Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444

Ulasan Kamera realme XT : Kuad Camera Snapdragon 64MP Yang Pertama di Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum, hai semua. Masih lagi dengan cerita realme tapi kali nie Ulasan Kamera realme XT Kuad Kamera Snapdragon 64MP Yang Pertama di Malaysia pula. Hari tu kan Kak Sue kongsi pelancaran dan kelebihan kali nie nak kongsi ulasan kamera realme XT nie pula dengan korang..

Ulasan Kamera Realme XT Kuad Kamera Snapdragon 64MP Yang Pertama di Malaysia

realme XT adalah tambahan yang terbaru kepada rangkaian telefon pintar realme. Ia dilengkapi dengan sensor utama 64MP untuk menghasilkan foto-foto yang jelas, Pemproses 712 Snapdaragon, Pengecas Pantas VOOC 3.o, Paparan FHD+ Super AMOLED dan pengimbas cap jari di atas paparan. Salah satu kelebihan realme XT adalah teknologi kuad kamera yang menampilkan sensor Samsung 64 MP GW1 di dalam kamera utama, lensa sudut lebar ultra 8MP, lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP..

Jom kita tengok foto-foto yang dihasilkan oleh teknologi kuad kamera realme XT

Mod Makro
Ulasan Kamera realme XT : Kuad Camera Snapdragon 64MP Yang Pertama di Malaysia
Berdasarkan gambar kat atas nie, efek makro yang dihasilkan oleh kamera realme XT adalah luar biasa. Ia menunjukkan kemampuan sebenar lensa makro dari jarak 4cm, di antara lensa dan objek. Lensa makro ini membolehkan anda untuk mendekati dan menikmati keindahan dunia makro di sekitar korang..

Mod Potret
Ulasan Kamera realme XT : Kuad Camera Snapdragon 64MP Yang Pertama di Malaysia
Tambahan lagi, realme XT berkemampuan untuk menghasilkan gambar potret berkualaiti seperti mana yang diambil di studio, dengan adanya fungsi HDR pintar. HDR pintar yang sebenar akan memaparkan efek sorotan (highlight) dan bayangan (shadow) bagi menghasilkan foti potret yang hidup. Gunakan mod potret untuk mengambil gambar orang-orang tersayang dan korang pasti kagum dengan hasilnya

Sudut Lebar Ultra
Ulasan Kamera realme XT : Kuad Camera Snapdragon 64MP Yang Pertama di Malaysia
Lensa Sudut Lebar Ultra 119 dan pandangan Lebar (Wider View) 1.5x membolehkan korang menangkap segala apa yang dapat dilihat dalam satu gambar. Kamera sudut lebar ultra dengan darjah pandangan 119 yang 50% lebih lebar dan dengan bantuan engin DLDC yang membetulkan herotan dapat memastikan gambar yang dihasilkan adalah berkualiti. Gambar contoh nie menunjukkan hasil menggunakan lensa sudut lebar ultra untuk mendapatkan pemandangan yang lebih luas.

64MP
Ulasan Kamera realme XT : Kuad Camera Snapdragon 64MP Yang Pertama di Malaysia
Akhirnya, kelebihan realme XT yang paling ketara terletak pada sistem kuad kamera 64MP. realme XT dilengkapi sensor 64MP ISOCELL GW1 yang mampu menghasilkan output pixel tinggi 9216 X 6912 di dalam fotografi. Hasilnya adalah amat mengagumkan di bawah pencahayaan yang sempurna seperti gambar yang ditunjukkan di atas. Perincian dapar dilihat dengan jelas bila gambar dizoom.

Sebagai kesimpulan, kelebihan realme adalah terletak pada sistem kamera 64MP, selain daripada reka bentuk premium dan prestasi yang lalncar. Tiada telefon pintar lain segmen ini yang dapat menawarkan gandingan fotografi resolusi tinghi terperinci dengan fungsi yang serba boleh. Anda hanya perlukan realme XT untuk menghasilkan gambar yang sebenar!

Bagi setiap pembelian realne XT di Jualan Lazada 11.11, realme Malaysia akan memberikan sebuah beg realme bernilai RM159 dengan PERCUMA. Untuk maklumat lanjut tentang realme XT, korang boleh ke Lazada

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1444