Assalamualaikum, hai semua! Rutin baru Kak Sue ialah menjemput Adik balik dari sekolah sekarang nie. Selalunya Abang Man atau kami berdua yang jemput Adik, tapi bila hari Jumaat aja Kak Sue yang akan jemput Adik sebab Abang Man berniaga di blok sebelah taman perumahan Kak Sue nie. Atau kadang kalau Abang Man ada kerja lain memang Kak Sue yang akan jemput Adik.. Macam nie lah rutin seorang Ibu kan selain dari kerja rumah yang tak habis-habis tu..
Rutin Baru Kak Sue
Sebenarnya kan sebelum nie ada kenalan rapat yang bagi tahu Kak Sue, moment indah ibu atau bapa salah satunya menghantar dan menjemput sendiri anak balik sekolah. Bagi diri Kak Sue selain moment indah, kita rasa lebih selamat dan selesa kalau kita yang menjemput sendiri anak-anak kita. Kita juga dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak ketika dalam kereta boleh sembang-sembang tanya perkembangan kat sekolah. belajar apa.. makan apa.. dan macam-macam lagi lah.. Seronok dengar anak-anak berkongsi cerita kan..
Bukan Kak Sue kata bila tak jemput atau hantar anak-anak tu kita tu tak selamat atau selesa, bukan. Cumanya berdasarkan pengalaman sendiri bila ada kecuaian pihak lain, kami rasa lebih baik kami yang menghantar dan jemput anak-anak sendiri. Kak Sue faham zaman sekarang nie kadang menuntut ibu perlu bekerja bagi membantu ekonomi keluarga kan.. zaman sekarang semuanya mahal..
Kak Sue bersyukur dapat menjadi surirumah dan mengurus anak-anak sendiri dari mula berkahwin sampai lah sekarang.. Terima kasih juga pada Abang Man yang sentiasa bertolak ansur, memahami dan sentiasa membantu tugas Kak Sue kat rumah. Akhir kata semoga keluarga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah..aamiin ya rabb.. Papai!