serta Air Tebu dan Air Mata Kucing. Haaa.. menarik tak pilihan menu kat sini, lain dari yang lain kan..
Selain menu pasar malam nie kan, Chef PWTC yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari. Tak ada lah jemu kan dengan menu yang sama setiap hari, best!
Jom kita tengok gambar desert pulak jom..
Korang juga tak perlu risau dan boleh menjamu selera dengan tenang, sebab ada surau disediakan kat sini juga. Boleh solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah sekali dengan Imam di Surau Ar-Rahman, aras 3 PWTC. Untuk muslimah telekung pun ada disediakan tau..
Untuk korang yang berminat nak datang sini, macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie..
Restoran Riverside PWTC
Harga
Dewasa - RM88.00 nett
Warga Emas - RM75.00
Kanak-kanak - RM45.00
(7-12 tahun)
Harga Early Bird sebelum 16 Mei 2018
RM75.00 nett