Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Padi tadi cuaca agak mendung dan redup tapi masih rasa berbahang.Hari nie di katakan akan berlaku fenomena ekuinoks antara pukul 12 tengahari hingga 2 petang dan di kuatiri akan meningkatkan lagi suhu panas yang sedang berlaku di negara kita nie.
Suhu akan lebih tinggi hari nie boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius di beberapa negeri mengikut kata Ketua Pengarah Jabatan Metrologi Malaysia,Datuk Che Gayah Ismail. Ekuinoks nie berlaku bila waktu siang dan malam sama panjang wakktunya di garisan khatulistiwa.Fenomena ini jugak berlaku setiap tahun sebanyak dua kali pada satu garis lintang tertentu.Patut lah panas melampau aja sekarang nie kan..
Kak Sue nak ingatkan pada diri sendiri dan korang semua kalau nak keluar melakukan aktiviti di luar tu hati-hati lah ye.Banyakkan minum air kosong dan dari terkena terus pada cahaya matahari.Kalau boleh elakkan lah aktiviti di luar,bukan apa kadang bila terlampau panas boleh buat kita jadi tak sihat pulak kan.Okay lah jumpa lagi nanti,take care semua..papai!