Quantcast
Channel: Shuhaida Kabdy
Viewing all 1417 articles
Browse latest View live

Ramadhan Kali Ini

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue harap RamadhanKali Ini semua kenangan yang baik-baik aja. Kalau ada juga ujian yang datang harap dapat Kak Sue positifkan diri dan terima qada dan qadhar dari Allah. Kak Sue juga harap Ramadhan kali nie dapat perbaiki diri dan amal agar lebih baik dari tahun sebelumnya. Ya lah dalam hidup kita nie mesti kita ada niat nak berubah untuk lebih baik kan..

Ramadhan Kali Ini
Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan kali ini walaupun cuaca tak menentu tapi Alhamdullilah rezeki yang Allah tetapkan untuk kami sekeluarga sentiasa cukup. Tahun nie juga kalau geng Madrasah Adik datang kami akan bekalkan air jualan kami untuk depa berbuka puasa. Adik pun tak dapat nak berbuka dengan kami kalau hari biasa sebab Ustaz Amin mudir Madrasah Adik tengah latih Adik jadi imam. Seronok dan bangga Ibu dan Abah dengar Adik terpilih untuk tahun nie..

Ramadhan kali ini juga Adik terpilih beberapa kali dah jadi imam. Memula Ustaz Amin test Adik jadi imam Isyak. Hari berikutnya Adik terpilih jadi imam Terawikh pula. Akhirnya sampai pun hajat Adik nak jadi imam kan. Kalau korang ada ikut cerita Ustaz Kecik Kak Sue nie, Kak Sue pernah kongsi yang Adik pernah cakap nak jadi imam. Alhamdullilah tercapai hasrat Adik nak jadi imam pada umur Adik 12 belas tahun..

Semoga Ramadhan Kali Ini memberi kita semua rahmat dan bertemu malam Lailatul Qadar, aamiin ya rabb.. Selamat menjalankan ibadah puasa dan Terawikh semua..




Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi kan kat korang Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral pula. Ya lah, tak lama lagi kita dah nak sambut Aidilfitri pula kan. Tentu-tentu lah ada yang dah mula buat persiapan untuk raya, tu yang Kak Sue nak cadangkan kat korang pilihan Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral nie..

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral

Sebenarnya lepas Kak Sue sekeluarga ke food review kat Bangi hari tu, sempat Kak Sue singgah nak tengok-tengok Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral nie. Kak Sue pun belum pernah lagi singgah kat area Bangi Sentral nie. Rupanya memang banyak pilihan butik kat sini antaranya Novembermate nie lah..

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Korang yang tengah mencari-cari baju raya terkini dan harga berpatutan boleh lah singgah kat Novembermate nie. Bukan setakat pilihan baju raya dewasa aja kanak-kanak pun ada, skirt dan blouss pun ada, pilihan tudung, pilihan kasut dan bag dengan pilihan warna, corak dan fesyen yang menarik. Cantik-cantik juga tau..

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Selain dari tu ada juga barangan make up, penjagaan diri dan kuih raya. Kak Sue dah rasa dah kuih rasa kat sini memang sedap.Lagi satu kan Kak Sue nak kongsi dengan korang, Novembermate nie memang selesa untuk kita shopping. Ada tempat duduk untuk kita berehat sementara keluarga atau kawan mencuba baju di bilik yang disediakan.
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Kalau tetiba nak ke bilik air pun ada tandas yang bersih juga kat sini tau. Jadi korang boleh shopping dengan tenang  dan happy..Bagi korang yang tinggal berdekatan Bangi boleh lah singgah kat Novembermate nie tau, yang duduk jauh pun boleh. Korang boleh singgah kat IG dan FB Novembermate ya. Macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie..

Novembermate 
Level 1
1-11-02 Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Landmark
Sama bangunan dengan LeeyanaRahman
Belakang Wisma PKNS

Facebook
www.facebook.com/Novembermate

Instagram


Lazada Riang Ria Raya Sale

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Tak lama lagi kita bakal sambut Aidilfitri pula kan. Sana-sini orang berkongsi jualan murah dan macam-macam lagi. Kak Sue pun tak terkecuali juga nak kongsi dengan korang Lazada Riang Ria Raya Sale sempena sambutan raya tak lama lagi. Jom Kak Sue kongsikan dengan korang apa yang menarik tentang Lazada Riang Raya Sale untuk kali nie ya. Ada banyak pilihan barangan dan tawaran  yang tak kurang hebat.. menarik kan.. jom kita tengok jom..

Lazada Riang Ria Raya Sale
Lazada Riang Ria Raya Sale

Kempen Lazada Riang Ria Raya Sale

Sekarang nie semua senang dah kalau nak shopping. Tak payah susah-susah nak keluar memandu, nak cari parking dan bersesak kat mall. Shopping online pun boleh, tu yang Kak Sue nak kongsi dengan korang Kempen Lazada Riang Ria Raya Sale sempena sambutan raya kat korang nie. Semua dihujung jari sekarang, senang kan..

Lazada Riang Ria Raya Sale akan bermula dari 1 hingga 4 Jun 2018, dengan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% dari pelbagai pilihan produk termasuk tawaran eksklusif dari lebih daripada 30 jenama antarabangsa. Antara pilihan jenama yang ditawarkan kat Lazada ialah Asus, Watsons, Carlo Rino, Poney, Levi's, Siti Khadijah, Samsung, Panasonic, Tesco, Maybelline, Nivea, Huggies, PetPet, Philips, Clarks, Logitech dan banyak pilihan lain lagi tau..

Lazada Riang Ria Raya Sale
Lazada Riang Ria Raya Sale
Selain dari tu, Riang Ria Sale nie juga akan menawarkan Jualan Flash ada lebih daripada 600 voucher, tawaran Essential Raya dan Buffet Buka Puasa, Tawaran Buddle dan Rakan Kongsi Eksklusif. Haa.. menarik kan, macam-macam tawaran ada. Kak Sue pun teruja juga nak shopping raya kat Lazada nie bila dapat tau banyak tawaran menarik macam nie. Bila ada sale macam nie lah kita kena rebut peluang dan dapat berjimat kan..

Yang terakhir dan menarik Kak Sue nak kongsi dengan korang Tawaran Duit Raya Shakin dan berpeluang memenangi voucher tunai RM50. Dengan nilai nie, boleh juga buat tambah-tambah bila nak shopping kat Lazada nanti kan, sapa nak bagi. Nak tak voucher tunai? Haa.. meh Kak Sue kongsikan langkah mudah untuk korang ikut kat bawah nie cara nak menang Duit Raya Shakin

Cara Menang Duit Raya Shakin

1. Muat turun, log masuk Apps Lazada  dan daftar
Lazada Riang Ria Raya Sale

2. Screenshot jadual kat bawah nie, senang nanti korang nak ingat bila nak shake-shake..
Lazada Riang Ria Raya Sale

3. Log in akaun dan korang kena kekal kat laman utama. Sedia untuk shake handphone korang
Lazada Riang Ria Raya Sale

Ingat tau, korang kena shake setiap hari handphone korang dari 22 Mei hingga 4 Jun nanti. Masa 5.30 pagi, 12.30 malam dan 9.30 malam. Mana tau ada rezeki korang kan.

Lazada Riang Ria Raya Sale

Haa.. senang ja kan cara nak menang Duit Raya Shakin dari Lazada nie kan. Korang ikut ja step yang Kak Sue kongsi kat atas tu ya. Untuk terma dan syarat korang boleh klik link nie MyCampaign Riang Ria Raya Shakin Deals Mega. Selamat berpuasa dan selamat menyopping korang.










Selamat Tinggal GST

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Pejam celik dah masuk bulan Jun, bulan yang kita semua rakyat Malaysia tertungu-tunggu bila bertukarnya kerajaan baru. Selamat Tinggal GST semoga lepas nie ada pembaharuan yang baik untuk kita semua. Agak terbeban juga sebelum nie kan..

Selamat Tinggal GST
Selamat Tinggal GST

Selamat Tinggal GST

Kak Sue tengok kat berita katanya kedai-kedai atau pasaraya akan hapuskan GST secara berperingkat. Macam kami sebagai peniaga pun terasa juga tau bila beli barang GST saja pun dah berpuluh-puluh ringgit. Dah makan modal kan, tapi nak buat macam mana.. ikut aja lah.. Sekarang nie boleh kita semua ucap Selamat Tinggal GST dah..

Ada juga kawan-kawan termasuk Kak Sue tunggu 1 Jun 2018 nak beli barang. Konon nak kosong GST.. hehehe.. Memang ada pengurangan la harga barang tu. Jimat lah sikit kan. Apapun masih baru lagi kita nak ulas pasal kerajaan baru nie. Kita tunggu dan lihat, doa yang baik-baik aja tau.. Semoga ada perubahan dan pembaharuan yang baik untuk semua pihak.. aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti, papai!


Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai yang Kakak anak dara Kak Sue yang sorang tu cuba-cuba nak memasak. Alhamdullilah, ringan sikit kerja Kak Sue kat dapur sekarang nie sebab Kakak memang banyak bantu. Nasib lah Kakak pun ada minat nak masak, suka mencuba. Cuma Kakak nie lebih suka cuba resepi lauk pauk dari resepi kek atau kuih muih nie. Okay lah, jom kita tengok apa bahan dan cara masak Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai yang Kakak masak nie jom..

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Sebenarnya, Kak Sue agak suka resepi yang nie tau. Ada rasa masam-masam campur pula dengan daun limau purut dan bunga kantan tu kan. Memang membuka selera bila ada rasa masam-masam tu. Rasanya lepas nie, Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai nie akan jadi salah satu menu kesukaan kami sekeluarga. Sedap.. hehehe..

Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai

Resepi Asal : www.buatoranglapo.com

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 biji tomato
Tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan Cincang Halus :
3-4 ulas bawang merah - Kak Sue guna 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia muda
1 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus : 
1 kuntum bunga kantan (kecil)
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi (boleh tambah @ kurangkan)

Bahan-Bahan Sos
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus limau nipis / lemon
1 sudu besar kicap manis

Cara-cara :
Bersihkan ikan dan toskan. Lumur ikan dengan garam dan tepung jagung secukupnya. Perap sekejap ya
Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan minyak sekejap
Untuk kuah pula, tumiskan semua bahan yang di cincang halus sehingga naik bau
Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos. Kacau rata
Biar mendidih, masukkan pula bahan-bahan hiris, air dan garam secukup rasa
Masak sampai kuah pekat sedikit. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sekejap dan tutup api
Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
Sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba korang..





Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee Yang Baru

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee Yang Baru kat korang nie. Apa yang menarik tentang Skuad Selebriti Shopee yang baru nie ialah korang boleh dapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh mereka. Antaranya artis nombor satu negara Siti Nurhaliza, Nora Danish, Izzara Aisyah, Ellfira Loy, Heliza Helmi dan Emma Maembong. Menarik kan..

Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee Yang Baru
Skuad Selebriti Shopee Yang Baru

Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee Yang Baru

Hari ini, dengan kira-kira 10 juta pengguna dan dianggarkan 400,000 usahawan di platform ini, Shopee Malaysia terus kukuh di tangga pertama bagi kategori apklikasi membeli belah dalam talian di App Store dan Google Play. Senang ja sekarang nie kan kalau berminat nak membeli belah boleh buat secara online

Menurut kata Ian Hoo Pengarah Urusan Serantau Shopee, mereka tahu rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing mereka mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh sebab tu, mereka melancarkan Skuad Selebrity Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti kegemaran korang dengan semudah satu klik aja! Dengan pelancaran ini juga Shopee menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa atas semua koleksi selebriti. Haa.. best kan..

Shopee juga berbesar hati untuk mengumumkan enam selebriti terkemuka di Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee ini. Sebagai platform e-dagang tanpa komisen yang menawarkan penghantaran percuma di seluruh negara, terma dagangan kami yang mudah diperkukuhkan dengan ciri-ciri istimewa, sokongan penuh dan capaian ke selyruh negara yang terdapat pada platform Shopee, membolehkan selebriti mengembangkan perniagaan dalam talian mereka. Pada masa akan datang, Shopee mensasarkan untuk mengembangkan Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan barisan selebriti baru setiap bulan

Memperkenalkan barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee :

• Penyanyi Nombor 1 Malaysia, YBhg. Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti

• Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden.

• Prlakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee

• Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan Heluza Guzel Hive - menjual pakaian tradisional Muslim

• Artis serba boleh, Emm Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lkonan dan peragaan, malah memulakan perniagaan sendiri yang membariskan penjagaan kulit, EMBS

Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee jufa pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tak boleh dilepaskan. Kempen mingguan ini akan menampilkan pelancaran eksklusif produk termasuklah koleksi alat solek bertemakan emas keluaran YBhg. Dato Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI New Gold Edition menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh dudapatkan di Shopee

Korang peminat selebriti ini mesti ternati-nanti kan siri acara komuniti dan pemberian hadiah yang dianjurkan oleh Shopee seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial yang menawarkan hadiah menarik. Kempen Cahaya Raya Shopee juga masih berlangsung tau. Dari 3 Mei ke 17 Jun, korang berpelung memenangi hdih bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam apklikasi Shopee yang mengujakan

Shopee turut bekerjasama dengan Visa dalam membawakan permaian popular 'Ketupat Raya' yang menjanjikan pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000, sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi. Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit  dengan permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari dari 17 Mei hingga 8 Jun pada dua waktu yang ditetapkan iaitu 5.00 pagi dan 7.00 malam

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilncarkan sebnyak lima kali sehari dan rebat baucer sepanjang kempen Beat teh Clock Shopee. Selain itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) membolehkan pengguna memilih sendiri padanan kegemaran mereka daripada menu produk yang sefao ada dan menikmati potongan harga istimewa. Akhir sekali, dapatkan Koleksi Tetbaik Cahaya Raya (Best of Cahaya Raya) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk.

Untuk lebih detail tentang Skuad Selebriti Shopee korang boleh klik sini shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad

Untuk lebih detail tentang Kempen Cahaya Raya pula, korang boleh klik sini shopee.com.my/m/shopee-cahaya-raya

Jom muat turun apklikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play

Resepi Labu Air Pak Pandir

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Labu Air Pak Pandir. Haa.. menarik kan nama resepi Labu Air Pak Pandir nie kan? Sebenarnya resepi nie Alang, adik Kak Sue yang masak hari nie. Senang gila nak masak tau korang, lawan pula dengan air asam memang sedap makan tau. Tak sedar bertambah-tambah makan..

Asal nama resepi nie dari arwah bapa mertua Alang. Tak pasti lah pulak kenapa letak nama Pak Pandir kan, Alang pun tak tau kenapa. Unik kan, yang pastinya resepi nie mudah dan cepat nak sediakan. Semuanya rebus ja, tak payah nak tumis-tumis bagai. Jom lah kita tengok bahan dan cara nak sediakan Labu Pak Pandir nie jom..

Resepi Labu Air Pak Pandir
Labu Air Pak Pandir

Labu Air Pak Pandir

Bahan-bahan :
1 biji labu air - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris halus
5 biji cili api - ikut kepedasan masing-masing tau
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit air

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam periuk
Didihkan air sekejap
Kemudian masukkan labu air, masak sehingga empuk
Akhir sekali perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan

Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Diam tak diam tak berapa hari lagi kita dah nak sambut hari raya dah. Mesti korang dah mula sibuk cari baju raya kan, meh la Kak Sue nak ajak korang singgah ke Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah nie. Ada beberapa cawangan Butik Haqqi yang boleh korang pergi antaranya TTDI, Bangi, Shah Alam dan Trengganu. Haa.. boleh pilih mana Butik Haqqi yang paling dekat dengan rumah korang..

Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah

Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah

Baru-baru nie Kak Sue sempat singgah ke Butik Haqqi pilihan fesyen patuh syariah cawangan TTDI Damansara. Sebenarnya pertama kali Kak Sue ke Butik Haqqi nie. Apa yang menarik kat Butik Haqqi nie selain korang nak cari baju raya ada juga kelengkapan untuk umrah dan haji dijual kat butik nie tau. Pilihan pakaian pun bukan untuk orang perempuan aja, untuk kaum lelaki pun ada. Baju Kurung semurah RM75 dan Kurta untuk lelaki pula serendah RM30. Senang kan nak shopping bila semua ada dalam satu tempat macam nie, senang kerja dan jimat masa..

Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI
Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI

Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI
Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI
Di Butik Haqqi nie ada pilihan jubah, baju dan seluar, baju kurung, tudung dan juga pilihan pakaian untuk lelaki. Tinggal pilih aja mana yang berkenan dihati. Harga pun korang jangan risau sangat berbaloi dan ada ada jualan murah setiap minggu sampai lah malam raya nanti. Selain pakaian ada telekung, pakaian ihram, sarung tangan, stokin dan macam-macam lagi lah untuk kelengakapan umrah dan haji. Rasanya butik pertama kut selain jual pakaian siap ada jual kelengkapan untuk umrah dan haji.. bagus kan.

Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI
Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI
Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI
Butik Haqqi Pilihan Fesyen Patuh Syariah
Butik Haqqi TTDI
Nak lagi murah korang boleh datang ramai-ramai ke Jualan Gema Vaganza 2018 8 Jun nanti bermula 8.45 hingga 9.45 malam di Butik Haqqi Shah Alam, ada jualan gila-gila murah dengan artis lagi. Korang juga berpeluang beramah mesra dengan Fitri Haris nanti. Haqqi cawangan lain pun ada juga buat jualan murah bermula 5 Jun 2018 sanpai malam raya tau. Kak Sue kalau sempat pun nak singgah juga nanti. Korang yang tinggal dekat dengan Shah Alam dan sekitarnya jangan lupa tau datang ramai-ramai Butik Haqqi Cawangan Shah Alam di Seksyen 7. Selamat membeli belah korang..

BUTIK HAQQI
Butik Haqqi Shah Alam Seksyen 7
Butik Haqqi Bangi
Butik Haqqi TTDI
Butik Haqqi Kuala Trengganu





Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Sempena sambutan raya nie Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia. Jualan murah Super Honor Day nie akan melancarkan Honor 7A dan Honor 10 edisi Phantom Green bermula pada 8 Jun 2018 nanti tau dan sepanjang jualan murah nei nanti korang boleh dapat potongan harga sehingga 30% bagi semua produk Honor. Haa.. yang nie yang best nie kan siap ada diskaun lagi nie..

Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia

Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, pihak Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan Honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-dua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat iaitu Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar, Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15 hari.

Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
"Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak.

Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliaran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah.Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan" kata Zhao Zhiwei Ketua Honor Malaysia

Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Super Honor Day Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Honor 7A yang baru dijangka menjadi telefon pinyar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoti yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honir 7A turut dilengakapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.

Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pinyar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8 0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day 1

Bagi korang yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lepas korang mesti teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super Honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada hraga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298 selagi stok masih ada

Untuk special Super honor Day korang boleh laju-laju singgah sini Shopee honormy Officialstore

Untuk lebih detail korang boleh singgah kat bawah nie tau..

Shopee Malaysia

Website






Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Tahun nie lagi berapa hari kita nak sambut Hari Raya baru Kak Sue sempat nak kongsi gerai kami Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP. Acah busy betul kan.. hahaha! Tahun nie pun kami kat lorong tengah tapi kat depan lorong masuk pulak. Korang yang duduk area BTP atau kawasan berdekatan jangan lupa tau singgah Gerai Kelapa Laut Man Java nie ya..

Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP
Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP

Kelapa Laut Man Java di Pasar Ramadhan BTP

Macam yang pernah Kak Sue kongsikan kat sini tahun lepas BTP nie nama singkatan dari taman perumahan yang Kak Sue duduk nie, Bandar Tasik Puteri. Rasanya sekarang ramai dah tau kut kat mana Bandar Tasik Puteri nie, kalau dari KL korang boleh ikut PLUS atau LATAR aja. Kalau ikut highway memang kurang sesak kalau nak banding ikut jalan biasa. Kut lagi ada yang teringin nak rasa Kelapa Laut Man Java kan.. hehehe..

Macam tahun lepas juga, selain Air Kelapa Laut Man Java ada pilihan air buah dan air lain juga. Antaranya Air Kedondong Asam Boi, Kelapa Muda, Kelapa Muda Lemon, Teh Bunga, Durian Belanda, Tembikai, Sirap Laici dan akhir sekali Air Sunquick. Jangan tak tau Sunquick nie memang ada peminatnya tau, ada tu tiap hari datang beli lagi. Lagi satu kami juga ada sediakan Kelapa Laut Man Java panas, pun ada peminat sendiri juga nie. Kak Sue tiap hari minum yang panas, tak ada lah rasa lesu sangat badan kan. Kadang yang sejuk jadi lesu badan.. hehehe..

Korang yang tinggal kawasan berdekatan BTP atau Rawang jemput datang singgah ya. Gerai kami beroperasi selepas Asar hingga waktu berbuka. Kami juga terima tempahan untuk berbuka puasa dan juga tempahan untuk rumah terbuka Hari Raya nanti. Selamat berpuasa semua, jangan lupa singgah ya.. papai!

Man Java Enterprise

Tempahan Air Balang

No Tel
Man Java
012-5854998 / 012-5844736

Email
skabdy@yahoo.com

Korang juga boleh singgah kat Gerai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java yang lain kat sini Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2018



Dashing 2 In 1 Face & Body Wash Terbaru

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru. Senang kan bila ada Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru nie, bukan setakat boleh sabun badan ja tapi siap boleh cuci muka lagi. Jimat masa dah kan, maklumlah sekarang nie semua nak cepat kan.

Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru

Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru

Selain dari minyak wangi, deodrant dan body spray sekarang nie ada Dashing 2 in 1 Face & Body Wash terbaru di pasaran. Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilakan kulit yang lebih bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkna toksin. Buih mandian DASHING 2in 1 Face & Body Wash memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru
Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala mmembersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk

oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2in 1 Face & Body Wash. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700gram. Dirumus khas untuk muka dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain .itu, mendian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki untuk kelihatan bersiih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Face & Body Wash terdapat dalam 4 variasi, Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformukasu dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki

DASHING 2 in 1 Face & Body Wash - COOL

Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru

Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan vrakan-rakan serta mengahadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskukun ini melambangkan identiti dan daya tarukan maskulin lelaki. Haruman maskukin ini. dilengakapi denfan gabungan wagian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdert Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyrlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

DASHING 2 in 1 Face & Body Wash - ULTIMET KICK

Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru

Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimed Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

DASHING 2 in 1 Face & Body Wash - ACTIVE
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru

Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Foygere dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskukin yang luar biasa.

DASHING 2 in 1 Face & Body Wash - HATTRICK
Dashing 2 in 1 Face & Body Wash Terbaru
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma mistero Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, beserta dengan haruman Amber

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Face & Body Wash mempunyai formula dwi-aksi debgan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dab berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada badan pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro yang membantu mempertinbgjatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulut,agar lebih sihat dan segar

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotiran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit ubtuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan

Buih mandian DASHING 2in 1 Face & Body Wash boleh didapati pada harag RM17.90 untuk pek bersaiz 700ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat bberpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. Dapatkan Dashing 2 in 1 di mana-mana farmasi dan pasaraya berhampiran.




Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue dan keluarga memang antara pengguna Dettol. Satu jenama yang memang dah dikenali sejak dulu lagi kan. Tahun nie kempen Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya dengan hasrat mendidik dan melinndungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini

Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Kak Sue memang jenis yang sangat pentingkan kebersihan, tak kira lah di dalam atau luar rumah. Kak Sue yakin korang juga macam tu kan. Umpama seorang ibu yang mahu berikan perlindungan sepenuhnya pada anak-anak kita, jenama nie komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar kita boleh berkongsi kasih sayang tanpa rasa risau. Bak kata Adik anak bongsu Kak Sue, Ibu jangan lah jadi Ibu paranoid.. jadilah Ibu Dettol.. amboi sangat kan..

Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagus kan kempen macam nie, Kak Sue memang sokong sangat tau..

Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara betkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di sinki supaya pengguna boleh mempratikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka.

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkuas secara mudah senang kalau kita nak letak kat dalam bag nanti. Boleh juga kita guna sample bila kat kampung nanti untuk lindung kita dan juga keluarga daripada kuman kuman kan..

Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
"Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka", kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga  kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan

"Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujyd dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka betada", tambah beliau

Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahaea mengekalkan tangan yang bersig membantu menjauhi kuman

"Pulang kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga dari kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang keriasauan"

"Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing kempen ini akan mendidik mereka temtang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuma," jelas Ena

Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Dettol Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
"Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!" kata Kim

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen. adalah "Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi!" dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembellian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. 'Like' dan jom klik Facebook Dettol Malaysia di Dettol Malaysia @DettolMalaysia




Resepi Nasi Ayam Ringkas dan Sedap

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Nasi Ayam Ringkas dan Sedap pula dengan korang. Sebenarnya Kakak anak dara Kak Sue yang masak, tahun nie rajin pula Kakak nak cuba resepi dan tolong Kak Sue masak. Berapa hari dok cakap nak masak Nasi Ayam, tu yang Kak Sue pun ikutkan aja lah. Lagi pun Kakak kata Kakak yang nak masak, jom kita tengok resepinya jom..

Resepi Nasi Ayam
Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam

Resepi Asal : www.sayaiday.com
Bahan-bahan :

Air Rebusan Ayam
1 ekor ayam - dipotong ikut suka korang
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 inci halia -dihiris
1 kiub Ayam - Kak Sue guna kiub Ayam Knorr
Sedikit garam

Perapan Ayam
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu

Nasi
3 cawan beras
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 helai daun pandan
Lemak dan kulit ayam (tips menyedapkan nasi ayam tapi Kak Sue tak letak)
Air rebusan ayam
2 titik Sunquick - optional untuk nasi lembut dan wangi

Cili Nasi Ayam
4-5 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cuka - optional
Air rebusan ayam
Sedikit perahan limau nipis
Garam secukup rasa

Kicap Nasi Ayam
3 sudu kicap manis
Air rebusan ayam
Lebih bahan perap ayam

Cara-cara :
Masukkan bahan-bahan dari rebusan ayam kat atas tadi ke dalam periuk berisi air
Masukkan ayam yang dah dipotong tadi dan biarkan sehingga ayam masak
Bila dah masak, keluarkan ayam tadi
Air rebusan ayam tadi simpan tau, boleh guna untuk masak nasi nanti dan buat sup

Tips - Sambil tunggu ayam masak, korang boleh rendam beras dulu ya

Cara Perapan dan Masak Ayam
Campurkan semua bahan perapan ayam di dalam bekas
Gaul sebati
Lumurkan pada ayam dan perapkan seketika. Boleh perap lebih kurang 15 minit sambil-sambil sediakan bahan sos cili nasi ayam
Kemudian korang boleh goreng atau panggang ayam tersebut
Jangan goreng lama sangat tau sebab ayam tu dah masak, kita cuma nak ranggup dan garing bahagian luar. Kak Sue sekeluarga jenis suka garing luar dan dalam terpulang pada selera masing-masing kan

Cara Masak Nasi Ayam
Panaskan sedikit minyak dan masukkan lemak ayam ( Kak Sue tak letak)
Kemudian buangkan lebihan lemak ayam dan masukkan halia serta bawang putih yang ditumbuk tadi
Masukkan daun pandan dan kiub ayam
Kemudian masukkan beras. Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air rebusan ayam
Kacau beras tadi bersama-sama bahan tadi, kemudian masukkan air dan masak dalam periuk nasi
Tunggu sampai nasi masak

Cara Masak Cili Nasi Ayam
Kisar cili merah dan bawang putih bersama air rebusan ayam. Korang ikut sukatan cili yang korang nak
Masak di atas kuali, perahkan limau dan masukkan garam secukup rasa
Dah siap..

Cara Masak Kicap Nasi Ayam
Campurkan lebihan bahan perap ayam dengan air rebusan ayam
Masukkan sedikit kicap
Siap..

Cara Masak Sup Nasi Ayam
Masukkan daun sup yang dah dihiris
Masukkan bawang goreng
Siap..

Haa.. siap dah resepi Nasi Ayam, kira Kakak berjaya masak Nasi Ayam dah. Tahniah Kakak, nanti boleh lah masakkan lagi untuk kita sekeluarga. Selamat mencuba juga untuk korang..




Balik Kampung Awal

0
0
Assalamulaikum, hai semua! Macam tahun-tahun sebelumnya Kak Sue sekeluarga akan Balik Kampung Awal, sebab nak elak jalan sesak. Rasa serik dah sebelum nie bila balik malam raya tu sesak gila, berjam-jam kat jalan raya. Cuma hari tu adalah sesak sekejap kat beberapa tempat, yang lain okay ja. Lagi pun bila balik kampung awal beberapa hari nie dapat juga merasa berbuka puasa dengan keluarga Kak Sue dan Abang Man kan..

Balik Kampung Awal
Balik Kampung Awal


Balik Kampung Awal

Kak Sue dah lupa berapa tahun dah Abang Man rancang balik kampung lebih awal dari biasa. Memang Abang Man rancang akan berbuka puasa bergilir samada rumah keluarga Kak Sue dulu atau rumah keluarga Abang Man. Ikut turn raya mana dulu, macam tahun nie raya kampung Kak Sue jadi singgah berbuka puasa dulu kampung Abang Man. Macam tu lah setiap tahun..

Nasib lah Kak Sue dan Abang Man satu negeri, jadi senang nak rancang cuti. Pulak tu kalau nak balik kampung Kak Sue memang akan lalu kampung Abang Man dulu. Jadi tak ada masalah dah bab tu, Alhamdullilah. Cuma kalau giliran raya rumah Abang Man, akan balik terus rumah Mak Kak Sue berbuka sana dulu dan kena patah balik lah kampung Abang Man di Kampung Tanjung Keramat, Langkap pula nak sambut raya.

Balik Kampung Awal
Balik Kampung Awal
Nasib lah tak jauh sangat, kalau tak jenuh juga lah kan ulang alik kat jalan.. huhuhu.. Tak apa lah untuk keluarga kan tak apa lah kita penat dan keluar belanja lebih sikit. InsyaAllah, Allah akan ganti rezeki yang lebih baik nanti. Yang penting Tok Pah dan Mbah seronok dapat berbuka dengan kami sekeluarga..

Apapun Kak Sue bersyukur dan berterima kasih sangat pada Abang Man sebab sentiasa pastikan baik sebelah keluarga Kak Sue atau pun keluarga Abang Man sendiri akan merasa berbuka puasa sama-sama setiap tahun. Bak kata anak dara Kak Sue, Kakak dah adil dah Abah susun berbuka puasa dan beraya kat kampung masing-masing. Alhamdullilah, memang tak ada masalah giliran balik kampung setiap tahun. Korang macam mana pulak, sama tak macam Kak Sue? Hati-hati mana yang balik beraya tu ya.. papai!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari Kak Sue sekeluarga. Tahun nie macam tahun-tahun sebelumnya, Kak Sue dan Abang Man plan balik awal dua, tiga hari sebelum raya. Tak sanggup nak mengadap jem, nasib lah keja sendiri kan boleh lah nak rancang cuti. Kata Abang Man nak cuti Raya lama sikit kali nie. Nasib Adik pun cuti sama dengan sekolah biasa. Sakan lah kami sambut Hari Raya Aidifitri tahun nie..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Tahun nie Kak Sue beraya di kampung Kak Sue dulu tapi sebelum tu kami singgah dulu kampung Abang Man. Ya lah Mak dan Bapak Abang Man nak juga merasa berbuka puasa dengan anak menantu dan cucu-cucu dari Rawang nie kan. Esoknya baru kami balik kampung Kak Sue Batu Kurau. Memang macam tu rutin setiap tahun, adil dan sama rata.. chewah!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kami dan Tok Pah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Free Style katanya..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kami..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Ateh & Family
Raya tahun nie Kak Sue tak berapa nak sihat lah pula. Malam raya tu macam nak demam tak demam, Tok Pah bagi ubat suruh makan terus Kak Sue tertidur tak sedar diri. Sedar-sedar dah pagi raya dah.. huhu.. rasa bersalah pula tak tolong adik-adik Kak Sue masak dan mengemas. Nasib lah rumah Mak sendiri kan.. hehehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pagi Raya macam biasa lah, berkumpul dan bersalaman. Dah siap bersalam kami semua bergambar, lepas tu ziarah kubur tok nenek. Ya lah, hari biasa tak dapat nak datang, bila dah berkumpul ramai-ramai nie boleh pergi sama-sama. Alhmdullilah setiap tahun sepupu Tok Pah, yang selalu bersihkan kubur sedara mara kami. Setiap kali datang bersih dah semua. Allah aja yang balas budi baik beliau..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Sayang Selalu
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Anak perempuan Tok Pah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Kakak & Si Kembar
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Acik & Eesya
Dah selesai ziarah kubur, kami sekeluarga beraya rumah sedara mara pula. Selalunya dua tiga rumah, tapi tahun nie sebab Raya jatuh hari Jumaat, jadi masa tu terhad sikit nak beraya. Apapun, Kak Sue rasa seronok tahun nie sebab dapat beraya lama sikit dengan Tok Pah dan Abah Kak Sue. Semoga ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa lagi Raya Aidilfitri tahun depan. Jumpa lagi.. papai!



Raya Kedua di Batu Kurau

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Raya Kedua di Batu Kurau kampung Kak Sue masih meriah lagi, cuma kalau masuk raya ketiga dan seterusnya tu macam dah slow. Selalunya kami beraya rumah sedara mara sepupu sepapat. Tak kira lah sebelah Mak atau Abah Kak Sue. Cuma tahun nie Raya Kedua di Batu Kurau tak banyak sangat rumah yang kami sekeluarga beraya, macam tak larat pulak nak berlama-lama beraya Kak Sue tahun nie..

Raya Kedua di Batu Kurau
Raya Kedua di Batu Kurau

Raya Kedua di Batu Kurau

Selalunya Kak Sue sekeluarga beraya sampai Raya Kedua di Batu Kurau, tapi tahun nie Kakak nak penuhi permintaan Tok Pah nak beraya lama sikit dengan anak cucu. Alhamdullilah, bila minta izin dengan Abang Man hari tu sebelum raya masa kami susun cuti Abang Man kata okay. Seronok lah Kakak dapat lama-lama dengan Tok Pah. Kakak agak rapat juga dengan Tok Pah bila dah besar nie..

Raya Kedua di Batu Kurau
Raya Kedua di Batu Kurau
Tahun nie Tok Pah tak sihat sangat masa bulan puasa. Asyik demam aja,, maklumlah faktor usia kan tak boleh dah nak lasak sangat macam muda-muda dulu. Dengan cuaca pun hujan aja dua minggu kita puasa tu kan. Jadi bila raya nie kami ikutkan ja apa yang Tok Pah nak, nak beraya kemana Abang Man bawakan. Ada juga yang Kak Sue tak ikut beraya sebab rasa tak larat berlama beraya tadi lah..

Raya Kedua di Batu Kurau
Raya Kedua di Batu Kurau
Apapun rasa seronok beraya kat Batu Kurau tahun nie. No Drama.. kahkahkah! Biasa lah kan bila dah ramai-ramai tu, bila dah sampai umur macam Kak Sue nie malas tau nak kusut-kusut. Kalau ada salah silap paham ke apa, cepat selesaikan dan anggap tak ada apa ja. Tahun depan kalau umur panjang giliran beraya kampung Abang Man pula raya pertama. Jumpa lagi nanti dengan cerita raya dan jalan-jalan cuti raya Kak Sue ya.. papai!

PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang tentang PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018. Kempen nie yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1Julai hingga 31 Oktober 2018 dan merupakan tahun ketiga kempen nie dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum nie..

PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018

Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018

Majlis Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018 nie telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Tuan Haji Shukri Yusoff. Menurut pesanan beliau kewajipan berzakat itu adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah SWT kepada kita sebagai hambaNya. Hanya 2.5% sahaja yang Allah perintahkan untuk sama-sama kita berkongsi rezeki yang Allah amanahkan kepada kita dengan orang lain. Kita perlu sentiasa ingat, setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, bukanlah milik kita 100%, 2.5% adalah merupakan hak asnaf sepertimana yang tertakluk di dalam kalam suci Al-Quran..

Untuk info korang, Skim Thohir nie merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk mengalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji. Melalui Skim Thohir nie juga, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa. Senangkan ada skim macam nie, berkat rezeki kita sekaligus dapat membantu ekonomi lebih ramai asnaf

PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
Lebih menarik tentang Skim Thohir nie, 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Service Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen nie dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Semua pemenang kempen akan diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November nanti..

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Mara (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini. Sempena kempen ini juga PPZ-MAIWP akan menganjurankan aktiviti turun padang ke beberap syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim dan menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi yang dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
PPZ MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018
Korang yang bekerja dengan syarikat swasta atau kerajaan yang nak sertai kempen Skim Potongan Gaji Zakat - Skim Thohir 2018 nie boleh baca yang Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya..

Syarat dan Cara Penyertaan Kempen

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan :
• Portal PPZ- MAIWP, www.zakat.com.my
• Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
• Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
• Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Syarat-syarat penyertaan kempen :
Membuat potongan gaji zakat atau penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui :
• 11 Kaunter PPZ-MAIWP
• Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
• Kaunter Bergerak PPZ-MAIWP
• Majikan di syarikat atau organisasi
• Talian Zakat - 1-300-88-5757

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat mengembalikan hak asnaf dalam harta kita agar memperolehi berkat disisi Allah S.W.T

Untuk lebih detail info korang boleh singgah kat bawah nie ya..

PPZ - MAIWP

Website

Facebook

Instagram

Singgah Berbuka di Kampung

0
0
Assalamualaikum, hai semua! Kebiasan setiap tahun kami sekeluarga akan Singgah Berbuka Puasa di kampung Abang Man atau kampung Kak Sue dulu ikut giliran. Tak kira giliran raya kat mana dulu, harus balik singgah berbuka di kampung dua-dua belah pihak. Nasib lah sehala dan dekat aja kan, kalau jauh tak dapat la nak buat macam nie nya der..

Singgah Berbuka di Kampung
Singgah Berbuka di Kampung

Singgah Berbuka di Kampung

Tahun nie giliran singgah berbuka puasa di kampung Abang Man dulu, sebab tahun nie raya pertama di kampung Kak Sue. Macam tu lah setiap tahun ikut giliran biar adil dan saksama, kemahin kan.. hehehe.. Cuma tahun nie Kak Sue tak berapa sihat, tak ada gambar makan-makan. Masa berbuka tu rasa nak tumpo dah haa.. dah tak kuasa nak ambik gambar.. huhuhu..

Singgah Berbuka di Kampung
Singgah Berbuka di Kampung - rumah Mbah
Nasib masa petang tu lepas Asar kami keluar ke bandar Teluk Intan, nak ke Pasar Ramadhan Kak Sue rasa okay lagi. Memang kalau balik berbuka kat kampung Abang Man jarang la tak datang ke sini, sebab Kak Sue dan Kakak memang craving sangat Popia Rahman. Memang kalau orang dekat dengan kawasan sini memang tau dan kenal la Popia Rahman nie.. sedap tau!
Singgah Berbuka di Kampung, Popia Rahman
Singgah Berbuka di Kampung - Popia Rahman
Selain Popia Rahman kami suka tapau Teh Ais Sedap Pyorr yang viral sekarang nie. Orang kampung Abang Man yang buat nie, suami isteri. Memang lain dari yang lain tau Teh Ais Pyorr Viral nie, sekali rasa mesti nak lagi. Nak beli Teh Ais Viral nie pun beratur panjang juga. Beratur panjang satu hal, servis agak slow sikit. Jenuh nunggu.. nasib sedap. Berapa bungkus hari tu Abang Man borong maklum lah ramai kan..
Singgah Berbuka di Kampung,Teh Ais Pyorr
Singgah Berbuka di Kampung - Teh Ais Pyorr
Dah berpuasa sehari kat kampung Abang Man esoknya kami sekeluarga bergerak balik kampung Kak Sue kat Batu Kurau, Taiping, Perak pula. Nanti Kak Sue sambung cerita kat kampung Kak Sue pula ya.. papai!

Deko Raya

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa lah setiap tahun lagi beberapa hari nak habis bulan puasa, sibuk lah Kak Sue sekeluarga nak Deko Raya. Kak Sue tak ada pun beli perabut baru setiap tahun, kita kena pandai-pandai aja suai padan apa yang ada. Tiap tahun sebelum Kak Sue balik kampung mesti nak pastikan siap dah Deko Raya. Bukan apa nanti bila balik dari kampung penat tau, bila rumah dah siap kemas macam nie lapang sikit hati kan..

Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Deko simple ja korang..

Deko Raya

Tahun nie sebenarnya kami tak siap pun sepenuhnya Deko Raya. Macam yang Kak Sue ceritakan entri sebelum nie, tahun nie Kak Sue tak berapa nak sihat. Jadi kerja mengemas, mencuci dan mengelap tu banyak tertangguh. Kesian Kakak kena buat banyak kerja tahun nie. Mana nak memasak, meniaga dan kemas rumah. Malam nak balik ke kampung seharian kami tak tidur tau, gigih kami dua beranak mengemas dan mengemop.. pun tak siap juga sikit lagi.. huhuhu..
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Tempat Kak Sue buat kerja blogging..
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Tempat kerja Kak Sue juga nie.. hihihi..
Deko Raya Kak Sue masih macam tahun sebelumnya, serba ringkas. Cuma tahun nie beli langsir baru dari Kaison dan karpet dari jualan lelong kedai berdekatan Jakel. Mur-mur ja korang, dua barang nie bawah dua ratus ja tau. Macam biasa setiap tahun semua karpet Kak Sue hantar cuci. Macam biasa juga segala pinggan mangkuk, rak barang baking semua kena cuci dan lap.. macam lah orang datang beraya nak cek semua tu kan.. hahaha.. Nak buat macam mana dah ada penyakit gini, hadap ja lah.. Kalau tak, tak tenang tau hati nie..
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Dapur Kak Sue
Deko Raya, Deko Rumah
Deko Raya - Dapur Kak Sue
Apapun Kak Sue puashati dengan Deko Raya tahun nie kat rumah Kak Sue. Walaupun bukan sepenuhnya ikut impian Kak Sue tapi syukur dah apa yang ada sekarang nie. Janji kemas dan bersih, sedap dan lapang mata kan. Terima kasih juga untuk Alang yang datang tolong niaga dan cat pagar. Kalau tak, lagi la taj siap deko raya kami nie. Balik kampung pun tak ada lah serabut hati mengenangkan rumah. Jumpa lagi nanti korang dengan entri deko yang lain ya.. papai!


Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee

0
0
Assalamualaikum, hai semua. Jom Kak Sue nak kongsi dengan korang Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee bulan Julai nie jom. Dengan jaminan Harga Terendah dengan Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee sehingga 90% ke atas lebih 1,000 produk elektronik. Haa.. best kan..


Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee

Shopee platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Ekspo Elektronok Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronok turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, Honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi..

Lebih 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ini, korang boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilbel 'Lowest Price Guaranteed' (Jaminan Harga Terendah) dan sekieanya mereka tetjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee


Untuk info korang, "Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik nie, Shopee mengambil selangkag lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia", Kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Pada 23 Julai nanti, Shopee ada buat Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24 jam tau korang, siap ada diskaun lagi untuk pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari tersebut, korang boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Korang boleh dapatkan papan kekunci dan tetikus wayarless daripada jenama Logitech. Untuk penggemar muzik pula boleh dapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Ada pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkain jam pintar untuk mereka yang aktif..


Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik nie berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan pilihan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, korang boleh membeli belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di "LPG Tech Zone", lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar. 

Korang yang mencari kelengakapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah "Everything for Your Home" sepanjang ekspo nie untuk menikmati ptomosi hebat produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefak, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus voucher bernilai RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian


Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook Shopee, akan melancarkan pertandingan "Tag a Bro, Win Like a Pro" dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produl elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk yersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangu produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronikkegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik korang..

Untuk lebih detail korang boleh singgah kat sini shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. 

Korang juga boleh download aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play
Viewing all 1417 articles
Browse latest View live