Assalamualaikum, hai semua. Rasanya belum terlambat nak ucapkan
untuk korang semua. Alhamdullilah kali nie masih diberi kesempatan dan rezeki untuk Kak Sue sekeluarga beraya bersama adik beradik dan Abah Kak Sue di Batu Kurau. Walaupun tahun nie kami sambut Aidiadha tanpa Mak tapi rutin memasak beramai-ramai dengan adik beradik tetap kami teruskan..
Kak Sue balik sehari lebih awal ke kampung tapi tak sangka pula AidilAdha kali nie buat Kak Sue sekeluarga melekat dalam kesesakan di jalanraya dekat nak 10 jam juga tau. Aduhai.. jenuh lah nak sabarkan hati nie sementara nak sampai ke kampung halaman kesayangan Kak Sue hari tu. Jemu dan penat tau duduk dalam kereta lama-lama, tambah yang memandu lagi lah penat kan..
![Salam AidilAdha 2019 Salam AidilAdha 2019]() |
Salam AidilAdha - Plus sesak teruk |
Sampai ja kat rumah Kak Sue adik-beradik Kak Sue tengah susun meja nak buat BBQ malam tu. Kak Sue jamah nasi dulu sebab berbuka tadi makan buah dan minum air aja dalam kereta. Sambil tunggu siap susun meja kat luar kami adik beradik perempuan masak rendang dan sup ayam untuk esok. Sebenarnya yang banyak buat kerja kat dapur tu Ateh dan Acik, Kak Sue tolong sikit-sikit aja.. acah ja lebih.. hahaha..
![Salam AidilAdha 2019 Salam AidilAdha 2019]() |
Salam AidilAdha - Kita bakoooo.. |
Selalu kalau balik Batu Kurau memang adik-adik Kak Sue yang siapkan semua. Kak Sue cuma bantu apa yang patut ja, terima kasih tau hangpa selalu masak sedap-sedap. Dah siap semua, baru lah kami semua berkumpul, bersembang sambil adik-adik dan anak lelaki Kak Sue dok gigih membakar, suka betul depa bab membakar nie. Selamat kami orang perempuan rehat ja bab nie. Baru lah adil kan.. bekerjasama.. hehehe..
![Salam AidilAdha 2019 Salam AidilAdha 2019]() |
Salam AidilAdha - Dua beradik sakan membako |
Esoknya kami tak kemana-mana pun cuma makan-makan aja kat rumah sambil lepak-lepak dan sembang-sembang. Dah petang sikit baru kami ziarah kubur Mak, lepas tu singgah tempat jual durian yang viral tu sebab Abang Lan, abang Kak Sue pesan suruh singgah sebab Abang Lan dah bekalkan durian dan petai untuk kami. Terima kasih Abang Lan.
![Salam AidilAdha 2019 Salam AidilAdha 2019]() |
Salam AidilAdha - Rindu tak tertanggung.. |
Lepas tu kami semua terus ke rumah Tok Su Jah, antara aktiviti ziarah yang harus kami buat tak kira raya atau hari biasa. Selesai semua Kak Sue sekeluarga bersiap nak balik, risau juga takut tempoh kesesakan lagi kali nie. Tapi Alhamdullilah, jalanraya lancar aja dari mula masuk highway sampai lah susur keluar ke Rawang. Sekian dulu cerita raya kali nie, harap ada rezeki lagi balik Batu Kurau. Nanti sambung lagi cerita yang lain kat sini ya.. papai!