Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Garage 51 Bandar Sunway Cafe Hipster Terbaik

$
0
0
Assalmualaikum,hai semua!Kak Sue berkesempatan ke Garage 51 yang terletak di Bandar Sunway hari nie lepak-lepak dan makan bersama geng KBBA.Kak Sue suka dengan deko kafe nie yang lain dari lain,macam yang tengah hot sekarang kafe hipster katanya..menarik sangat!Kalau ada rezeki satu hari nak kafe macam nie jugak..eceh wahhh..ehehehe..




Ada tiga bahagian kat kafe nie iaitu bahagian atas,bahagian dalam dan luar.Korang boleh pilih nak lepak mana.Bahagian luar sesuai untuk smooking area..lain kali datang sini nak lepak kat bahagian luar pulak,macam best lepak kat luar..


Jom kita tengok menu kat sini pula.Menu dan nama menu yang disediakan kat sini memang sangat unik dan menarik sesuai dengan gaya hipster yang ditekankan.Antaranya The Father (Chocolate with Peanut Butter),The Son (Nutella with Hins of Hazelnut Awesomeness),The Cousin (Salted Caramel with Brownies) dan The Nephew (Cookies n Cream - Baru) dengan harga RM18.90 setiap satu.Semua memang sedap belaka.Kak Sue juga berkesempatan mencuba tiga menu baru khas bersempena bulan Ramadhan yang akan menjelma tak lama saja lagi..

Menu bersempena Ramadhan Bandung Cendol dengan Karipap ..kat atas air nie ada karipap dan disertakan dengan buah kurma kat tepi.Memang sesuai untuk order berbuka puasa nanti kan.Rasa pun tak manis sangat dengan harga RM18.90

Nasi Goreng Serunding dengan Kebab Percik pada mereka yang gemar dengan nasi goreng boleh cuba menu nie,memang sedap dan lain dari yang lain..ada kebab lagi dengan harga RM20.00


Spaghetti Serunding dengan Kebab Percik campuran serunding dan kebab ayam dalam spaghetti sedap dan rasa lain dari spaghetti yang pernah Kak Sue cuba sebelum nie dengan harga RM20.00

Selain menu bersempena Ramadhan,Kak Sue cuba juga menu yang lain kat sini.Banyak pilihan dan boleh kata semua menu kat sini semua sedap-sedap dan amat berpuashati.Kak Sue kongsikan kat sini ya,nanti korang datang boleh lah cuba yang mana menepati selera korang..


Penne Basil-Spinach Pesto dengan Grilled Chicken rasa aroma herba yang kuat,untuk lebih sedap korang makan bersama ayam yang digrillkan dengan harga RM16.00

Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato dan Salad ayam goreng ranggup di luar dan lembut di dalam,dimakan bersama kentang putar.Sedapppp..!Harga RM18.00


Grill Salmon Spaghetti dengan Lemon Cream menu yang paling Kak Sue suka tambah pula ada salmon yang digrill memang feveret Kak Sue.Sedap tau,lain kali kalau datang sini lagi pasti order menu nie lagi.Harga RM24.00

Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard pun Kak Sue suka,sebab Kak Sue peminat sayur dan salad.Antara menu yang Kak Sue cadangkan kat korang bila datang sini memang sedap dan terbaik!Harga RM12.00

Pada Kak Sue Garage 51 adalah tempat yang sesuai untuk kita lepak santai,dengan suasana yang tenang dan selesa.Semua makanan dan minuman sedap-sedap belaka dengan layanan mesra dan ramah dari staff kat sini.Memang terbaik,Kak Sue pasti datang lagi..Jangan lupa singgah sini tau!


Garage 51 Bandar Sunway
Facebook
Instagram
Alamat
51, Jalan PJS 11/9,Bandar Sunway
47500 Petaling Jaya
Selangor
No Telefon
03 56125618
Waktu Operasi
Isnin - Ahad (11 pagi - 11 malam)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444