Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

The Jungle Book Memang Berbaloi Ditonton

$
0
0
Assalamualaikum semua,dah tengok movie The Jungle Book ke belum?Kalau belum Kak Sue rekemen korang kena pergi tengok sebab jalan ceritanya memang menarik.Kak Sue sempatlah bawak anak-anak menonton sempena cuti pendek Abang dan Adik minggu nie..


The Jungle Book nie di adaptasi dari sebuah buku yang bertajuk The Jungle Book yang ditulis oleh Rudy Kipling.Cerita nie memang sesuai untuk di tonton seisi keluarga dengan berbagai mesej yang di sampaikan melalui watak-watak dalam kisah seorang budak yang bernama Mowgli,hidup bersama sekumpulan serigala di hutan.Hidup Mowgli menjadi kacau bilau apabila di ganggu oleh seekor harimau yang bernama Shere Khan.Dari situ bermula lah pengembaraan Mowgli untuk menyelamatkan diri dengan bantuan kawan-kawannya..


Kalau korang nak tau cerita seterusnya kena la datang menonton filem nie tau.Ada bermacam pengajaran dalam kisah filem nie kasih sayang,sedih,geram dan terkejut beruk pun ada..hahahaha!!Macam nak terkeluar jantung Kak Sue weiiii,dalam satu babak antara Shere Khan dan Mowgli,nasib baik tak tercampak popcorn..ehehehe.Jangan lupa tau datang tonton filem nie,Kak Sue gerenti korang akan berpuashati.Kak Sue bagi 5/5 bintang..memang best sangat!Rasa nak tengok lagi pun ada..Selamat menonton..papai!!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444