Assalamualaikum semua,salam jumaat.Korang dah peluk anak korang tak hari nie?Kak Sue kan hari-hari akan peluk anak-anak Kak Sue,tak kira la waktu menonton tv ke,waktu jenjalan ke sebab dah terbiasa dari mereka kecil dan nak anak-anak tahu yang Kak Sue sayangkan mereka dan mereka akan rasa selamat bila dalam pelukan Kak Sue
Walaupun anak-anak Kak Sue dah besar panjang semua,itu tak menjadi hal pun.Anak-anak Kak Sue dah terbiasa dan tak rasa malu macam sesetengah anak-anak yang tak di biasakan dengan pelukan nie.Tiap hari kalau waktu bersekolah,anak-anak akan salam,cium dan peluk Kak Sue sebelum mereka ke sekolah.Macam tu juga kalau nak tidur malam,mesti peluk dulu dan good night kiss kata org putih,ehehe....Kalau tak ada good night kiss,rasa tak boleh tidur pula rasanya...
Sebenarnya kan anak yang sering di peluk,ada kajian menunjukkan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat.Selain dari itu dapat memberikan kesan positif yang lain serta dapat mengurangkan rasa stress dan cemas anak-anak kita.Jadi,peluklah anak kita setiap hari ye..Papai!