Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue memang jadi teruja kejap kalau ke Ikea, semua barang-barang kat situ memang menarik perhatian dan ada yang menjadi barang idaman Kak Sue. Sekarang nie kerap juga lah Kak Sue ke sana, kadang lain yang nak cari..lain yang dibeli. Harga barang kat sini pun tak ada lah mahal melampau rasa berbaloi lah dengan kualiti barang. Kak Sue memang berangan nak dapatkan beberapa barang idaman dari Ikea nie.. harap menjadi kenyataan lah nanti.. ehehe..
Barang Idaman Dari Ikea
Hobi Kak Sue dari muda memang suka deco dan mengemas rumah. Kak Sue mungkin terikut dengan perangai Abah yang tak boleh tengok rumah bersepah dan kotor. Boleh stress di buatnya tau.. Dan Kak Sue rasa kebanyakan anak-anak Abah semua ikut perangai Abah juga, cuma rasanya Kak Sue dan adik perempuan bongsu kut yang paling serabut kalau bersepah.. hahaha.. teruk betul! Kadang adik beradik lain pun naik stress dengan perangai kami nie. Tak sabar nak dapatkan barang idaman Kak Sue dari Ikea nanti. Boleh Kak Sue mula mendeco balik macam dulu. Cuma dulu tak ada lah Kak Sue tau pasal barang dari Ikea nie kan..
Masa muda-muda dulu, (sekarang tak ada lah tua sangat pun..kahkahkah) Kak Sue memang kerap tukar susun atur barang dalam rumah. Kak Sue tak boleh berlama-lama dengan satu susun atur, cepat boring! Sekarang nie nampak gayanya perangai Abah dan Kak Sue dah turun pada Kakak dan agak kronik juga sampai tak boleh bersepah langsung sampai Kak Sue pun kena bebel tinggal tisu kat sana sini.. dan Kakak akan tukar susun atur bilik berkali-kali dalam setahun. Kadang kita tengok pun penat.. tak apa lah janji bahagia dan tak kacau orang sudah.. kan! Nie Kakak pun tengah usaha macam Ibu juga nak dapatkan barang idaman dari Ikea untuk bilik Kakak..
Sekarang pun ada beberapa barang yang Kak Sue beli dari Ikea untuk deco kat rumah Kak Sue. Cuma tunggu nanti bila Kak Sue dah dapat barang idaman Kak Sue dari Ikea dan mula mendeco Kak Sue akan kongsikan kat sini ya. Mana tau bemafaat untuk korang juga kan, kita boleh juga bertukar idea dan tips deco rumah. Lagi pun bila rumah cantik, kemas dan bersih kita dan keluarga pun rasa seronok dan tenang nak lepak kat rumah selalu kan.. Setakat sini dulu kali nie, kita sembang lagi lain kali.. papai!