Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Gerai Burger Man Java Dah Dibuka

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, setelah beberapa bulan kami sekeluarga plan nak berniaga semula kat depan rumah nie, akhirnya beberapa hari lepas Gerai Burger Man Java Dah Dibuka seperti sebelumnya. Alhamdullilah juga sambutan di Gerai Burger Man Java agak mengalakkan setakat ini.. Terima kasih pada pelanggan yang masih sudi singgah gerai kami ya.. Nampak ada juga pelanggan lama kami yang datang singgah lagi kat sini..

Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java

Gerai Burger Man Java Dah Mula Operasi

Gerai Man Java dah mula operasi pada hari Isnin lepas. Pesan orang tua-tua dulu, kalau nak mula berniaga atau buat apa-apa kerja elok dimulakan hari yang baik. Sebenarnya semua hari baik pada kita semua, cuma petua orang tua suruh pilih hari yang baik seperti Isnin, Khamis dan Jumaat. Apa salah kita ikutkan kalau petua yang baik. Ada lah sebabnya kan orang tua berpesan macam tu. Kita ikutkan ajalah kan..

Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java


Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java
Gerai Burger Man Java ada sediakan pelbagai jenis burger macam gerai burger tepi jalan yang lain juga. Selain burger, kami juga ada sediakan Oblong dan akan datang Man Java Kebab, InsyaAllah. Perkhidmatan delivery macam dulu pun, InsyaAllah kami akan update darimasa ke semasa nanti ya. Selain Gerai Burger Man Java, ada Gerai Roti Canai Omar dan Gerai Seafood Tom Yam Nurin kat sini. Korang yang ada berdekatan area sini, jemput lah datang singgah ya nanti.. Okay lah setakat ini dulu kali nie, jumpa lagi nanti. Papai.. !

Gerai Burger Man Java
Blok 29, Green Valley Park, 
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
Dibuka - 5.00pm - 12.00am ( Setiap hari)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444