Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 untuk yang kaki travel atau yang tengah plan nak bercuti nanti. Korang mesti nak tau kan apa yang menarik dengan Traveloka Sales dan Matta Fair Salebration 2018 kali nie kan. Okay jom Kak Sue nak kongsi dengan korang apa yang menarik jom..
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Rasanya ramai dah tau dan kenal dengan Traveloka nie kan. Syarikat teknologi terkemuka yang sediakan penerbangan dan perkhidmatan tempahan hotel secara online yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Dan yang menariknya kali nie Traveloka Saleabration nie ada tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera tau korang. Haa.. ada diskaun lagi tau, boleh jimat sambil bercuti lagi kan. Sekarang nie kita kena bijak berbelanja tau..
Untuk info korang juga, tawaran kupon diskaun nie atas promosi penerbangan dari syarikat yang terlibat sahaja. Lebih menarik lagi tak ada caj untuk booking dan diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan tau korang. Dan macam biasa lah tertakluk pada terma dan syarat. Korang boleh tempah dalam masa promosi Traveloka Saleabration dan Matta Fair nie untuk penerbangan bila-bila masa dan kemana-mana destinasi! Wow sangat kan.. mana nak dapat kat tempat lain korang..
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 |
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 |
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 |
Bagi korang yang belum pernah buat tempahan kat Traveloka nie boleh download aplikasi Traveloka di Playstore untuk Android dan Appstore bagi Iphone. Lepas tu korang boleh lah register jadi ahli juga, senang kalau dah jadi ahli nie banyak kelebihannya tau. Lagi satu nak register sebagai ahli nie percuma ja korang, senang kita boleh tempah secara online ja dari rumah atau mana-mana. Boleh nak buat tempahan bila-bila masa, di hujung jari ja. Senang kan jimat masa dan tenaga..
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 |
Bagi korang yang pertama kali guna aplikasi Traveloka nie Kak Sue akan kongsi cara nak tebus diskaun kupon juga tau. Jom kita tengok caranya, senang ja korang macam biasa kita buat pembayaran yang lain cuma kena tambah kod kupon aja nanti. Jom kita tengok jom..
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 |
Cara Tebus Diskaun Kupon Traveloka
1. Muat turun versi terkini aplikasi Traveloka di Play Store atau App Store
2. Cari dan tempah tiket penerbangan di laman web atau Traveloka App
3. Pilih cara pembayaran korang
4. Klik apply pada halaman pembayaran
5. Masukkan kod kupon dan klik apply lagi
6. Akhir sekali, hotel voucher akan dihantar ke App Traveloka dan email korang
Haa.. siap dah. Korang hanya perlu tunggu hotel voucher yang akan dihantar pada korang nanti. Lepas tu boleh lah bercuti dengan jimat. Ada lagi yang Kak Sue nak kongsi dengan korang nie, sekarang nie kaki travel tak payah tunggu lama nak kumpul duit ke, apa ke sebab Traveloka ada buat plan ansuran terbaru 0% Maybank eksklusif dengan Traveloka tau. Korang boleh pilih 6 atau 12 bulan plan ansuran. Plan nie untuk pemegang kredit kad Maybank sahaja dan tanpa faedah
Sekarang nie senang korang, semua dihujung jari. Tambah dengan adanya Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 nie korang boleh jimat dengan diskaun yang ditawarkan. Memang berbaloi tau kalau tempah dalam waktu sekarang nie macam Matta Fair, dapat harga yang lebih murah dalam waktu yang ditetapkan. Paling penting tak ada caj tersembunyi tau. Selain tu dengan pembelian tiket penerbangan korang juga menyumbang sebanyak RM1 ke Tabung Harapan Malaysia. Apa lagi jom tempah sekarang..
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 |