Assalamualaikum,selamat pagi semua..Hari nie Kak Sue nak kongsi restoran yang Kak Sue pergi makan semalam bersama anak-anak dan family KelabbloggerBenAshaari,Restoran Hot Pindang Kitchen yang terletak di syeksen 10 Shah Alam tak jauh dari Plaza Masalam dan Masjid Besar Shah Alam.
Restoran ini juga menyediakan pelbagai pilihan jus yang menarik dan menyegarkan serta lain dari yang lain.Antaranya yang Kak Sue order semalam Jus Melody iaitu gabungan jus mangga dan tembikai,sedap tau..mesti cuba dan juga Jus Syahdu iaitu seakan akan air batu campur tapi lain sikit tau..
Air pilihan Kak Sue ialah Jus Melody dan Asam Boi Limau..memang sedap dan menyegarkan..
Ini pula Teh O Lemon Ais dan Limau Ais
Pilihan lauk pauk masakan panas
Special Hot Pindang
Nasi Ayam
Restoran nie menyediakan makanan panas iaitu pelbagai pilihan lauk pauk dan antara yang hot pindang order ialah Special Hot Pindang,iaitu nasi dan ayam berserta salad yang di makan bersama nasi yang membuatkan kelainan pada hidangan tersebut,Ikan Keli dan Pucuk Ubi Masak Lemak dan selain dari itu masakan pelbagai pilihan ikan di masak pindang dan asam pedas yang memang membuka selera.
Bergambar kenangan bersama family KelabbloggerBenAshaari
Bagi yang ingin mencuba,boleh la singgah ke restoran ini yang di buka setiap hari dari 11am hingga 11pm.Mereka juga ada menerima tempahan katering dan majlis koporat,jadi boleh hubungi mereka untuk membuat tempahan dan untuk parking pula jangan risau luas dan mudah.Restoran Hot Pindang Kitchen
No 11 & 13,Jalan Cheong Sam 10/11
Syeksen 10,Shah Alam,Selangor
(next to Azira & Hartini Restoran)
Tel : 03 55231259
012 2043773
Facebook
www.facebook.com/hotpindangrestoran
Instagram
@hotpindangkitchen