Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Salam Rejab

$
0
0

Assalamualaikum, hai semua. Salam Rejab untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam. Diam tak diam kita dah masuk ke bulan baru dah dalam kalender Islam kan. Tak lama lagi kita akan sambut bulan Syaaban seterusnya bulan Ramadhan pula. Bila masuk bulan Rejab nie kita selalunya dan mula dah latih nak berpuasa, atau ganti puasa bagi orang perempuan atau meningkatkan amalan lebih dari yang biasa kita buat kan..

Salam Rejab
Salam Rejab


Salam Rejab 2022

Dan kebiasaaan kita lagi.. kalau dah tiba bulan Rejab nie, selain kita melatih diri untuk lebih beramal antara kita selalu disunatkan membaca doa pada bulan Rejab nie. Antara doanya yang Kak Sue ambil dari Twitter Santapan Minda ialah..

اللهم بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’bān, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..

Tentang amalan dan huraiannya bulan Rejab nie pula ada banyak pendapat. Kak Sue sendiri ada terbaca Ustaz Wadi Annuar yang berkongsi tentang amalan di bulan Rejab hari nie, memang jelas perkongsiannya dan sangat menarik. Korang boleh terus ke page Ustaz Wadi untuk tahu lebih lanjut lagi tau.

Apapun sebenarnya tak salah pun kita nak beramal, sebab memang setiap amal kita semuanya akan dikurniakan pahala untuk semua tu. Para ulama pun membenarkan, selagi tidak sampai ke dhouif yang berat dan tidak beriktikad bahawa hadis itu sabit yang menunjukkan kelebihan bulan tersebut. Nie Kak Sue ambil petikan dari FB Ustaz Wadi.. Wallahu'alam..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444