Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi resepi ringkas dengan korang Resepi Ayam Goreng Halia. Sebenarnya resepi nie Kak Sue ambik dari Instagram Wana Kamal. Kadang kalau tak ada idea memang Kak Sue akan ke Instagram beliau. Bila nampak resepi Ayam Goreng Halia nie macam teringin pula nak buat dan rasa. Terus lelaju Kak Sue cuba dan masak. Tak sangka pula lah orang kat rumah nie semua suka.. Alhamdullilah..
![]() |
Ayam Goreng Halia |
Resepi Ayam Goreng Halia
Sebenarnya resepi Ayam Goreng Halia nie ringkas dan senang sangat korang. Bahan yang memang dah ada kat rumah pun. Cuma Kak Sue nie suka derhaka kat resepi, tambah sikit bahan. Tu pun sebab Abang Man yang minta letakkan bawang besar sekali. Kita ikut ja lah kan, sayang suami katanya.. hehehe..
Owh ya, mesti ada yang tertanya sapa Wana Kamal nie kan, antara insta famous masakan nie tau. Bukan setakat masak, kemas rumah dan cara penjagaan rumah pun ada Wana kongsikan. Salah satu idola Kak Sue nie kalau bab urusan rumah tangga. Korang boleh ja singgah kat IG @wanakamal_79 nie ya kalau nak idea masakan atau tips penjagaan rumah. Harus korang suka gila nanti. Okay lah.. jom kita tengok bahan dan cara masak pula jom..
Ayam Masak Halia
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris nipis
8 biji cili padi - dihiris nipis
Cara-cara :
Gaul ayam dengan garam dan kunyit
Goreng sehingga masak atau yang suka boleh garingkan sikit
Akhir sekali masukkan bahan yang dihiris nipis tadi ke dalam ayam yang tengah digoreng
Kemudian tutup api, boleh lah di angkat
Sedia untuk dihidangkan
Korang boleh juga cuba Resepi Ayam Buttermilk