Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Blog Kak Sue Yang Baru

$
0
0
Assalamualaikum,hai semua!Alhamdullilah blog Kak Sue dah okay dah.Terima kasih pada kawan blogger Kak Sue Maisarah tolong tengokkan.Risau betul lah kalau blog jadi tak tentu arah nie tau.Semalam nak kata line internet tak okay, ada beberapa blogger dan Mai sendiri tengok memang blog Kak Sue kosong..putih aja semua.Sedih tau..tapi hari nie dah okay dah.Ini lah blog Kak Sue yang baru.

Bukan lah baru mana macam mana, dah tukar header dan betulkan sikit-sikit benda kat blog Kak Sue nie.Kak Sue memang minta Mai design kan header blog Kak Sue sebelum nie.Semalam kebetulan blog Kak Sue ada masalah terus Kak Sue suruh Mai tengokkan nak buat sendiri memang tak lah..tak pandai..

blog kak sue yang baru

Ada beberapa benda lagi yang masih belum siap, tinggal sikit lagi yang Kak Sue nak suruh Mai tengokkan.Mulanya semalam nak tukar template lagi selepas kes blog Kak Sue sebelum nie pun ada masalah juga.Bila dah tukar template terus okay.Kali nie tak jadi nak tukar template sebab Mai betulkan coding dan beberapa benda kat blog Kak Sue nie dah okay semula.Alhamdullilah malam tadi dah okay blog Kak Sue macam biasa.Harap lepas nie blog Kak Sue dah okay sepenuhnya..jangan lah ada masalah lagi..huhuhu..


blog kak sue yang baru

Nasib baik ada Mai dan kebetulan Mai tengah free dapat juga tolong Kak Sue.Kalau korang nak tempah header, banner atau benda berkaitan dengan blog boleh cari Mai tau.Kak Sue puashati dengan kerja beliau, terima kasih ya Mai semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan tau..aamiin ya rabb..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444