Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue berpeluang ke Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid beberapa hari lepas. Memula Kak Sue tertanya-tanya juga restoran konsep apa ya Dairy Tooth nie kan, nama unik sikit kan. Bila google rupanya restoran atau cafe Hong Kong Style yang menyediakan minuman dan snek yang ada bermacam pilihan. Jom Kak Sue cita kat korang jom..
Selain outlet di Sunway Pyramid, Dairy Tooth juga mempunyai outlet yang lain di Berjaya Time Square dan Jaya One. Sunway Pyramid merupakan outlet mereka yang ketiga. Wah dah yang ketiga outlet rupanya ya. Kak Sue baru nak tahu, ketinggalan betul! Korang kalau jalan-jalan jangan lupa singgah dan cuba Dairy Tooth Ice House nie tau di Sunway Pyramid. Kalau dah lapar sangat sementara nak makan makanan berat boleh lah makan snek nie dulu, anak-anak pun mesti suka..
Sesuai untuk semua peringkat umur juga sebab snek lembut sangat tau dan bagi penggemar teh atau waffle, puffs dan roti korang mesti kena cuba sebab snek kat sini lain dari yang lain. Bukan setakat teh aja tau, ada disediakan minuman ringan lain juga. Kadang ada yang tak minum teh boleh pilih minuman lain jangan risau.. Jom tengok beberapa pilihan yang ada di Dairy Tooth nie jom..
![]() |
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Signature HK Milk Tea |
![]() |
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - pilihan minuman ringan yang lain |
![]() |
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Polo Bun |
![]() |
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Chocolate Egg Puffs |
![]() |
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - DT Original HK Egg Puffs |
![]() |
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Peanut Butter Waffle |
![]() |
Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Selamat mencuba |
Dairy Tooth
1st Floor, Orange Atrium
F1. KA2 , Sunway Pyramid
Near to Maxis
Facebook
Instgram