Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all 1417 articles
Browse latest View live

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 untuk yang kaki travel atau yang tengah plan nak bercuti nanti. Korang mesti nak tau kan apa yang menarik dengan Traveloka Sales dan Matta Fair Salebration 2018 kali nie kan. Okay jom Kak Sue nak kongsi dengan korang apa yang menarik jom..

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018

Rasanya ramai dah tau dan kenal dengan Traveloka nie kan. Syarikat teknologi terkemuka yang sediakan penerbangan dan perkhidmatan tempahan hotel secara online yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Dan yang menariknya kali nie Traveloka Saleabration nie ada tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera tau korang. Haa.. ada diskaun lagi tau, boleh jimat sambil bercuti lagi kan. Sekarang nie kita kena bijak berbelanja tau..

Untuk info korang juga, tawaran kupon diskaun nie atas promosi penerbangan dari syarikat yang terlibat sahaja. Lebih menarik lagi tak ada caj untuk booking dan diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan tau korang.  Dan macam biasa lah tertakluk pada terma dan syarat. Korang boleh tempah dalam masa promosi Traveloka Saleabration dan Matta Fair nie untuk penerbangan bila-bila masa dan kemana-mana destinasi! Wow sangat kan.. mana nak dapat kat tempat lain korang..

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Cumanya untuk dapat kelebihan yang Kak Sue bagi tau tadi, kena lah buat tempahan awal dalam tempoh yang dah ditetapkan oleh Traveloka. Tempoh tempahan bermula dari 4 September hingga 10 September 2018 aja tau korang. Dan tempoh perjalanan pula bila-bila masa aja. Juga penjimatan dengan penerbangan domestik dengan Malaysia Airlines, Malindo Air, Air Asia atau Firefly dan nikmati rebat segera sebanyak RM10. Senang kan kita nak rancang percutian, kena cecepat lah buat tempahan tau korang. Takut nanti dah habis tempoh Traveloka Saleabration nie, harga pun dah tak ada diskaun kan, rugi lah..

Bagi korang yang belum pernah buat tempahan kat Traveloka nie boleh download aplikasi Traveloka di Playstore untuk Android dan Appstore bagi Iphone. Lepas tu korang boleh lah register jadi ahli juga, senang kalau dah jadi ahli nie banyak kelebihannya tau. Lagi satu nak register sebagai ahli nie percuma ja korang, senang kita boleh tempah secara online ja dari rumah atau mana-mana. Boleh nak buat tempahan bila-bila masa, di hujung jari ja. Senang kan jimat masa dan tenaga..

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Selain dari tempah tiket penerbangan, dengan Traveloka nie boleh juga kalau korang nak tempah hotel. Bukan dalam negara aja, luar negara pun boleh tau. Nak banding harga ke, nak tengok website penerbangan ke, semua ada dalam aplikasi Traveloka nie. Senang kerja, sekarang semua nak cepat, jimat duit dan masa. Dengan ada aplikasi Traveloka nie memang membantu sangat lah kan. Boleh terus tempah on the spot..

Bagi korang yang pertama kali guna aplikasi Traveloka nie Kak Sue akan kongsi cara nak tebus diskaun kupon juga tau. Jom kita tengok caranya, senang ja korang macam biasa kita buat pembayaran yang lain cuma kena tambah kod kupon aja nanti. Jom kita tengok jom..

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018

Cara Tebus Diskaun Kupon Traveloka

1. Muat turun versi terkini aplikasi Traveloka di Play Store atau App Store

2. Cari dan tempah tiket penerbangan di laman web atau Traveloka App

3. Pilih cara pembayaran korang

4. Klik apply pada halaman pembayaran

5. Masukkan kod kupon dan klik apply lagi

6. Akhir sekali, hotel voucher akan dihantar ke App Traveloka dan email korang 

Haa.. siap dah. Korang hanya perlu tunggu hotel voucher yang akan dihantar pada korang nanti. Lepas tu boleh lah bercuti dengan jimat. Ada lagi yang Kak Sue nak kongsi dengan korang nie, sekarang nie kaki travel tak payah tunggu lama nak kumpul duit ke, apa ke sebab Traveloka ada buat plan ansuran terbaru 0% Maybank eksklusif dengan Traveloka tau. Korang boleh pilih 6 atau 12 bulan plan ansuran. Plan nie untuk pemegang kredit kad Maybank sahaja dan tanpa faedah

Traveloka Salebration dan Matta Fair 2018
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018
Sekarang nie senang korang, semua dihujung jari. Tambah dengan adanya Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018 nie korang boleh jimat dengan diskaun yang ditawarkan. Memang berbaloi tau kalau tempah dalam waktu sekarang nie macam Matta Fair, dapat harga yang lebih murah dalam waktu yang ditetapkan. Paling penting tak ada caj tersembunyi tau. Selain tu dengan pembelian tiket penerbangan korang juga menyumbang sebanyak RM1 ke Tabung Harapan Malaysia. Apa lagi jom tempah sekarang..





Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue baru sempat nak umumkan Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue untuk yang pertama kali nie. Terima kasih pada korang yang sudi singgah dan komen, Kak Sue hargai sangat. Jom kita tengok sapa Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue kali nie jom..

Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue
Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue

Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue

Tahniah ya kepada Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue kali nie. Tak lain tak bukan Shahidah Dzukafli. Terima kasih sudi singgah dan komen kat blog Kak Sue yang tak seberapa nie. Hadiah untuk Top Komentator kali nie macam yang Kak Sue janji hari tu samada cash atau tudung kan. Jadinya Kak Sue nak bagi hadiah kali nie ialah sehelai tudung Aidijuma. 

Rasanya Kak Sue nak teruskan untuk bulan September nie. Hadiah mungkin cash atau hadiah lain, biar bagi kejutan sikit kan. Baru best sikit. Harap lepas nie korang tak jemu datang komen lagi kat blog Kak Sue nie ya. Terima kasih juga pada yang silent reader yang rajin singgah blog Kak Sue, Kak Sue hargai sangat walau tak komen. Cuma kalau komen tu boleh lah bagi hadiah macam nie kan..

Untuk Pemenang Top Komentator kali nie boleh lah email detail pada Kak Sue ya di skabdy@yahoo.com. Seterusnya Kak Sue buka balik contest Top Komentator untuk bulan September. Jemput singgah dan komen lagi tau korang, jangan jemu. Harap Kak Sue pun rajin-rajin lah update blog kan.. hehehe.. papai!

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue dapat tahu rupanya ada Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan. Katanya Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan nie akan dibina dan dijadualkan siap pada tahun hadapan. Bagus kan bila ada khidmat masyarakat macam nie, dapat membantu mereka yang betul-betul perlu..

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan

Baru-baru nie di majlis Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMCH) mengumunkan telah berjaya mengumpul RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald terbaru di Hospital USM Kelantan. Sumbangan tambahan berupa wang tunai dan barangan dari rakan-rakan perniagaan dan orang ramai.

Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dab menerima sokongan yang amat memberangsangkan menerusi sumbangan untuk memastikan visi RHMC dalam mrnjamin kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak tercapai

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan MCDonalds ke arah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memanikan peranan masing-masing ke arah kesejahteraan masyarakat

"Kami samgat menghargai sumbangan yang diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonalds. Juga memastikan keluarga dan anak-anak dapat peluang yang lebih baik dalam kehidupan adalah matlamat kami di RmHC. Setyiap sen yang disumbang kepada RHMC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama" kata Sim lagi..

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Untuk info korang juga Rumah Ronald McDonald peryama telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan ia terus meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah. Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bgersedia menerima kunjungan keluarga bermula suku pertama 2019

Menurut kata Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald MacDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
"Sebaik-baiknya kitaa mahu keluarga ini sentiasa  berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberu tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalnan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jaam perjalanan. Debgab Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Krlantan yang bakal sipa tak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada proses rawatan sab pemulihan anak mereka di hospital" kata beliau lagi

Selain dari tu Rumah Ronald McDonald yang baru nie turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih penting,Rumah Ronald McDonald yang baru nie juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara denfan bayaran yang amat minima bagi membolehkan keluarga mengggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Sebagai contoh, Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Univetsiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan adalah sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beiau menjalani rawatan kanser di hospital.

"Proses rawatan yang dialui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui" kata Mimi Faizah lagi

Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Rumah Ronald McDonald Terbaru di Hospital USM Kelantan
Orang ramai dan pelanggan McDonalds juga boleh turut serta dalam insiatif nie tau, dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang ada di restoran-restoran McDonald's seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat secara pindahan bank atau online menerusi Paypal. Untuk lebih detail tentang perkara nie korang boleh singgah sini RMHC-Malaysia.my/get-involved/make-a-donation

Untuk detail tentang RmHC dan Rumah Rolald McDonald pula boleh klik sini ya RMHC-Malaysia.my Semoga bermanfaat pada semua ya, bantu ringankan beban..

  


Cerita Young Living Essential Oil Lagi

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak Cerita Young Living Essential Oil lagi. Sebelum nie Kak Sue ada cerita dah bab lain kat sini, tapi kali nie nak cerita Young Living Essential Oil yang lain pula. Alhamdullilah, serasi dan berkesan untuk Kak Sue. Kak Sue cuba yang baru pula kali nie tau. Terima kasih Rara cadangkan untuk Kak Sue..

Cerita Young Living Essential Oil Lagi
Cerita Young Living Essential Oil Lagi

Cerita Young Living Essential Oil Lagi

Korang jangan jemu tau Kak Sue nak cerita Young Living Essential Oil lagi kali nie. Bulan lepas Kak Sue top up stok Essential Oil (EO) Kak Sue Lavender, lepas tu ingat nak cuba Stress Away sekali dah habis stock kata Rara. Jadi Rara cadangkan EO Peace & Calming untuk Kak Sue

Kata Rara lagi, EO Peace & Calming nie boleh diffuse, boleh pakai sebagai perfume juga tau. Korang sapu ja kat pergelangan tangan dan nadi. Nak buat serum pun boleh juga.. haaa.. macam-macam pun boleh. Jimat dah kan, pula tu dibuat dari bahan semulajadi lagi. Korang boleh je guna semua EO yang korang suka dengan bau dia, untuk buat perfume korang..

Cerita Young Living Essential Oil Lagi
Cerita Young Living Essential Oil Lagi
Untuk info korang, EO nie kan dari benih. Tanam dan petik, semua semulajadi tak ada campur apa-apa tau. Tak ada air ke, minyak ke tak ada. Memang asal dari pokok, bunga atau daun. Extrak cold press pastu terus jadi minyak. Sekarang nie kan ada sesetengah banyak bahan campuran kan, tak salah kalau kita guna bahan semulajadi untuk kita dan keluarga. Tak boleh buat semua, kita buat lah sikit-sikit..

Kak Sue selalunya diffuse malam tengah relak-relak nak tidur. Kadang Abang Man nak tidur pun Abang Man pasangkan. Sedar-sedar bau best ja kat bilik, sedap lah lagi Kak Sue tidur.. hehehe.. Harap ada rezeki lagi nanti dapatlah top up lagi EO yang lain lagi. Apapun kita usaha aja untuk kesihatan atau kebahagian kita dan keluarga kita, semuanya dengan izin Allah juga kan. Jumpa lagi nanti korang, kalau berminat nak guna Essential Oil nie boleh lelaju cari Blogger Rara yang cantik tu ya.. papai!

Korang boleh singgah sini juga Set Young Living Essential Oil

Scrub Muka Terbaru Dari St Ives

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang satu produk kecantikan diri Scrub Muka Terbaru Dari St Ives. Rasanya ramai dah tau dan kenal dengan produk yang memang dah lama dalam pasaran nie kan. Cumanya sekarang nie scrub muka terbaru dari St Ives nie diberi nafas baru dari packaging lama. Memang nampak lebih menarik kan..

Scrub Muka Terbaru Dari St Ives, St Ives
Scrub Muka Terbaru Dari St Ives

Scrub Muka Terbaru Dari St Ives

Sekarang nie meh Kak Sue nak kongsi Scrub muka terbaru dari St Ives nie dengan korang. Ada enam scrub muka St Ives yang diberi nafas baru dan bersesuaian dengan kulit muka masing-masing. Yang nie nanti Kak Sue kongsi kat bawah ya. Macam yang kita semua tau dalam penjagaan kulit muka, scrub adalah salah satu produk dalam senarai kan. Setahu Kak Sue juga scrub muka nie tak perlu pun kita buat setiap hari. Cukup dua atau tiga kali dalam seminggu ja tau..

Macam sekarang, Kak Sue tengah cuba scrub St Ives Energizing Coconut & Coffee Scrub. Memang best tau, bau campuran kopi dan kelapa tu rasa macam nak makan pun ada.. hehehe.. best bau dia korang. Rasa kulit muka Kak Sue segar dan lembut ja. Scrub nie boleh menyihatkan kulit muka kita yang letih dengan serbuk kopi yang ada dalam scrub nie. Jangan tak tau korang, scrub nie adalah Winner of America's #NextTopScrub tau.. hebat kan..

Scrub Muka Terbaru Dari St Ives, St Ives

Untuk info korang juga, buah kelapa nie dikenali dengan pelbagai kelebihan dengan antioksidan yang tinggi macam vitamin C dan E tau. Selain tu estrak dari kelapa nie dapat lembutkan muka secara semulajadi, menyegarkan dan dapat glowingkan muka kita tau. Lagi satu kan korang, bahan dalam scrub St Ives nie gunakan bahan semulajadi dengan estrak 100%, bebas paraben, diuji secara dermatologi. Haa.. paling penting bila bahan yang kita nak pakai tu guna bahan semulajadi dan kita rasa selamat nak pakai kan..

Macam Kak Sue kongsikan tadi, scrub muka terbaru dari St Ives nie ada enam pilihan. Jom kita tengok jom..

1. St Ives Fresh Skin Apricot Scrub
2. St Ivest Acne Control apricot Scrub
3. St Ives Energizing Coconut & Coffee Scrub
4. St Inves Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Face Scrub
5. St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub
6. St Ives Genttle Smoothing Oatmeal Svrub & Mask

Korang kalau berminat nak cuba juga boleh cari di semua cawangan Watsons dan Guardian Store di seluruh Malaysia ya. Untuk lebih detail korang boleh singgah kat bawah nie..

Terima kasih St Ives dan Nuffnang ❤

Website

Facebook

Instagram



Cuti-Cuti ke Kelantan

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue baru sempat nak kongsi cerita Cuti-Cuti ke Kelantan dengan keluarga musim raya hari tu. Sebenarnya dah lama tau Abang Man plan nak cuti-cuti ke Kelantan, tapi asyik lah tertunda ja. Kali nie memang Abang Man nekad nak ke sana dah alang habis beraya dan habis giliran kat rumah keluarga masing-masing kan. Apalagi jom kita jalan.. hehehe..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan

Cuti-Cuti Ke Kelantan Memang Best

Pengalaman cuti-cuti ke Kelantan nie, memang best tau korang. Dari mula perjalanan kami sampai lah nak balik tu memang kami sekeluarga seronok dan rasa tak puas lagi jalan-jalan kat sana tau. Orang di Kelantan nie semuanya ramah tamah, mesra dan makanan pun murah banyak pilihan pula tu. Perjalanan kami ke Kelantan melalui highway Plus kemudian susur keluar ke Kuala Kangsar. Abang Man ikut jalan ke Grik sebab kami bertolak dari kampung Abang Man hari tu. Ada beberapa jalan lain tapi Abang Man pilih jalan yang satu nie, katanya tak terlalu sunyi. Korang kalau ikut jalan nie jangan lupa isi minyak siap-siap tau sebab jauh nak jumpa stesen minyak yang terdekat..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Teruja betul Abang Man nak ke Kelantan, walaupun sebelum nie dah pernah ke Kelantan. Ini pertama kali untuk Kak Sue dan anak-anak, siap Kak Sue tak tidur dalam kereta temankan Abang Man memandu. Kami singgah rehat di Banjaran Titiwangsa nak solat dan ke bilik air. Sejuk korang kat sini siap berkabus lagi. Best juga dapat berhenti rehat sekejap kat sini, dapat juga tengok pemandangan menghijau.. chewah! Sebabkan masa kami pergi tu masih dalam waktu cuti agak sesak juga lah. Tandas pun tak berapa nak bersih dengan bau menyegat hidung.. huhuhu.. terpaksalah juga kan.. Ingat macam kat rumah sendiri ke pun kan.. hehehe..
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Selesai semua kat sini, kami sekeluarga teruskan lagi perjalanan. Kali nie anak-anak pun dah tak tidur. Masing-masing teruja dengan nak tengok jalan katanya. Perjalanan kami makan masa dekat lapan jam juga lah, dah nak hampir Maghrib baru kami sampai ke Kelantan. Kebetulan Abang Man nak jumpa agen Kelapa Laut Man Java cawangan Kelantan saudara Ayie. Jadi kami terus je ke sana, selesai berurusan kami dijemput ke rumah beliau kut nak berehat dan solat katanya. Siap belanja Nasi Berlauk Air Dingin lagi, yang pernah viral tu. Allahu.. baiknya la hai walau pertama kali jumpa..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Seterusnya selesai kami singgah solat dan menjamu selera kat rumah Ayie dan keluarga, kami minta izin nak teruskan perjalanan kami ke tempat lain. Kali nie nak cari tempat nak tidur pula sepanjang kami ada kat Kelantan nanti. Nasib lah sebelum tu Abang Man awal-awal dah buat janji dengan kawan baik Abang Man Ku Fendi yang kami kenal dari belum kahwin lagi. Dah macam keluarga dah, Ku Fendi cadangkan kami lepak di Homestay Tunjung Guest House. Dekat juga dengan bandar dan sangat selesa tau. Nanti Kak Sue cerita pasal homestay nie kat entri lain tau..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Esoknya pagi-pagi lagi Ku Fendi dah datang bawakan sarapan untuk kami sekeluarga. Dan bermula lah episod meneroka Kelantan, amboi sangat kan.. hahaha! Tak ada lah meneroka sangat tapi Ku Fendi bawa kami sekeluarga ke tempat yang harus singgah bila ke Kelantan. Tu pun kata Ku Fendi tak puas lagi nak bawa kami jalan-jalan sebab masih banyak tempat lagi kami belum pergi. Antara tempat yang sempat kami singgah kat Kelantan hari tu, Pasar Siti Khadijah, Muzium Kelantan, Pasar Che Yeh dan Pantai Cahaya Bulan. Tu yang nak kena datang lagi lain kali tu kan.. hehehe..

Pasar Siti Khadijah

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan

Muzium Negeri Kelantan

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Tempat yang paling lama kami singgah tak lain tak bukan Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh. Tau ja lah, bila dapat lampu hijau nie, semua nak diborongnya. Apapun terima kasih untuk Ku Fendi sekeluarga yang melayan kami dengan baik. Semoga silaturahim kita sekeluarga sampai bila-bila ya. Nanti kami datang lagi cuti-cuti di Kelantan, tak puas rasanya. Jumpa lagi korang di entri cuti-cuti Kak Sue yang lain, papai!


Tauhu Bergedil Suhana

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue dapat rasa Tauhu Bergedil Suhana pula. Sebelum nie asyik nampak Sue iklankan kat Facebook dan status Whatapps ja. Boleh kata hari-hari lah nampak Sue siapkan order yang tak putus-putus, Alhamdullilah. Mesti sedap, kalau tak takan lah orang yang sama asyik ulang order Tauhu Bergedil Suhana nie kan..

Tauhu Bergedil Suhana
Tauhu Bergedil Suhana

Tauhu Bergedil Suhana

Sebelum nie Kak Sue pernah nak order Tauhu Bergedil Suhana nie, tapi rasanya masa tu habis stok kut. Makanya tertunda lah niat nak merasa tapi nak jadi rezeki baru-baru nie Abang Man nak buat delivery order Kelapa Laut Man Java ke TBS lelaju Kak Sue order dengan Suhana. Nasib baik ada lagi stok, kalau tak kempunan lagi lah..

Rasanya sebelum Kak Sue nampak Tauhu Bergedil yang lain, Tauhu Bergedil Suhana nie lah dok lalu lalang kat mata Kak Sue. Punya teringin nak rasa, nampak sedap aja. Akhirnya dapat juga Kak Sue rasa, alhamdullilah. Walaupun Abang Man balik lewat sikit hari tu dan tak panas dah padahal Sue dah goreng lewat untuk Kak Sue tapi masih sedap tau. Beria Kak Sue makan..

Untuk info korang Tauhu Bergedil Suhana nie ada disediakan beberapa pilihan tau. Ada Family Box, Medium Box dan Snack Box. Suhana juga ada sediakan delivery order tapi ada caj delivery lah macam biasa ya. Ada pilihan inti daging dan ayam. Hari tu Kak Sue rasa ayam, sebab daging dah habis. Lain kali Kak Sue ingat nak cuba daging lah pulak. Packaging pun cantik dalam kotak dengan sos dalam bekas kecil comel.

Korang kalau nak rasa atau nak order juga, boleh lelaju cari Suhana kat sini Suhana Supian. Nak makan kat rumah atau order untuk majlis apa-apa pun boleh tau. Selamat mencuba korang.. papai!

Kebaikan Mendoakan Orang Lain

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kita sebagai yang beragama Islam antara kekuatan yang ada pada kita adalah dengan berdoa kan. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Kebaikan Mendoakan Orang Lain yang Kak Sue baca dari group sekolah anak Kak Sue.

Kebaikan Mendoakan Orang Lain
Kebaikan Mendoakan Orang Lain

Kebaikan Mendoakan Orang Lain

Jom Kak Sue nak kongsi dengan korang kebaikan mendoakan orang lain. Tak rugi pun korang kalau kita buat baik dan rajin mendoakan orang lain, sebab setiap perkara baik yang kita buat pasti akan ada balasannya. Kalau tak pada kita, mungkin pada suami, anak-anak dan keluarga kita.

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda " Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula. 'Dan bagimu kebaikan yang sama'. (HR Muslim No 4912)
Status : Hadis Sahih

Antara kebaikan mendokan orang lain

* Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

* Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan atau tidak ada di sisinya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

* Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan bertolak. Sepertimana hadis Rasullulah SAW

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar 500)

Jom kita doakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga Malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita. Terima kasih Ustaz Amin berkongsi nasihat yang berguna semoga pahala berpanjangan untuk Ustaz dan semoga beri manfaat juga pada kita semua.. aamiin ya rabb..

Deko Pokok Bunga Lagi

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang hobi Kak Sue yang satu nie Deko Pokok Bunga Lagi. Sebelum nie kan Kak Sue ada kongsikan hobi Kak Sue nak deko pokok bunga dalam rumah. Sayang seribu kali sayang, pokok yang Kak Sue beli tu dah mati korang, sebabnya cara penjagaan tak betul kut. Kecewa jadinya tau tapi tak apa lah jom kita tanam lagi.. hehehe..

Deko Pokok Bunga Lagi
Deko Pokok Bunga Lagi

Deko Pokok Bunga Lagi

Sebenarnya kan, apa yang buat Kak Sue jadi tertarik nak deko pokok bunga lagi kali nie sebab baru-baru nie kan Kak Sue nampak kawan-kawan facebook dan blogger kongsi beberapa jenis pokok yang sesuai kita letak dalam rumah. Cuma Kak Sue lupa pula jenis-jenis pokok yang lain, yang ingat satu pokok nie ja Lidah Jin. Tu yang Kak Sue gigih ajak Abang Man ke nursery baru-baru nie belikan untuk Kak Sue..

Info tentang pokok nie Kak Sue terbaca di wall Blogger Kolin yang cantik bergaya tu korang. Antaranya selain nama pokok nie Lidah Jin juga dikenali dengan nama Lidah Mertua.. mak hai nama. Takut dengar nama tu kan.. hahaha! Selain manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara juga menyegarkan udara tau korang. Kira penyegar udara semulajadi la kan, lagi pun Kak Sue memang suka pokok nie tau.. cantik!

Kata uncle kat nursery hari tu, pokok Lidah Jin nie paling senang nak jaga. Siram seminggu sekali ja dan boleh letak dalam rumah. Uncle tu siap masukkan dalam pasu pilihan Kak Sue, campurkan tanah dan hias dengan batu-batu putih kecil. Cantik sangat tau korang. Nie rasanya dah seminggu kut Kak Sue jaga pokok nie, nampaknya masih dalam keadaan baik. 

InsyaAllah, kalau ada rezeki rasa macam nak tambah lagi dua tiga pokok. Kadang bila pi intai deko rumah kat Instagram tu suka sangat bila depaa deko rumah dengan pokok menghijau. Nampak tenang dan sejuk ja rumah, cuma jangan lah letak banyak sangat kan. Nampak serabut lah pula kalau dah sampai nak penuh rumah. Harap pokok Kak Sue kali nie hidup subur lah ya.. aamiin.. Jumpa lagi nanti korang, papai!

Jom baca sini juga Deko Pokok Bunga Pula

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Hari tu Kak Sue ada janji nak kongsi dengan korang tempat kami sekeluarga lepak masa bercuti di Kelantan kan. Jenuh juga lah kami mencari, nasib Ku Fendi kawan baik Abang Man cadangkan Tunjung Guest House pilihan homestay di Kelantan nie. Kata Ku Fendi Tunjung Guest House nie memang jadi pilihan kawan-kawan beliau yang datang dari luar dan nak bermalam di Kelantan. Apa yang menarik lagi, lokasi homestay nie yang dekat dengan bandar senang kita nak bergerak kan..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan

Homestay Tunjung Guest House di Kelantan

Sebenarnya dah lama Abang Man plan nak bercuti ke Kelantan nie. Abang Man pula jenis redah tak suka plan nak tidur mana dan berapa hari kat sana. Kata Abang Man suka ikut rentak hati.. amboi sangat kan! Bila tiba hari nak ke sana tu ada lah call Ku Fendi nak bercuti kat sana beberapa hari. Sambil tu Kak Sue dan anak-anak google kat mana nak lepak nanti. Pening nak pilih yang mana, akhirnya Ku Fendi cadangkan kami lepak di Homestay Tunjung Guest House. Tak jauh dari Kota Bharu dalam 20 minit je katanya. Senang kan..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Selalunya kalau Kak Sue sekeluarga bercuti atau jalan-jalan suka cari hotel yang ada kolam, sebab anak-anak suka sangat mandi kolam. Kiranya ini pertama kali lah kami lepak homestay walaupun rasanya ada ja homestay yang ada kolam kan. Walaupun homestay nie tak ada kolam nasib lah kena dengan kehendak kami sekeluarga. Bersih, kemas, cantik dan harga pun berpatutan sangat.

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Ada dua bilik, dapur dan ruang tamu yang sangat selesa. Siap ada aircond kat ruang tamu dan bilik tau. Ada dapur kecil siap peti ais dan jug untuk masak air. Ada juga pinggan dan cawan untuk kita nak guna plus ada tempat lepak lagi kat kawasan homestay nie kut nak buat makan bakar-bakar ke kan. Menarik juga kalau datang dengan keluarga dan buat makan-makan kat sini kan..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Selain kemudahan yang Kak Sue bagi tau kat atas, ada sawah padi di bahagian belakang homestay nie tau. Cuma masa Kak Sue lepak sini, musim tuai padi kut tak ada lah nampak padi menghijau. Kalau tak cantik ambik gambar berlatar belakangkan sawah padi menghijau. Nak isi minyak atau memalam tetiba rasa lapar boleh ke stesen minyak Petronas yang tak jauh pun dari sini. Jalan kaki pun sampai..

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House
Rasanya lain kali datang Kelantan Tunjung Guest House nie akan jadi pilihan untuk kami lepak kut. Kak Sue suka betul dengan suasan kat sini dan layanan kakitangan yang ramah dan mesra. Memang Kak Sue cadangkan untuk korang kalau ke Kelantan meh lepak sini, mesti korang puashati punya. Kalau tak nak duduk kat homestay landed tu korang boleh aja pilih bilik kat situ. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah ya, korang boleh ja nak tanya atau buat tempahan dulu. Sampai sini dulu kali nie jumpa lagi di entri cuti-cuti Kak Sue yang lain.. papai!

Tunjung Guest House Pilihan Homestay di Kelantan, Tunjung Guest House
Tunjung Guest House

Tunjung Guest House

Alamat
Tunjung Guest House
Batu 8, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan

No Tel
09 - 712 5857

Facebook Page
Tunjung Guest House

Korang boleh baca kat sini juga tau Cuti-Cuti ke Kelantan




Giveaway : Let's Be Beautiful By Ana Suhana

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak join Giveaway : Let's Be Beautiful By Ana Suhana. Lama dah rasanya Kak Sue tak join mana-mana giveaway, kali nie nak support kawan blogger kan, syarat mudah ja pun korang. Hadiah pun best dan tempoh giveaway nie sebulan tau. Haa.. jom lah korang join sama, mana tau kan ada rezeki nanti. Jom kita tengok syarat-syaratnya jom..

Giveaway : Let's Be Beautiful By Ana Suhana
Giveaway : Let's Be Beautiful By Ana Suhana

Giveaway : Let's Be Beautiful By Ana Suhana

Syarat-syarat :

1. Follow blog AnaSuhana.com

2. Follow IG Ana Suhana di SINI

3. Buat entri bertajuk Giveaway : Lets Be Beautiful By Ana Suhana, upload banner kat atas nie dan back link ke entri giveaway Ana Suhana

4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri giveaway Ana. Kalau tak Ana tak dapat nak detect pernyertaan korang

5. Good luck and all the best to all 😍


Air Tangan Kakak

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi masakan dari Air Tangan Kakak anak dara Kak Sue yang seorang tu. Sekarang nie Kakak rajin nak cuba masak-masak dan juga cuba resepi yang Kakak belum pernah masak. Kemahin lagi Kakak,  kalau ada masa lapang memang suka nak cuba resepi atau masak. Cuma Kakak lebih kepada lauk pauk dari kuih muih atau kek. Tak apa lah nak, janji pandai buat kerja dapur kan. Merasa juga Ibu dan keluarga kita masakan dari air tangan Kakak..

Air Tangan Kakak
Kakak

Air Tangan Kakak

Walaupun Kakak satu-satunya anak dara Kak Sue tapi tak ada lah nak manjakan sampai tak pandai nak buat apa. Nama pun anak dara kan, harus tau selok belok kat dapur dan kerja rumah. Bangga juga dapat rasa masakan dari air tangan Kakak. Ya lah, Kak Sue dulu masa sebaya Kakak tak ada lah pandai sangat nak masak pun. Nak kata Kakak pandai pun tak lah juga, kang kata masuk bakul angkat sendiri pulop! Masih belajar lagi.. macam Ibu Kakak nie juga lah.. hehehe..

Kakak nie banyak ikut perangai Abang Man. Sampai suka masak pun ikut perangai Abah dia.. cuma sekarang Abang Man dah kurang masuk dapur. Sibuk dengan kerja dan order. Sesekali tu memang akan masak atau bantu juga lah kami kat dapur. Jenis Abang Man tak suka ikut resepi sangat, ikut rasa ja nak masuk bahan. Kalau Kak Sue nak kena refer resepi juga, kang entah apa pulak rasanya kan.. hehehe.. Okay tak nak sembang panjang jom lah kita tengok antara pilihan masakan dari air tangan Kakak jom..

Air Tangan Kakak
Air Tangan Kakak - Spagetti Carbonara
Air Tangan Kakak
Air Tangan Kakak - Masak Lemak Cili Padi Ikan Merah
Air Tangan Kakak
Air Tangan Kakak - Laksa Batu Kurau

Kakak memang minat bidang masak-masak nie. Kadang diam-diam ja Kakak google resepi, tak pun kadang tanya resepi masakan yang Kak Sue selalu masak kat rumah nie. Bila tiba waktu kami masuk dapur Kakak minta izin nak cuba masak. Kak Sue okay aja, bagus lah kan kalau ada niat belajar. Senang pun senang keje Ibu.. hehehe.. Jangan nanti bila balik kampung atau ke rumah orang tak tau pula nak masak atau buat kerja dapur, malu lah Ibu..

Bagi Kak Sue, setinggi mana kita bekerja atau belajar kena pandai kerja dapur dan masak. Kalau tak pandai banyak, sikit-sikit pun jadi lah kan. Kak Sue sendiri pun dulu selalu Tok Pah bising sebab tak nak belajar masak, bila dah berkahwin tinggal sendiri nasib lah datang minat nak belajar. Sekarang Kak Sue ajar Kakak pula, harap tercapai lah impian Kakak nak ada kedai dalam bahagian masakan satu hari nanti.. aamiin ya rabb.. Keep it up sayangku..



Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi info Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat. Ya lah sebagai ibu bapa kita kena lah ambik tau dan cuba cara bijak sediakan makanan berkhasiat untuk keluarga kita kan. Sekarang kita kena lebihkan penjagaan dalam makanan dan kesihatan kita, sebab nampak macam kadang tu kita sakit sebab abaikan perkara penting macam nie..

Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat
Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat


Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat

Kadang Kak Sue sendiri pun leka dan ambik mudah juga bab makan nie. Baru-baru nie Kak Sue ada baca perkongsian dari group whatapps sekolah Ustaz Kecik jadi Kak Sue rasa penting untuk Kak Sue kongsikan kat sini pula dengan korang semua. Jom kita tengok beberapa cara bijak sediakan makanan berkhasiat jom..

* Buang lemak pada daging dan kulit ayam
Ada orang takut makan ayam sebab ada banyak lemak kan. Kalau kena dengan cara boleh aja korang nak makan ayam. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat kurangkan lemak.

* Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum di makan
Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk kyrangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah ternasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya. 

* Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-sayuran
Ia akan membuatkan sayur cepat masak dan daun sayur boleh menghilangkan khasiatnya

* Bagi kekalkan khasiat Ubi Kentang dan Keledek, masak bersama kulitnya
Khasiat Ubi Kentang nie lebbih terjamin apabila korang masak dengan kulit tau tapi pastikan basuh kulitnya dengan bersih dulu sebelum masak ya..

* Memastikan Air Mendidih atau minyak benar-benar panas
Sebelum korang masukkan makanan paatikan minyak untuk mengoreng atau air untuk merebus dah betul-betul panas. Kalau korang masak sayuran hijau, kalau air atau minyak tak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Selain tu korang juga boleh sediakan ais untuk pastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya. Baru sedap kan korang..

* Kurangkan pengunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam makanan
Gunakan bahan semulajadu seperti rempah ratus atau pun sayuran seperi karot untuk menambah rasa makanan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan pengawet atau penambah rasa. Haa.. yang nie nak kena kurangkan nie.. hehehe..

* Jangan gunakan minyak masak berulang kali
Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon dalam minyak masak meningkat dan sebakan saluran arteru tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. Aishh.. bahaya nie kan..

Haa.. itu antara cara bijak yang Kak Sue kongsikan kali nie untuk korang. Lepas nie kita kena pastikan keluarga kita disediakan makanan seimbang dan berkhasiat kan. Tak boleh semua, buat sikit-sikit pun jadi lah kan. Kita kena banyakkan hidangan yang dimasak cara panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng. Semoga bermanfaat untuk semua ya.. papai!

Untuk info petikan dari whatapps nie sumber rujukan  dari Majalah Mingguan Wanita


Safi Balqis Oxywhite Dengan Tiga Langkah Mudah

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang produk penjagaan muka Safi Balqis Oxywhite Dengan Tiga Langkah Mudah. Kak Sue pasti ramai dah tau dan kenal rangkaian produk kecantikan yang satu nie kan. Memang dah bertahun dalam pasaran dah, cuma kali nie ada set penjagaan muka yang boleh dikatakan terbaru juga lah di pasaran iaitu Safi Balqis Oxywhite nie. Okay jom lah Kak Sue nak kongsi serba sikit tentang produk nie jom..

Safi Balqis Oxywhite Dengan Tiga Langkah Mudah
Safi Balqis Oxywhite Dengan Tiga Langkah Mudah


Safi Balqis Oxywhite Dengan Tiga Langkah Mudah

Safi Balqis Oxywhite dengan tiga langkah mudah nie adalah penjagaan rutin harian untuk wajah kita dengan formulasi terbaru. Produk nie diperkayakan dengan gabungan Nano Oxygen dan Nano Oxywhite. Ada tiga produk dengan tiga langkah mudah iaitu membersih, menyegar dan melembapkan. Jom kita tengok tiga produk dan tiga langkah yang perlu kita buat untuk penjagaan kulit muka kita..

Safi Balqis Oxywhite Cleanser
Aktiviti harian dan faktor persekitaran menyebakan kulit kita mejadi kotor dan tak bermaya kan. Dengan pembersih Safi Balqis Oxywhite yang mewah dengan teknologi Mikro-Form nie berfungsi membersih, menghapuskan kotoran yang berlebihan dan sisa solekan dariapada kulit, mengekalkalkan kelembapan juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Safi Balqis Oxywhite Toner
Pori muka akan terbuka selepas kulit dibersihkan dan menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Dengan toner nie ia dapat mengecilkan liang pori dengan Estrak Cendawan supaya kulit tetap bersih. Ia juga berfungsi untuk kulit menerima aplikasi produk seterusnya dengan lebih berkesan juga membuat kulit segar tanpa meninggalkan rasa melekit dan tanpa rumusan alkohol

Safi Balqis Oxywhite Moisturising Day Cream
Pendedahan berterusan kepada matahari dan penyaman udara menyebabkan kulit menjadi kusam, gelap daan kering. Dengan day cream nie ia memastikan kulit dua kali lebih cerah, melindungi kulit dari sinaran UVA dan UV8 dengan SPF2pPA++, menghalang kulit menjadi lebih gelap daripada sinaran Inframerah (IR) dengan IR Sheild, melindungi kulit 100% daripada radikal bebas, mencerahkan kulit dengan lebih cepat dan intensif, melembutkan kulit dan meratakan tona kulit

Safi Balqis Oxywhite Dengan Tiga Langkah Mudah
Safi Balqis Oxywhite Dengan Tiga Langkah Mudah

Haa.. menarik kan, hanya dengan tiga langkah mudah nie korang boleh dapat kulit cerah dan sempurna. Cuma kena rajin dan konsisten lah ya. Nak cantik kena lah rajin kan. Produk nie korang boleh dapatkan di pasaraya atau farmasi berdekatan. Ada beberapa pilihan produk lagi dengan Safi Balqis Oxywhite nie tau. Macam biasa kalau korang nak tau lebih detail, Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya.. Selamat mencuba..

Safi Balqis

Website

Facebook

Instagram


Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi bisnes kecil kami Kelapa Laut Man Java nie kan. Kami masih lagi terima tempahan dan buat delivery macam biasa. Cuma Kak Sue tak sempat nak kongsi kat sini, lagipun nanti asyik kongsi benda yang sama ja orang bosan pulak kan nak singgah blog Kak Sue.. hehehe.. Kena lah selang seli dengan cerita lain juga kan..

Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang
Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang

Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang

Sebenarnya Kak Sue ada nak kongsi berita baik untuk bisnes kecil kami Kelapa Laut Man Java nie. Sebelum Raya Haji hari tu, produk kami dilamar oleh sebuah kilang untuk rebranding produk kami tu. Hasil perbincangan Abang Man dan tuan punya kilang dua tiga hari lepas, pihak kilang berpuashati dengan rasa produk kami Kelapa Laut Man Java dan bersetuju nak bekerjasama dengan kami. Alhamdullilah.. rezeki buat kami sekeluarga. Harap berterusan lah kan..

Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang
Man Java Rebut Peluang Perniagaan Kilang
Untuk permulaan nie pihak kilang dari mana tu biar lah Kak Sue rahsiakan dulu ya. Nanti kalau dah stabil dan berterusan kerjasama nie Kak Sue akan kongsi lagi kat sini. Macam Kak Sue pernah bagi tau, untuk rebranding semula produk kami tak ada masalah tapi biar lah kena dengan caranya. Ada perbincangan dan surat kontrak. Jadi dua-dua pihak berpuashati dan tak ada perkara berbangkit di kemudian hari. Kita dalam mencari rezeki nie biarlah betul atur caranya kan. Baru berkat.. 

Selain dari membekalkan Pati Kelapa Laut, kami juga ada bekalkan Air Kedondong Asam Boi dan juga Air Durian Belanda. Korang kalau ada yang nak cuba atau rasa produk kami baik untuk minum sendiri atau nak berniaga boleh klik banner kat atas blog Kak Sue nie atau hubungi Abang Man dan Kak Sue ya. Nanti Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya.. Rezeki sama dikongsi.

Man Java Enterprise

No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com






Jom Wangikan Rumah Dengan Candle Nuts By Nadia

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak ajak korang Jom Wangikan Rumah Dengan Candle Nuts By Nadia. Baru-baru nie Kak Sue cuba candle meltz nie, bau wangi satu rumah tau.. best sangat. Sebelum nie Kak Sue tengok kat Instagram Eeya, salah seorang kenalan yang Kak Sue suka intai Instagram beliau deko-deko rumah. Cantik, kemas dan bersih tau rumah Eeya. Bila ternampak Eeya kongsi Candle Meltz dari Candel Nuts By Nadia nie Kak Sue macam teringin pula nak cuba. Tambah pula bab nak bagi rumah wangi-wangi nie memang suka lah Kak Sue..

Jom Wangikan Rumah Dengan Candle Nuts By Nadia,Candle Nuts By Nadia
Jom Wangikan Rumah Dengan Candle Nuts By Nadia

Jom Wangikan Rumah Dengan Candle Nuts By Nadia

Apa yang menarik dengan Candle Meltz dari Candle Nuts By Nadia nie, selain dengan pilihan scent, korang juga boleh mula dengan Combo Pack. Dalam Combo Pack nie ada dua scent, kita boleh pilih nak yang mana tau, ada satu packet lilin dan bunner jugak. Kak Sue pilih scent Sea Spray dan Lovely Lace untuk memula nie..

Masa Kak Sue order tu Kak Sue terlepas pandang lah pulak boleh pilih bunner jugak. Boleh pilih nak macam mana n warna apa, tapi tak apa lah kan. Okay ja dengan bunner yang Kak Sue dapat nie. Menarik ja pun.. nanti kalau rasa nak tukar boleh beli asing dengan Nadia. Ada beberapa pilihan bunner juga tau korang.. ada juga lah yang berkenan kat hati Kak Sue nie.. hehehe..

Jom Wangikan Rumah Dengan Candle Nuts By Nadia, Candle Nuts By Nadia
Candle Nuts By Nadia - Sea Spray
Jom Wangikan Rumah Dengan Candle Nuts By Nadia
Candle Nuts By Nadia - Lovely Lace
Bagi Kak Sue tak salah kalau kita nak laburkan duit sikit untuk keselesaan rumah kita. Ya lah, nak bagi rumah wangi-wangi kan, sambil rehat-rehat tu. Kak Sue suka pasang bila kami sekeluarga berkumpul kat ruang tamu, bau best ja. Ya lah seharian dengan rutin masing-masing dapat berehat dengan bau wangi-wangi nie buat mood kita pun happy dan tenang kan.

Cuma Kak Sue nak ingatkan kena hati-hati juga lah ya dengan candle semua nie. Tambah yang ada anak kecik tu, takut kan terbalik ke apa lain pula jadinya kan. Korang kalau berminat nak cuba juga boleh lah lelaju cari Nadia kat sini CandelNutsByNadia tau. Jom kita wangi-wangikan rumah kita jom..











Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue Bulan September

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Sempena bulan baru nie, Kak Sue nak umumkan Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue Bulan September. Terima kasih kepada kawan blogger yang support, datang singgah dan komen ya. Untuk Pemenang Top komentator Blog Kak Sue bulan September nie kita ada pemenang baru. Jom kita tengok siapa gerangannya jom.. hehehe..

Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue Bulan September
Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue Bulan September

Pemenang Top Komentator Blog Kak Sue Bulan September

Tahniah kepada pemenang Top Komentator Blog Kak Sue bulan September nie BloggerCuya Terima kasih sudi support, singgah dan komen blog Kak Sue ya. Macam yang Kak Sue janjikan hadiah untuk bulan nie samada cash atau hadiah lain. Kak Sue tak sempat nak cari hadiah lain jadi hadiah untuk kali nie Kak Sue bagi cash aja lah ya..

Pemenang Top Komentator untuk bulan September nie boleh lah emailkan no akaun dan nama penuh pada Kak Sue di skabdy@yahoo.com ya. Kak Sue buka balik contest Top Komentator Blog Kak Sue untuk bulan Oktober. Hadiah untuk bulan Oktober nanti masih sama cash atau hadiah lain. Jemput singgah dan komen tau korang.. papai!

Happy Anniversary Sayangku

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Hari nie genap 20 tahun Kak Sue dan Abang Man hidup bersama sebagai suami isteri. Happy Anniversary Sayangku.. terima kasih sebab sentiasa menerima orang seadanya, sentiasa menegur dan membimbing dengan kasih sayang pada orang dan anak-anak kita. Semoga kita dan keluarga kita berbahagia dunia dan akhirat. Love you forever Yang.. aamiin ya rabb.. Orang tu memang Kak Sue bahasakan diri dengan keluarga dan Abang Man.. hehehe..

Happy Anniversary Sayangku
Happy Anniversary Sayangku

Happy Anniversary Sayangku

Selama 20 tahun kami hidup sebagai suami isteri memang datang pelbagai ujian buat kami. Biasa lah kan dalam rumahtangga nie mesti ada pasang surutnya. Cuma Kak Sue besyukur ada suami macam Abang Man yang sentiasa tenang dalam apa juga keadaan. Bukan lah nak memuji suami sendiri macam tak ada khilaf kan, tapi kalau korang kenal dekat dengan Abang Man mesti tau macam mana orangnya.. 

Diri Kak Sue yang sekarang nie banyak dibentuk oleh Abang Man dengan izin Allah. Sentiasa bersabar dalam mendidik dan menegur Kak Sue dan anak-anak. Tak pernah sekali pun mengungkit tiap kesalahan, bagi Abang Man benda yang dah lepas tu kita tutup buku. Kita mula buku baru.. Tak pernah nak marah-marah dan rajin menolong kerja kat rumah nie haa.. Kalau tak sibuk dengan hal niaga, memang lebih suka habiskan masa kat rumah..

Rasanya untuk Kak Sue sebagai isteri Abang Man semua dah cukup lengkap untuk kami sekeluarga. Kak Sue cuma berharap kami terus istiqamah perbaiki diri dan amal kami agar lebih baik dari sebelumnya. Alhamdullilah untuk 20 tahun hidup bersama, rasanya banyak perubahan bagi diri Kak Sue dan rumahtangga kami. Tahun nie tak tahu lah ada sambutan makan-makan atau hadiah, Kak Sue ada juga nak plan tapi macam jadi tak jadi ja nie haa.. hehehe.. Apapun Kak Sue berdoa semoga kami sekeluarga berbahagia hingga ke Jannah.. aamiin ya rabb..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang yang tengah merancang nak buat majlis perkahwinan atau pada bakal-bakal pengantin satu pakej  yang menarik iaitu H Garden Cafe tawarkan majlis berkonsepkan taman. Kak Sue pun sebenarnya suka juga dengab tema yang H Garden Cafe tawarkan majlis berkonsepkan taman nie. Ya lah ada bunga-bungaan ala-ala kat taman cantik dan menarik ja kan. Lain sikit dari majlis-majlia yang dah biasa orang buat..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman

Sekarang nie boleh dikatakan ramai suka buat majlis macam H Garden Cafe tawarkan nie kan, majlis berkonsepkan taman. Dengan adanya perkhidmatan macam nie korang yang merancang nak adakan majlis konsep macam nie dah tak payah risau dah, sebab semua lengkap dalam satu pakej nie. Bukan setakat majlis perkahwinan aja tau, ada pilihan majlis lain yang boleh korang buat kat cafe nie juga antaranya majlis pertunangan, sambutan harijadi atau majlis-majlis lain..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe - Photo by Ana Suhana
Untuk info korang juga, H Garden Cafe nie berada di bawah syarikat Wedding Studio Sdn Bhd. Syarikat nie memang sediakan pakej dan juga tempat untuk majlis perkahwinan. Korang boleh ja nak pilih yang mana dan kat mana nanti. Selain dari tu syarikat nie juga dah lama berada dalam bidang nie sejak dari tahun 2009 lagi tau. Bertempat di Plaza Jelutong, Persiaaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, Shah Alam. Jadi korang tak perlu risau, sebab dah lama berada dalam bidang nie kan..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe - Photo By Ana Suhana
Sekarang, jom Kak Sue nak kongsi pakej yang ada kat H Garden Cafe nie pula. Pakej perkahwinan yang disediakan di cafe nie ada satu pilihan ja tau korang. Pakej yang disediakan ialah untuk 500 tetamu  dengan harga RM21,000. Korang akan dihidangkan dengan menu buffet, 4 buah dome VIP, 25 buah meja dan 250 kerusi termasuk 10 orang pelayan. Kalau tak cukup korang jangan risau, sebab boleh tambah khemah kat bahagian luar cafe nie juga.

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu di H Garden Cafe 
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu H Garden Cafe
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu H Garden Cafe
H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
Menu H Garden Cafe
Untuk pengantin pula, ada disediakan sepasang baju sanding, make up, pelamin ala taman, kek pengantin tiga tingkat dan bilik hotel untuk bermalam. Bukan tu aja tau, ada kompang secara live lagi. Tak lupa juga set PA system dan emcee juga ada khidmat photography dan videography siap dengan CD sekali. Haa.. tak payah risau dah bab pelamin, make up, nak upah photoq lain kan semua siap sekali dalam pakej nie. Senang dah, dari bab makan sampai lah bab persiapan pengantin semua lengkap dah..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe - Photo By Ana Suhana
Kak Sue juga nak kongsi, istimewa untuk korang yang nak menempah pakej nie bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2018 nanti korang akan dapat tambahan dua ekor Kambing Golek atau persembahan live band tau. Menarik kan.. kena cepat-cepat lah tempah sebelum tarikh tamat. Jimat dah tak payah nak tambah duit lagi untuk salah satu pilihan istimewa yang pihak Wedding Studio tawarkan nie..

H Garden Cafe Tawarkan Majlis Berkonsepkan Taman
H Garden Cafe
Akhir sekali, kalau korang nak datang makan dan melepak kat sini pun boleh tau. Cafe nie ada sediakan beberapa menu ala carte juga. Boleh lah nak datang dengan keluarga atau kawan-kawan kan. Tempat pun selesa dan cantik. Macam biasa kalau korang nak tau lebih detail Kak Sue kongsi kat bawah nie ya..

Wedding Studio Sdn Bhd

Alamat
Lot HG88A
Ground Floor, Plaza Jelutong,
Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 
40150 Shah Alam

Waktu Operasi
Selasa - Ahad
12 tengahari - 9 malam

Telefon
012 - 4292806
012 - 4978827
017 - 2377449

Facebook

Instagram




Kenangan Yang Takan Dilupakan

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Lama juga Kak Sue menyepi kali nie kan. Mencari kekuatan diri yang hilang dengan perkara yang meluluhkan hati kami sekeluarga. Kak Sue bukan nak ulas panjang pun, tak berniat nak berkongsi secara detail. Sengaja nak kongsi kat sini sebagai kenangan yang takan dilupakan seumur hidup bagi kami sekeluarga dan sebagai panduan untuk anak-anak bila Kak Sue dah tak ada untuk depa nanti..

Kenangan Yang Takan Dilupakan
Kenangan Yang Takan Dilupakan

Kenangan Yang Takan Dilupakan

Tak tau nak mula dari mana, cuma musibah yang Kak Sue sekeluarga anggap sebagai ujian hidup yang paling perit dan luluhnya hati kami sekeluarga. Apa yang jadi buat Kak Sue musahabah diri walau hakikatnya tetap ada kesan dendam yang mendalam dalam hati. Rasa marah, tak puashati, geram akan berulang-ulang setiap kali bila terimbas cerita sedih yang luluhkan hati kami sekeluarga..

Sepanjang minggu tak dapat berfikir dan bertindak dengan baik. Penuh dengan emosi sedih, marah dan dendam. Susahnya lah hati nie nak redhakan, Allah ja maha mengetahui. Bercakap sabar dan redha tak semudah kalau kita yang merasa. Hari-hari.. setiap masa pujuk hati sendiri.. InsyaAllah tak ada apa-apa.. redhakan lah.. maafkan lah.. tapi tak boleh.. 

Alhamdullilah, selesai kami sekeluarga jumpa kaunseling lebih tenang dan redha sikit rasa hati. Anak-anak pun nampak dah macam biasa balik, harap dapat redhakan semua perlahan-lahan. Kami bertemu dan terjadi perkara yang tak kami duga dengan orang yang salah. Harapnya lepas nie kami sekeluarga lebih berhati-hati dengan orang sekeliling. Biasa lah, kita manusia nie tak lari dari khilaf kan.. ada hikmahnya..

Untuk anak-anak Ibu, semua ibu bapa kat dunia nie mahukan yang terbaik untuk anak depa. Nasihat dan marah ibu bapa tu tanda sayang, redha ibu bapa tu tanda berkat hidup anak. Musibah yang datang untuk kita, anggap saja sebagai ujian. Kita sama-sama musahabah diri. Dalam setiap ujian pasti ada hikmah. InsyaAllah yang datang lepas nie semua baik-baik aja.. aamiin ya rabb.. Ibu nak kongsikan kata-kata yang Ibu ambil dari Facebook Acik untuk renungan kita bersama..

Apa-apa yang buatkan kita bersedih hari nie.. semoga Allah mengantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah.. Walaupun airmata tu harus tangan kita sendiri yang mengusapnya. Walaupun hati tu hanya kita sendiri yang memujuknya. Semoga digantikan kesedihan kita, dengan sesuatu yang lebih baik..

Tidak lah Allah mengambil sesuatu dan mentakdirkan sesuatu, melainkan Allah Tahu, tu yang terbaik..

Ibu doakan semoga Allah sentiasa lindung anak-anak Ibu dari segala malapetaka, dari segala niat jahat manusia atau makhluk lain. Hidup kita nie biarlah berlandaskan Allah semata-mata ya nak.. Bila Ibu dan Abah tak ada nanti untuk anak-anak Ibu ingat Allah ya, Allah ada untuk kita dalam keadaan apa sekali pun. Ingat tu.. Semoga Allah pelihara hati kita. Kasih sayang Ibu untuk Abah dan anak-anak Ibu hingga ke syurga Allah.. 




Viewing all 1417 articles
Browse latest View live