Assalamualaikum, hai semua! Buah Nam Nam yang unik.. korang pernah makan dan tengok tak buah nie? Masa Kak Sue kecik-kecik dulu, selalu tunggu jiran di kampung Tok Som Kak Sue sedekahkan buah nie. Suka sangat rasanya yang masam-masam manis. Rupa kulit buah nie mengerutu dan keras di luar, tapi dalamnya lembut aja. Buah Nam Nam yang unik nie tumbuh dekat batang pokok, rapat-rapat bergugus macam anggur.. tadi tak sempat nak ambik gambar pokoknya.Lain kali ya Kak Sue tunjuk..
Anak-anak Kak Sue memang suka sangat buah nie. Kalau balik kampung Mbah Wedok atau Mbah Lanang mesti bekalkan untuk depa. Kadang tak sempat bawa balik dah habis dah depa makan. Tak tau berapa lama lagi kami berpeluang nak rasa buah nie, sebab sekarang memang susah nak jumpa kan. Pokok nie pun katanya dulu ditanam oleh Abang Man sendiri
Sekarang pokok dah besar dan berbuah dapat lah anak-anak merasa kan. Kak Sue tak pasti apa kelebihan buah Nam-Nam.. Nanti Kak Sue tanya pada Mak mertua Kak Sue ya dan kongsikan kat sini apa kelebihannya. Setakat nie dulu untuk kali nie, papai!