Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Ting Tong Ayam Goreng Yang Sedap, Bersih, Segar dan Halal

$
0
0

Assalamualaikum, hai semua. Macam yang kita semua tahu Ayam Goreng antara makanan kegemaran ramai kan. Keluarga Kak Sue sendiri pun memang suka sangat dengan Ayam Goreng. Jadi bila tau ada gerai Ting Tong Ayam Goreng yang sedap, bersih, halal dan segar lelaju lah Kak Sue ajak Abang Man datang sini nak merasa sedap ke tidak..

Ting Tong Ayam Goreng Sedap, Bersih, Halal dan Segar
Ting Tong Ayam Goreng

Ting Tong Ayam Goreng

Macam biasa, sebelum Kak Sue nak bersembang lebih lagi.. Kak Sue nak kongsi sedikit info Ting Tong Ayam Goreng nie dulu lah dengan korang. Ting Tong Ayam Goreng nie diusahakan oleh Puan Yenti dan suami beliau, mereka nie pengusaha bumiputera tau.

Walaupun jenama nie masih baru di pasaran tapi mereka dah ada tiga oulet dah. Selain Ab Corner Wangsa Maju yang Kak Sue singgah hari tu, ada dua oulet lain iaitu Medan Niaga di Sungai Besi dan Abang Besar Food Court di Taman Kota Cheras. Dan tak lama lagi mereka akan tambah satu lagi outlet di Melawati pula. Haa.. hebat kan, nampak sangat memang dapat sambutan hangat dari peminat ayam goreng nie kan.. 

Ting Tong Ayam Goreng  Yang Sedap, Bersih, Segar dan Halal
Ting Tong Ayam Goreng
Seterusnya, menjadikan arwah ibu sebagai inspirasi untuk menjalankan perniagaan Ting Tong Ayam Goreng nie Puan Yenti amat tekankan moto perniagaan beliau iaitu sedap, bersih, segar dan halal. Ya lah, kata Puan Yenti walaupun berniaga tapi kita kena sediakan makanan yang terbaik seperti macamana kita sediakan makanan untuk keluarga kita. Tambah menarik lagi tepung goreng dengan 10 bahan rahsia istimewa Ting Tong Ayam Goreng adalah resepi turun menurun dari arwah ibu Puan Yenti sendiri.

Selain bahan rahsia kesedapan Ting Tong Ayam Goreng nie, apa yang menarik perhatian Kak Sue ialah rasa ranggup yang bertahan agak lama. Hari tu lepas makan kat sana, Kak Sue siap tapau lagi untuk anak-anak juga. Bila sampai kat rumah ayam goreng nie masih lagi ranggup tau. Memang lain dari yang lain kan, sebab selalunya kalau ayam goreng yang lain bila dah agak lama di tapau akan hilang rasa ranggup tu kan.. nak makan pun dah tak ada selera..

Ting Tong Ayam Goreng Yang Sedap
Bercerita tentang kegemaran masing-masing pula.. biasanya, setiap orang mesti ada bahagian ayam yang digoreng menjadi kegemaran kita kan. Macam Kak Sue sendiri, Kak Sue suka sangat bahagian kepak, hati dan pedal ayam. Cuma kat Ting Tong Ayam Goreng nie tak ada lah hati ayam tau tapi ada pedal dan bahagian lain seperti peha ayam, thigh ayam, kepak ayam, leher ayam, rangka ayam, pedal ayam, kulit ayam dan kaki ayam. Selain tu ada juga menu sampingan yang lain iaitu tauhu dan kentang goreng.

Haa.. banyak pilihan yang ada di Ting Tong Ayam Goreng nie kan. Semuanya sedap dengan rempah rahsia lain dari yang ada di pasaran sekarang nie. Dan.. untuk pertama kali Kak Sue tertarik nak cuba kulit ayam dari Ting Tong Ayam Goreng nie, sebab nampak menarik dan sedap aja kan.Jadi Kak Sue beranikan diri cuba kulit ayam goreng.. tak sangka rupanya sedap tau korang. Rasanya yang ranggup macam keropok dan yang penting tak ada bau hanyir pun. Lain kali datang sini, harus Kak Sue order kulit ayam lagi.. hehehe..

Ting Tong Ayam Goreng Yang Sedap, Bersih, Segar dan Halal
Ting Tong Ayam Goreng
Ting Tong Ayam Goreng Yang Sedap, Bersih, Segar dan Halal
Ting Tong Ayam Goreng -Kepak Ayam
Ting Tong Ayam Goreng - Kulit Ayam
Untuk info korang Ting Tong Ayam Goreng nie dibuka setiap hari. Bermula dari pukul 3.30 petang sehingga 11.30 malam tau korang. Dan untuk setiap dua minggu Ting Tong Ayam Goreng akan bercuti pada setiap hari Isnin. Ingat tu, jangan korang datang sini silap hari pulak nanti. Bagi korang yang tak boleh nak datang ke gerai mereka.. boleh aja lelaju order melalui Grab Food, Food Panda dan yang terbaru MyGo hokay.

Akhir sekali, untuk korang yang nak tambah atau mencari pendapatan sampingan.. Ting Tong Ayam Goreng ada sediakan peluang untuk berniaga tau. Semua bahan akan dibekalkan sepenuhnya oleh Ting Tong Ayam Goreng dan modal pula ikut kesuaian dan perbincangan antara dua pihak. Haa.. best kan, Kak Sue pun macam nak cuba juga nanti kalau ada peluang dan rezeki. Okay lah korang, macam biasa untuk lebih detail macam biasa Kak Sue kongsi kat bawah nie nanti ya.. papai!

Ting Tong Ayam Goreng




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444