Assalamualaikum, hai semua. Hari nie genap 20 tahun Kak Sue dan Abang Man hidup bersama sebagai suami isteri. Happy Anniversary Sayangku.. terima kasih sebab sentiasa menerima orang seadanya, sentiasa menegur dan membimbing dengan kasih sayang pada orang dan anak-anak kita. Semoga kita dan keluarga kita berbahagia dunia dan akhirat. Love you forever Yang.. aamiin ya rabb.. Orang tu memang Kak Sue bahasakan diri dengan keluarga dan Abang Man.. hehehe..
![]() |
Happy Anniversary Sayangku |
Happy Anniversary Sayangku
Selama 20 tahun kami hidup sebagai suami isteri memang datang pelbagai ujian buat kami. Biasa lah kan dalam rumahtangga nie mesti ada pasang surutnya. Cuma Kak Sue besyukur ada suami macam Abang Man yang sentiasa tenang dalam apa juga keadaan. Bukan lah nak memuji suami sendiri macam tak ada khilaf kan, tapi kalau korang kenal dekat dengan Abang Man mesti tau macam mana orangnya..
Diri Kak Sue yang sekarang nie banyak dibentuk oleh Abang Man dengan izin Allah. Sentiasa bersabar dalam mendidik dan menegur Kak Sue dan anak-anak. Tak pernah sekali pun mengungkit tiap kesalahan, bagi Abang Man benda yang dah lepas tu kita tutup buku. Kita mula buku baru.. Tak pernah nak marah-marah dan rajin menolong kerja kat rumah nie haa.. Kalau tak sibuk dengan hal niaga, memang lebih suka habiskan masa kat rumah..
Rasanya untuk Kak Sue sebagai isteri Abang Man semua dah cukup lengkap untuk kami sekeluarga. Kak Sue cuma berharap kami terus istiqamah perbaiki diri dan amal kami agar lebih baik dari sebelumnya. Alhamdullilah untuk 20 tahun hidup bersama, rasanya banyak perubahan bagi diri Kak Sue dan rumahtangga kami. Tahun nie tak tahu lah ada sambutan makan-makan atau hadiah, Kak Sue ada juga nak plan tapi macam jadi tak jadi ja nie haa.. hehehe.. Apapun Kak Sue berdoa semoga kami sekeluarga berbahagia hingga ke Jannah.. aamiin ya rabb..