Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Maideasy Bantu Mudahkan Kerja Rumah

$
0
0
Assalamualaikum,hai semua!Seronok kan kalau rumah kita sentiasa kemas dan bersih.Kak Sue memang dari kecil diasuhkan supaya rumah sentiasa kemas dan bersih,sedap mata memandang,fikiran pun tenang kan..Cuma kadang tu rasa penat juga nak pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih nie..nak pula ibu-ibu yang bekerjaya kan.Jangan risau korang sekarang nie macam-macam perkhimatan ada untuk memudahkan kerja kita salah satunya Maideasy boleh bantu mudahkan kerja rumah kita.Haaa best kan..
MAIDEASY

Perkhidmatan di Maideasy

Ada tiga perkhimatan di Maideasy,iaitu basic Home Cleaning,Move In Cleaning dan Special Cleaning.Korang boleh buat pilihan dan buat tempahan waktu dan tarikh yang sesuai.Bantuan khidmat pelanggan pun disediakan dari 9 pagi hingga 5 petang.Lagi satu korang tak perlu rasa risau tentang isu keselamatan sebab Maideasy hanya mengupah pekerja yang boleh dipercayai yang diperiksa latar belakang mereka terlebih dulu dan menyediakan pekerja tempatan.
MAIDEASY

Untuk kali nie Kak Sue pilih pakej Basic Home Cleaning aja,sebab rumah Kak Sue tak banyak yang nak dibuat sangat pun sebab anak-anak pun dah besar tahu tanggungjawab masing-masing dan anak dara pun selalu bantu Kak Sue kan...Cuma sekali sekala nak juga ringankan tugas seharian kita yang 'bekerja' surirumah nie,betul tak?ehehe...
MAIDEASY

Kak Sue dibantu oleh Kak Radiah dan Kak Sue memilih seisi pagi.Senang kan buat sebelah pagi nie,dah siap kemas rumah petang boleh santai-santai dengan keluarga.Dari segi peralatan mengemas rumah korang boleh sediakan siap-siap kerana pihak Maideasy tidak menyediakan peralatan tau..nanti mereka datang boleh terus buat kerja
MAIDEASY

Pada korang yang rasa tak sempat dan keletihan nak kemas rumah boleh cuba dengan Maideasy nie,sesekali apa salahnya kan.Harga pun sangat berpatutan.Untuk detail lanjut korang tengok kat bawah nie ya...Terima kasih Maideasy!


MAIDEASY
Web
Facebook
Instagram
Operasi 9am - 5pm (daily)
(Tutup pada cuti umum)





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444