Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue berpeluang ke pelancaran produk Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i pembuka tirai bagi tahun 2020. Haa.. nak tau apa yang menarik tentang realme Buds Air dan realme 5i nie jom Kak Sue nak sambung cerita lagi jom..
realme Buds Air nie juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Enviroment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Contohnya bila korang buat panggilan, suara korang akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Haa.. menarik kan, lepas nie tak ada alasan tak dengar bila buat panggilan kat tempat bising dah.
Selain tu bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam tau korang, lama juga kan. Dari segi reka bentuk pula, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga korang.
Produk realme Buds Air nie turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara juga keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assitant nie membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baru tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca. Wah hebat kan.. harus kena ada satu nie tau korang..
Dah selesai bab realme Buds Air nie Kak Sue nak sambung lagi cerita tentang realme 5i smart phone pula dengan korang. Jom kita tengok apa yang disediakan untuk peminat jenama realme Malaysia nie jom..
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Rasanya kebanyakan dari korang mesti dah tau yang realme Malaysia nie salah satu jenama yang semakin pesat berkembang sekarang nie kan. Baru-baru nie mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh Malaysia pihak realme melancarkan dua produk terbaru di pasaran iaitu realme Buds Air dan realme 5i smart phone sebagai ahli baru keluarga siri kelima realme. Selain pelancaran untuk tahun nie, realme Buds Air juga adalah produk loT pertama realme tau korang..
Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, "Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya sendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri".
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan. Haa.. best kan, tak payah nak berselirat dengan wayar dah siap ada kawalan pintar lagi.. memang canggih!
Selain tu korang, dengan tranmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permaianan adalah 119.3ms. Bab nie nanti semestinya bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar. Habis lah kalau anak-anak Kak Sue tau nie, mesti nak juga.. hehehe..
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
realme 5i - Quad Camera Battery Hero
Model ini dikuasakan oleh cip memproses Qualcoom Snapdragon 665 An 11m, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.oGHz bersama-sama prestasi permainan yang dioertingkatkan dan generasi Qualcomm Al Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.
realme 5i juga dilengakapi dengan pemisah perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera pula, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar -199° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi korang boleh ambil video dengan lebih stabil semasa bergerak. Menarik sangat nie kan..
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i nie ada dua pilihan warna ya korang, iaitu Aqua Blue dan Forest Green.
Harga realme Buds Air dan realme 5i
![]() |
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i |
realme Buds Air berharga RM299 dengan pilihan warna putih. Tapi kalau korang nak harga lebih murah boleh ke jualan online pertama di Shopee.
Tarikh : 21 Januari 2020 bermula 12am
Harga : Ekslusif RM199 pada 21 Januari 2020 sahaja.
Korang boleh klik sini juga Shopee.com.my
5i smartphone pula berharga RM599 pilihan warna yang ada ialah Aqua Blue dan Forest Green. Yang nie pun ada jualan online pertama di Lazada.
Tarikh : 28 Januari 2020 bermula 12am
Harga : Harga special korang boleh dapat pada hari jualan offline pertama.
Korang boleh klik sini www.lazada.com
Yang bestnya untuk kedua-dua nie korang akan dapat PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020 juga tau. Haa.. cepat ya jangan ketinggalan hokay. Nak tau lebih detail macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie nanti..
5i smartphone pula berharga RM599 pilihan warna yang ada ialah Aqua Blue dan Forest Green. Yang nie pun ada jualan online pertama di Lazada.
Tarikh : 28 Januari 2020 bermula 12am
Harga : Harga special korang boleh dapat pada hari jualan offline pertama.
Korang boleh klik sini www.lazada.com
Yang bestnya untuk kedua-dua nie korang akan dapat PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020 juga tau. Haa.. cepat ya jangan ketinggalan hokay. Nak tau lebih detail macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie nanti..
realme Malaysia
Facebook
Instagram