Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak sembang Cerita Blog Shuhaida Kabdy, blog Kak Sue sendiri. Ala tak ada cerita hebat pun pasal blog Shuhaida Kabdy nie pun korang, saja ja Kak Sue nak sembang santai kat sini. Kak Sue mula buat blog dah agak lewat dalam tahun 2011 macam tu. Masa tu Kak Sue baru nak kenal media sosial, lepas tu nampak blogger masakan selalu kongsi resepi di Facebook. Tu yang Kak Sue pun timbul minat nak ada blog nasakan juga, sambil-sambil belajar memasak kan..
![]() |
Cerita Blog Shuhaida Kabdy |
Cerita Blog Shuhaida Kabdy
Kak Sue dulu kan, bukanlah seorang yang pandai memasak, sekarang pun bukan lah pandai sangat pun, masih banyak lagi nak belajar. Di sebabkan Kak Sue suka dan minat tengok blogger masakan kongsikan resepi dengan gambar yang cantik dan langkah demi langkah yang mudah buat Kak Sue tertarik nak ada blog masakan sendiri juga. Tu yang Kak Sue pun buat blog, kalau tak silap dalam tahun 2011. Masa tu ayat dalam entri pun entah apa-apa, bila baca balik kelakar gila.. hahaha!
Masa tahun 2014, bila Kak Sue tengok balik blog Kak Sue tak ada satu entri pun. Lama juga lah Kak Sue senyap dekat setahun tak aktif sampai lah Kak Sue join satu kelab blogger nie dan terus aktif sampai sekarang. Dari blog masakan, Kak Sue tukar niche blog ke Lifestyle, Parenting dan Food. Ya la, entri Kak Sue bukan bercerita pasal resepi ja sekarang nie, macam-macam Kak Sue kongsi. Kak Sue juga berpeluang dapat duit poket dan gift dari hasil berblogging walaupun tak sebanyak kawan-kawan lain tapi Alhamdullilah tetap ada..
Untuk tahun nie, Kak Sue harap blog Kak Sue mencapai target yang Kak Sue nak. Selepas tu mungkin Kak Sue akan slow down kut, tapi jangan risau.. Kak Sue tetap support kawan-kawan blogger yang lain tau. Semoga apa yang Kak Sue kongsikan di Blog Shuhaida Kabdy, memberi manfaat dan pahala yang terus mengalir walaupun Kak Sue dah tak ada nanti... aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti, papai!