Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Hujung minggu lepas Kak Sue dan keluarga berpeluang ke pameran Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur di Lanai Matic, Pusat Pelancongan Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Adik lah yang paling teruja nak tengok Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur nie, tak sabar-sabar dah masuk dan berseronok kat dalam

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Pameran Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur nie sebuah pameran berjenis 'pop up' yang bertemakan Jurassic. Sekarang dah dibuka untuk orang ramai selama enam bulan setiap hari, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Apa yang menarik tentang pameran nie ia memberi pengalaman pendidikan untuk kanak-kanak malah untuk sekeluarga yang nak berkunjung ke taman rekreasi yang unik dan bertemakan dinosaur..

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur


Pameran ini sebenarnya dah dibuka pada 14 Ogos lepas dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Loga Bala Mohan, sebagau wakil Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur. Pameran ini juga mempunyai lebih daripada 40 dinosaur animatronik, berskala benar, zon penggalian telur dan fosil untuk kanak-kanak, kawasam kraf pasir dinoaur, aktiviti memasang rangka dan kawasan sejarah dinosaur bertemakan 'jumping castle' mesti anak-anak korang enjoy sangat kat sini nanti

Ada juga zon makanan dan minuman disediakan kat sini. Korang boleh duduk minum, makan dan berehat sambil memantau anak-anak bermain. Selain itu ada barangan mainan dan merchandise bertemakan dinosaur. Sebelum balik bolehlah belikan untuk anak-anak sebagai kenang-kenangan kan..

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Bagi sesetengah pelawat, ini mungkin merupakan peluang sekali seumur hidup untuk ambil gambae 'selfie' dengan kemuncak terbesar pamaeran ini, iaitu T-Rex atau Tyrannosauras rex, dinosaur yang terbesar sekali di antara 40 jenia spesis dinosaur. Menurut pengasas Showtime Attractions Keith Brown, Tyrannosauras Rex yang setinggi 9 meter dan panjang 25 meter itu merupakan skala benar dan dibuat khusus untuk pameran ini. Haa.. menarik kan.. Sebab tu korang kena datang tengok sendiri kat sini nanti..

Untuk info Dinosaurs Alive adalah inisiatif Matic dengan kerjasama Creative Alliance dan Dinosaurs Touring, sebuah syarikat yang berpusat di melbourne. Bagi korang yang berminat nak ke sini tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak antara 3 hingga 12 tahun, manakala diskaun akan diberi kepada kumpulan seramai 10 orang atau lebih dan juga kumpula sekolah 20 pelajar atau lebih. Haa.. boleh lah nak rancang aktiviti pada hujung minggu atau cuti sekolah nanti kan. Pakej dan tempahan juga boleh dibuat samada secara swasta, korporat, kumpulan sosial, VIP dan juga untuk apa-apa acara khas

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur


Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie ya..

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Alamat
No 109, Lanai MaTiC, 
Pusat Pelancongan Malaysia
Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Ticket Hotline
03 2181 4733

Website










Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444