Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1445

~Pulut Kacau (Wajik) Mak Terbaik..~

$
0
0

Assalamualaikum,masih berkisar dengan masakan dan air tangan Mak Kak Sue hari nie..Kak Sue memang susah sikit kalau beli kat luar tu,susah nak menepati selera Kak Sue.Hanya Masakan Mak dan suami je la yang menepati selera Kak Sue.Hari nie nak kongsi Pulut Kacau atau dengan nama lain Wajik.Setiap kali balik ke kampung Kak Sue,mak mesti bekalkan Pulut Kacau untuk Kak Sue bawa pulang.
Pulut Kacau atau Wajik merupakan makanan tradisional,iaitu beras pulut hendaklah di rendam dulu pada malamnya, dan keesokkan harinya boleh lah kita kukus sehingga lembut.Sesudah itu,boleh lah di masak dengan gula dan santan.Kacau sehingga pekat,jangan lupa masukkan daun pandan untuk mendapat aroma pandan tu...wangi je bau.Dah siap masak boleh la kita masukkan pulut ke dalam bekas untuk di sejukkan,dah siap dah.Kata Mak mudah aje nak membuatnya,cuma kena betul sukatan bahan-bahannya,baru la sedap.Terima kasih sekali lagi Mak masakkan Pulut Kacau kegemaran orang,sayang Mak..muahhh!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1445