Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

~Bengkel Kereta Murah Di Rawang~

$
0
0
Assalamualaikum semua,lagi beberapa hari kita semua akan menyambut hari raya.Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman pastikan kereta korang dah di hantar servis dan tukar apa yang patut untuk perjalanan yang jauh,supaya tak menimbulkan masalah dalam perjalanan nanti.Semalam Abang Man sempat mencuri masa menghantar kereta kami untuk servis minyak hitam, servis ekon,gasket engine,oli filter dan plug.Dan sebelum ke bengkel tu,Abang Man dah buat temujanji dulu dengan pemilik bengkel iaitu saudara Zali, jadi tak payah la menunggu lama sangat kan..

Abang Man sebenarnya di kenalkan oleh kawan pada bengkel  saudara Zali nie,terima kasih ye Bob.Kita cuma perlu beli barang dan bayar upah sahaja untuk perkhidmatan yang di berikan.Mungkin kawan-kawan jadi beliau tak berkira,tak tau lah kalau dengan customer lain kan.Perkhidmatan nya amat memuashatikan hati menurut kata Abang Man kerana bagus dan cekap,harga upahnya pun murah.Jika kawan-kawan ada masalah dengan kereta,Kak Sue syorkan ke bengkel ini yang terletak di Sungai Dua,Taman Pelangi,Rawang,korang mesti berpuashati,Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki untuk saudara Zali,beliau boleh di hubungi melalui no tel iaitu 012 3695497.Jom support mekanik melayu...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444